SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

19 November 2008

SURAT SIARAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN 14 MINGGU, PRASARJANA MUDA PENGAJARAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH AMBILAN FEB 09

Surat daripada Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia bil. kp(bpg)9131/15 Jld.6 (19) bertarikh 21 Oktober 2008 berkaitan.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru akan mengendalikan Program Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS). Program ini akan dikendalikan di semua Institut Pendidikan Guru yang kan bermula pada 23 Februari hingga 29 Mei, 2009
Kursus 14 Minggu ini bertujuan untuk memberi peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) memperkukuhkan pengetahuan asa dalam bidang tertentu sebelum meneruskan pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Jarak Jauh KPM OUM
Bagi guru-guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran yang lengkap daripada keranai sekolah pada waktu pejabat.
Setiap permohonan hendaklah dibuat secara 'online' dengan melayari internet http;//www.moe.gov.my (mulai 24 November 2008). Borang yang telah dimuat turun hendaklah dicetak dan dihantar kepada Pengarah pelajaran Sarawak (u.p Latihan dan Kemajuan Staf) melalui dan salinan Pegawai Pelajaran Gabungan Sibu dan Guru Besar (Sediakan 3 salinan borang permohonan - 2 salinan ke HQ dan 1 salinan untuk PPG Sibu) Tarikh tutup permohonan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak adalah pada 26 Disember 2008.

SURAT SIARAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (KDP) KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS (KSPK) SATU TAHUN, AMBILAN 2009

Surat bil. KP(BPG)9131/55 Jld. 9 (77) bertarikh 24 Oktober 2998 berkaitan perkara tersebut di atas dirujuk.
Antara intipati surat siaran tersebut adalah seperti berikut:
1. Bahagian Pendidikan Guru akan melaksanakan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) iaitu Kursus Sijil Perguruanj Khas (KSPK) Satu tahun di Institut Pendidikan Guru. Kursus ini akan bermula pada 04 dan 05 Januari 2009 dan terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah.
2. Permohonan KSPK hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) iaitu dengan melayari internet di alamat URL, http:www.moe.gov.my yang boleh dilayari mulai 29 Oktober 2008.
3. Bagi guru yang berminat, sila dapatkan surat siaran lengkap kursus daripada kerani sekolah pada waktu pejabat. Bidang-bidang kursus dan syarat-syarat kelayakan Am kursus yang ditawarkan juga terdapat dalam surat siaran tersebut.

SURAT SIARAN SEKATAN MENDUDUKI KURSUS PTK KEPADA CALON YANG TIDAK HADIR KURSUS PTK

Surat daripada Bahagian pembangunan Dan Penilaian Kompentensi, Kementerian Pelajaran Malaysia berbil. KP(BPPK) 111/6 (56) bertarikh 20 Oktober 2008 berkaitan perkara tersebut di atas berkaitan.
Intipati kandungan surat tersebut adalah seperti berikut.
1. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan kursus PTK kepada calon yang mendaftar dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Tawaran ini dimuatkan dalam Laman Web Kementerian dan seterusnya surat tawaran dikeluarkan kepada calon empat (4) minggu sebelum kursus bermula. Calon dikehendaki mengesahkan kehadiran selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum kursus bermula. Sebarang penarikan diri hendaklah dibuat dalam tempoh sepuluh (10) hari sebelum kursus bermula.
2. Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) mendapati terdapat calon yang telah mengesahkan kehadiran etapi gagal berbuat demikian tanpa memberi notis atau sebab-sebab yang munasabah.
3. Kegagalan calon untuk hadir menyebabkan KPM menanggung kerugian kos kerana tidak dapat menawarkan tempat kursus kepada calon lain yang layak. Oleh yang demikian, Lembaga Penilaian Kompetensi KPM telah menetapkan bahawa calon yang telah mengesahkan kehadiran tetapi gagal berbuat demikian tanpa memberi notis menarik diri atau sebab- sebab yang munasabah dikenakan sekatan iaitu tidak dibenarkan menghadiri Kursus PTK sekamaenam (6) bulan atau satu siri kursus mengikut mana yang terkamudian dikira dari hari pertama kursus PTK yang sepatutnya dihadiri oleh calon berkenaan. Peraturan ini akan mula dilaksanakan pada tahun 2009.
4. mulai tahun 2009, notis penarikan diri hendaklah dikemukan kepada BPPK dengan menggunakan Borang Permohonan Pengecualian Sekatan PTK (BPPSPTK - 1/2009) yang boleh dimuat turun melalui portal BPPK http:/apps.emoe.gov.my/bppk
Sekian , harap maklum

29 October 2008

PENEMPATAN JAWATAN PEN. KANAN DI SEK. REN. PPS GRED 41 SECARA KUP

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat pada Mesyuarat Bil. 5/2007 bertarikh 09 November 2007 telah bersetuju untuk menempatkan Cikgu Basri bin Haji Wasli sebagai Penolong Kanan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred 41 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di SK SEDC, Sibu, jawatan hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred 32 berkuatkuasa 01 Januari 2008.
Sehubungan dengan itu, seluruh warga SK SEDC, Sibu ingin mengambil peluang untuk mengucapakan setinggi-tinggi tahniah dan turut bangga atas kejayaan beliau menyandang jawatan tersebut. Dengan perlantikan tersebut, sudah tentu akan menyuntik semangat beliau untuk meneruskan kecemerlangan tugas beliau.

24 October 2008

MESYUARAT PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH TAHUN 2008

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan perkara di atas akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 27 Oktober, 2008 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat: Bilik Perkembangan Staf Sekolah
Kehadiran : Semua Staf (Akademik & Sokongan)

22 October 2008

PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (SIDANG AKADEMIK 2009/2010

Salam Sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu
Berikut adalah iklan berkenaan peluang pendidikan di universiti tersebut di atas.
RANCANGAN IJAZAH YANG DITAWARKAN:
1. Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan
Major : Ekonomi, Sains politik atau Antropologi-Sosiologi
2. Sarjana Muda Sastera
Major : Sejarah, Kesusasteraan atau Geografi
3. Sarjana Muda Sains
Major : Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik
4. Sarjana Muda Pengurusan
Major : Kewangan, Pemasaran atau Pengurusan Organisasi

SYARAT KEMASUKAN
- STP/HSC/STPM - sekurang-kurangnya 3 prinsipal
- Diploma
- SPM/MCE/SPVM dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun

KAEDAH PEMBELAJARAN
- Modul Pembelajaran Kendiri
- Portal E-Pembelajaran
- Sidang Video
- Web Conferencing

PUSAT PEMBELAJARAN
Arau, Alor Star, Pulaiu Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu

Permohonan Secara Online : www.usm.my/kemasukan/ppjj
Tarikh Tutup Permohonan: 04 November 2008

Untuk keterangan lanjut berkenaan iklan ini, sila dapatkan salinan iklan tersebut daripada kerana sekolah pada waktu pejabat

07 October 2008

LARIAN 45 TAHUN SARAWAK

Sukacitanya dimaklumkan kepada semua warga SK SEDC, Sibu bahawa Persatuan Melanau Sibu akan menganjurkan Larian seperti yang tersebut di atas pada 1 November 2008 bertempat di Dataran Sibu, Sibu. Kategori pertandingan adalah seperti berikut:
1. Lelaki 16 tahun hingga 45 tahun (10 km)
2. Lelaki (pegawai kerajaan) 45 tahun (5 km)
3. Lelaki 12 tahun hingga 15 tahun (5 km)
4. Perempuan 16 tahun hingga 40 tahun (10 km)
5. Perempuan (pegawai kerajaan) 40 tahun (5 km)
6. Perempuan 12 tahun hingga 15 tahun (5 km)

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 oktober 2008

Bagi warga sekolah yang berminat, sila dapatkan borang penyertaan daripada Cikgu Salleh (Penolong Kanan KK)

08 September 2008

PENILAIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2009

Salam sejahtera semua warga SK SEDC,

Mulai esok ia itu 09.09.2008, selama tiga hari berturut-turut hingga 11.09.2008 semua pelajar tahun 6 sekolah ini akan mula menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mengukur pencapaian sebenar apa yang pelajar dapat selama 6 tahun belajar di sekolah rendah. Semua pelajar yang bakal menduduki ujian ini (UPSR) diharap sudah cukup bersedia untuk menempuh ujian ini. Bagi pihak sekolah, kita ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar kita. Kita juga berdoa kepada yang Maha Kuasa untuk memberi rahmat dan petunjuk serta menenangkan jiwa setiap pelajar kita agar mereka dapat menghadapi ujian ini dengan tenang dan akhirnya akan mendapatkan keputusan yang membanggakan.

Pihak sekolah juga ingin merakam setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan semua guru SK SEDC, Sibu khususnya guru-guru tahun enam yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga menyediakan kumpulan pelajar ini menghadapi ujian tahun ini.
Sama-sama kita berdoa semoga semua pelajar kita akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang tahun ini..

05 September 2008

PEMBERITAHU PENEMPATAN KE JAWATAN HAKIKI PPPLD GRED DGA32


Tahniah! Tahniah! Tahniah! Seluruh warga SK SEDC, Sibu ingin merakam ucapan tahniah dan berkongsi gembira serta bangga bersama-sama Cikgu Marian @ Mariam Binti Saibon (PPPLD Gred DGA32KUP) yang telah dinaikkan pangkat ke PPPLD Gred DGA32 (Hakiki) dan dikekalkan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah ini mulai 01 Januari 2008 melalui surat daripada Jabatan Pelajaran Sarawak bil. JPS(W)/SPPP(unp)/153/08/13/04/15(208) bertarikh 02 September 2008.

Dengan kenaikan pangkat ini sudah pasti akan menjadi dorongan dan perangsang kepada beliau untuk terus mengekalkan kecemerlangan prestasi kerjanya.

PEMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI BAGI JAN 2009 & PEMBATALAN PENGGUNAAN BORANG PERTUKARAN GURU ANATARA NEGERI (BORANG BSPG/PIND 1/2005)

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pertukaran guru antara negeri secara on-line (e-GTukar) bagi pertukaran Januari 2009 telah dibuka mulai 01.September 2008 hingga 30 September 2008 seperti yang dinyatakan dalam surat siaran KP/KPPM/5(8) bertarikh 15 Februari 2008. Sila rujuk pada surat siaran tersebut bagi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pertukaran tersebut.

Sehubungan itu penggunaan Borang BSPG / Pind.1/2005 bagi tujuan permohonan pertukaran guru antara negeri dibatalkan. Bagi guru-guru yang perlu memohon pertukaran di luar musim atas sebab-sebab yang tertentu sahaja perlu menggunakan borang secara off-line dalam bentuk Excel yang boleh didapati pada CD pertukaran secara on-line yang ada dalam simpanan sekolah. Borang tersebut mestilah diisi dengan menggunakan komputer secara off-line dan disahkan oleh Guru Besar sebelum dihantar ke PPG Sibu untuk dipanjangkan ke JPN dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekian. Harap maklum dan Selamat Berpuasa

25 August 2008

MAJLIS SOLAT HAJAT UNTUK UPSR, PMR, SPM DAN STPM PERINGKAT DAERAH SIBU 1429 HIJRAH 2008M

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu dengan kerjasama Persatuan Graduan Bumiputera Sibu, Perkumpulan Wanita Sarawak (Sibu), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia dan Jawatankuasa Masjid An-Nur Sibu akan menganjurkan majlis di atas seperti butiran berikut:

Tarikh: 29 Ogos 2008 (Jumaat)
Masa: 6.15 petang
Tempat: Masjid An-Nur Sibu.

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur menjemput ibu bapa dan guru-guru dan murid-murid Islam sekolah ini untuk hadir ke program tersebut di atas. Pakaian Pelajar lelaki adalah berbaju Melayu lengkap dan perempuan berbaju kurung dengan membawa telekung dan surah Yasin bersama. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai program tersebut, sila berhubung terus dengan Cikgu Basri Bin Haji Wasli (Penolong Kanan I, SK SEDC, Sibu)

12 August 2008

SEMBAHYANG KHAS

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sacred Heart Cathedral, Sibu akan mengadakan sembahyang khas untuk para murid yang beragama Katolik yang akan menduduki Peperiksaan UPSR tahun ini di tempat dan masa seperti berikut.

Tarikh : 23.08.2008 (Sabtu)
Masa : 0800 pagi
Tempat : Sacred Heart Cathedral, Jalan Lanang, Sibu

Sehubungan dengan itu sila hebahkan kepada semua murid sekolah kita yang beragama Katolik (khususnya pelajar Tahun 6).
Semua guru, ibu bapa dan murid yang beragama Katolik digalakkan untuk bersembahayang bersama-sama pada hari tersebut.

05 July 2008

KARNIVAL PENDIDIKAN PRA SEKOLAH DAERAH SIBU TAHUN 2008

Karnival Pendidikan Pra Sekolah Daerah Sibu Tahun 2008 anjuran bersama Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu dan SK SEDC, Sibu telah berlangsung pada 05 Julai 2008 di SK SEDC, Sibu. Sejumlah 42 buah sekolah dengan penyertaan 351 pelajar pra sekolah serta hampir 100 orang guru dan pembantu pengasuh murid (PPM) telah berkumpul di SK SEDC, Sibu. Tidak kurang daripada 300 orang ibu bapa pelajar pra sekolah juga turut datang untuk menyaksikan kebolehan anak-anak masing-masing. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti, nyanyian dan gerakan, tarian tradisional, Hafazan, Bercerita Dalam Bahasa Inggeris, Bercerita Dalam Bahasa Melayu, Mewarna dan Pakaian Beragam. Majlis penutupan karnival ini telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Gabungan Sibu, Encik Wong Chong Kung. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan PPG atas kehadiran beliau untuk menyempurnakan majlis penutupan ini. Pihak sekolah juga ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua sekolah yang menyertai karnival ini. Ucapan serupa juga dirakamkan kepada staf Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu khususnya dari Unit Pengurusan Sekolah dan Unit Teknologi Pendidikan atas bantuan dan sokongan sepanjang karnival ini. Ucapan syabas dan terima kasih juga tidak lupa diucapkan kepada semua staf SK SEDC, Sibu kerana telah bertungkus lumus membuat persediaan dan melaksanakan karnival ini. Akhir sekali, ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua sekolah dan individu yang secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan karnival pendidakan pra sekolah tahun 2008

03 July 2008

SESI PEMILIHAN PESERTA MENYUMPIT PSKPP SIBU 2008

Salam sejahtera semua staf SK SEDC, Sibu.
Merujuk kepada surat siaran bil JPS/(W)/PPGS/(UPK)/153/05/01/07/Jld.2/( ) bertarikh 01 Julai 2008 daripada Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu, sukacitanya dimaklumkan bahawa PSKPP Cawangan Sibu akan mengelolakan Pesta PSKPP Peringkat Negeri kali ke-28 pada 15 - 17 Ogos, 2008.
Sehubungan itu, PSKPP Cawangan Sibu akan mengadakan sesi pemilihan Peserta Menyumpit bagi mewakili Pasukan PSKPP Sibu pada 05.07.2008, jam 2.00 petang di SJK Chung Hua, Sibu.
Semua warga pendidikan yang berminat dijemput untuk mengambil bahagian dalam pemilihan tersebut. Sekian, harap maklum.

01 July 2008

SUMBANGAN TAHUNAN WAJIB PSKPP 2008

Salam hormat semua staf SK SEDC, Sibu.
Dengan segala hormatnya surat siaran daripada Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu bil JPS/(W)/PPGS/(UPK)/153/05/01/07/Jld.2( ) bertarikh 26 Jun 2008 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Intipati surat siaran tersebut ialah bahawa setiap staf dikehendaki menyumbang tidak kurang daripada RM 10,00 untuk tabung tersebut tahun 2008. Pecahan sumbangan tersebut ialah RM 5.00 untuk yuran keahlian PSKPP 2008, RM 5.00 untuk yuran pengelolaan PSKPP peringkat Negeri yang akan berlangsung di Sibu pada 15 - 17 Ogos 2008 (hanya untuk tahun 2008 sahaja) dan sumbangan ikhlas (jumlah - terpulang kepada keikhlasan ahli)
Kerjasama semua staf dipohon untuk menghantar sumbangan masing-masing kepada Penolong Kanan KK - Encik Morris ak. Belayong pada atau sebelum 28 Julai 2008 bagi membolehkan pihak sekolah menghantar keseluruhan sumbangan daripada sekolah ini kepada Bendahari PSKPP Bahagian Sibu - Encik Wong Sing Choun (Guru Besar SJK Chung Hua, Sibu) pada atau sebelum 31 Julai 2008
Sekian, harap maklum. Terima kasih

25 June 2008

PENGISYTIHARAN KEAHLIAN GOLF

Surat daripada Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu bil.JPS(W)/PPGS(Perk)/153/07/06/02/Jld.2(05) bertarikh 19 Jun 2008 dan surat daripada Pengarah Pelajaran Sarawak bil.JPS(W)/skk/153/08/18/18/03Jld.2(06) bertarikh 11 Jun 2008 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Intipati kedua-dua surat tersebut ialah bahawa semua penjawat awam perlu membuat pengistiharan jika memperolehi keahlian golf sama ada secara percuma atau membiayai sendiri.
Sehubungan dengan itu, untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan perkara tersebut sila dapat kan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2000 yang telah dihantar ke semua e-mail staf SK SEDC, Sibu. Harap maklum

23 June 2008

PAMERAN KAJIAN SOSIAL CUM "ROADSHOW" KURSUS PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perguruan Rajang, Bintangor akan mengadakan Pameran Kajian Sosial Cum "Roadshow" Kursus Perguruan Praperkhidmatan di Dewan Hua Seng, SMK Sacred Heart, Sibu pada 28 Jun 2008 jam 0900 pagi hingga 1500 petang. Pihak Institut Perguruan Rajang, Bintangor mengalu-alukan kehadiran semua warga sekolah ke pameran tersebut.

19 June 2008

PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.6 TAHUN 2008 - TAWARAN OPSYEN LANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu
Semua staf SK SEDC, Sibu yang layak diberi opsyen seperti yang dinyatakan dalam Taklimat pada 19.06.2008 dikehendaki menghantar balik borang opsyen yang lengkap diisi kepada pihak sekolah pada atau sebelum 25 Jun 2008 (Rabu). Untuk lebih jelas sila dapatkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 6 2008 - Tawaran Opsyen Lanjutan Umur Persaraan Wajib Kepada 58 Tahun di sini [muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2008 di sini]

SESI PEMILIHAN PEMAIN SUKAN PETANQUE PSKPP CAWANGAN SIBU

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu
Adalah dimaklumkan bahawa sesi pemilihan pemain sukan petanque akan diadakan pada 05 dan 12 Julai 2008, jam 3.00 petang di Stadium Tertutup SMK Methodist, Sibu untuk membentuk pasukan Petanque PSKPP Bahagian Sibu yang akan mengambil bahagian dalam Pesta PSKPP Peringkat Negeri Sarawak yang bakal berlangsung di Sibu pada 15 hingga 17 Ogos 2008. S

PEMILIHAN PEMAIN SEPAK TAKRAW PSKPP SIBU

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu
Sukacitanya dimaklumkan bahawa PSKPP Cawangan Sibu akan mengelolakan Pesta PSKPP Peringkat Negeri ini pada 15 - 17 Ogos 2008. Sehubungan itu, satu sesi pemilihan pemain Sepak Takraw bagi membentuk pasukan Sepak Takraw Bahagian Sibu akan dijalankan pada 12 Julai 2008 mulai jam 08.30 pagi bertempat di Dewan Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sibu (PESTAS). Pemilihan akan dijalankan secara pertandingan antara regu. Tiap-tiap regu mesti mempunyai 4 orang pemain termasuk seorang pemain veteran. Pemain veteran tersebut MESTI bermain semasa pemilihan ini nanti.

SESI PEMILIHAN PEMAIN BOLA TAMPAR WAKIL PSKPP SIBU

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu
Adalah dimaklumkan bahawa sesi pemilihan pemain sukan petanque akan diadakan pada 05 dan 12 Julai 2008, jam 3.00 petang bertempat di Stadium Tertutup SMK Methodist, Sibu untuk membentuk pasukan PSKPP Sibu yang akan mengambil bahagian dalam Pesta PSKPP Peringkat Negeri Sarawak pada 15-17 Ogos 2008 di Sibu.

14 June 2008

PENURUNAN KUASA PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Sila dapatkan Pekeliling Perkhidmatan bil 17 Tahun 2007 berkenaan Penurunan Kuasa peraturan Kerja Perkhidmatan Awam.Untuk mendapatkan pekeliling tersebut sila muat turun dari sini (Pekeliling Perkhidmatan Bil 17 Tahun 2007)

13 June 2008

PEMILIHAN PEMAIN BADMINTON PSKPP CAWANGAN SIBU TAHUN 2008

Untuk makluman semua staf SK SEDC, Sibu.
Adalah dimaklumkan bahawa satu pemilihan pemain badminton PSKPP Cawangan Sibu akan diadakan pada 05 Julai, 2008 (Sabtu), jam 1.30 petang di Dewan SMK St. Elizabeth, Sibu untuk membentuk pasukan PSKPP Sibu yang akan menyertai Pesta PSKPP Peringkat Negeri yang bakal berlangsung di Sibu pada 15 - 17 Ogos, 2008. Format pertandingan tahun ini terdiri daripada 3 kategori iaitu, Pasukan Lelaki Senior, Wanita Senior dan Pasukan Beregu Veteran. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Simon Loo (No.Tel Bimbit-019-8196292) di SMK Kwong Hua, Sibu.

12 June 2008

MESYUARAT STAF SK SEDC, SIBU 2/2008

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu,
Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat staf SK SEDC, Sibu bil. 2/2008 akan diadakan pada 16 Jun 2008 (Isnin), jam 2.00 petang di bilik Perkembangan Staf sekolah. Semua Staf SK SEDC, Sibu wajib hadir.

SIARAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (KDP) 14 MINGGU PENINGKKATAN PROFESIONAL AMBILAN JULAI 2008

Salam sejahtera semua khususnya warga SK SEDC, Sibu.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan KDP 14 minggu Peningkatan Profesionalisme boleh dibuat secara dalam talian sahaja dengan melayari internet di alamat URL, http://www.moe.gov.my. Permohonan dalam talian ditutup pada 12 Jun 2008. Untuk makluman semua warga SK SEDC, Sibu keterangan lanjut berkenaan kursus ini telah dihantar ke email masing-masing.

29 April 2008

PEKELILING BIASISWA BIL.1 TAHUN 2007

Salam sejahtera semua khususnya warga SK SEDC, Sibu.
Dimaklumkan bahawa surat Pekeliling Biasiswa Bil.1 Tahun 2007 - Penjelasan Mengenai Bantuan Sara Hidup Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005 dan Bil. 6 Tahun 2007 Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Yang Diluluskan Cuti Belajar Penuh Dan Cuti Belajar Separuh Gaji bertarikh 30 Ogos 2007 yang telah diterima oleh pihak sekolah pada 29 April 2008 akan dihantar kepada e-mail setiap warga sekolah dalam masa terdekat ini. Untuk mendapat kandungan lengkap pekeliling tersebut, sila buka e-mail masing-masing mulai 30.April 2008.
Sekian. Harap maklum.

SUKAN TAHUNAN KEDUA SK SEDC, SIBU TAHUN 2008



Sukan Tahunan Kedua SK SEDC, Sibu telah diadakan pada 21 April 2008 bertempat di Stadium Tun Ahmad Zaidi, Sibu. Dalam kejohanan tersebut, selain daripada acara-acara yang melibatkan pelajar, turut diselitkan juga acara untuk ibu bapa dan guru. PIBG sekolah telah memberi bantuan dan sumbangan berbentuk tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan kejohanan ini. Kerjasama dan usaha gigih semua semua staf dalam membuat perancangan dan menjayakan sukan tahunan tersebut harus mendapat pujian. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG Sekolah, En. Badrul Sham. Tahniah, Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua staf dan ahli PIBG sekolah yang telah membantu menjayakan kejohanan tahun ini.

Gambar di atas menunjukkan guru besar SK SEDC, Sibu, Encik Tan Kuang Wui menyampaikan hadiah kepada Cikgu Senthamary a/p Machap yang mendapat tempat ketiga dalam lumba lari untuk kategori guru dan gambar di bawah menunjukkan YDP PIBG menyampaikan Piala Pusingan kepada ketua pasukan rumah merah yang menjadi Johan keseluruhan kejohanan tersebut.

25 April 2008

MESYUARAT PENGURUSAN PUSAT SUMBER SK SEDC, SIBU

Sukacitanya dimaklumkan kepada semua guru SK SEDC, Sibu bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada 28 April, 2008 (Isnin), jam 3.00 petang bertempat di Bilik Perkembangan Staf sekolah. Semua guru adalah wajib hadir.

PROGRAM DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA & UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2008


Surat di sebelah adalah surat berkenaan Surat Siaran Tawaran Biasiswa Hadiah Latihan bagi Mengikut Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah Di Universiti Sains Islam Malaysia & Universiti Malaysia Sabab Sesi 2008. Bagi guru-guru SK SEDC, Sibu yang berminat, sila dapatkan surat siaran penuh program tersebut yang sudah dihantar ke Email masing-masing.

24 April 2008

TAKLIMAT PUSAT AKSES OLEH PEGAWAI PKG SIBU

Satu taklimat berkenaan dengan Pusat Akses Sekolah telah dijalankan oleh Encik Mohd Hattar (Pen.Pegawai PKG Sibu) di SK SEDC, Sibu pada 24 April 2008 bermula jam 3.00 petang bertempat di makmal komputer sekolah. Warga sekolah yang menyertai taklimat tersebut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada beliau atas input yang telah disampaikan.

OPPORTUNITY FOR RURAL TEACHER TO FURTHER STUDIES

Berita ini tersiar dalam suratkhabar Borneo Post, Sarawak pada 24 April 2008. Bagi guru-guru yang berminat dan ingin mendapat keterangan lanjut mengenai perkara ini, sila buka e-mail masing-masing untuk mendapatkan keratan akhbar tersebut.

SURAT SIARAN - RECOGNISED QUALIFICATION FROM UIA

Kepada semua staf SK SEDC, Sibu.
Surat makluman berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk. Surat siaran tersebut telah dihantar melalui mail elektronik (e-mail) kepada semua staf SK SEDC, Sibu Sila buka e-mail masing-masing untuk mendapat maklumat lanjut.

22 April 2008

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/2008

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2008 - Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Luar dari Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 31 Mac 2008 telah dihantar ke e-mail semua staf SK SEDC, Sibu. Sila buka e-mail masing-masing untuk mendapat keterangan lanjut.

BORANG SOALAN KESELAMATAN (AM 480-Pin.2/88)

Surat iringan daripada Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu bil JPS(W)/PPGS(Perk)/153/08/09/02/01(46) bertarikh 16 April, 2006 berkenaan perkara tersebut bekaitan.
Semua Guru Sandaran terlatih (GST) yang dilantik mulai 02 Januari 2008 dikehendaki melalui proses Tapisan Keselamatan sebelum ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Untuk keterangan lebih lanjut rujuk surat siaran, panduan mengisi borang dan contoh borang yang telah dikirim ke e-mail semua staf.

14 April 2008

WAKIL PASUKAN HOKI SARAWAK MSSR 12 TAHUN KE BAWAH


Lima pemain hoki dari SK SEDC, Sibu (4 lelaki dan 1 perempuan) yang menyertai pasukan Hoki MSSR (12 tahun ke bawah) Bahagian Sibu telah terpilih mewakili pasukan Sarawak. Mereka adalah terdiri daripada Adik Hellena Pamela (kiri barisan depan), Adik Donny ak Thomas (kedua dari kiri barisan depan), Adik Abdul hussien Bin Ismawie (ketiga dari kiri barisan depan), Adik Mohd Nazrie bin Anas (kanan barisan depan) dan Adik Mohamad Adzmeel bin Suhaime (tiada dalam gambar). Mereka berlima ini dijangka akan menyertai pasukan Sarawak untuk pertandingan Hoki MSSR peringkat kebangsaan di Pulau Pinang pada 23 Mei 2008 hingga 31 Mei 2008. Turut kelihatan dalam gambar ialah Guru Besar SK SEDC, En. Tan Kuang Wui (kiri barisan belakang), Ustaz Dzulkhaini Mohd Tajuddin (jurulatih pasukan bahagian Sibu yang juga terpilih menjadi salah seorang pembantu jurulatih pasukan Sarawak - berdiri tengah barisan belakang) dan Encik Morris anak Belayong (Pen. Kanan Kokurikulum, SK SEDC, Sibu - berdiri kanan barisan belakang)

04 April 2008

HOKI PEREMPUAN 12 TAHUN KEBAWAH MSSR SIBU


Baru-baru ini pasukan hoki perempuan 12 tahun ke bawah MSSR Sibu telah mengambil bahagian dalam pertandingan Hoki peringkat negeri di Kuching. Pasukan MSSR Bahagian Sibu telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Tiga pemain pasukan tersebut merupakan pelajar SK SEDC, Sibu dan sebaik selesai pertandingan tersebut salah seorang daripada tiga pemain yang datang dari sekolah tersebut telah berjaya dipilih untuk mewakili pasukan Hoki Perempuan Bawah 12 tahun Negeri Sarawak. Syabas dan tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan pengurus pasukan tersebut.

31 March 2008

SK SEDC, SIBU


SK SEDC, Sibu terletak di Jalan Mantis, Ulu Lanang, Sibu. Sekolah ini mempunyai 17 buah kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan sebuah kelas Pra Sekolah dengan jumlah pelajar keseluruhan sekolah seramai 583 orang. Terdapat 34 orang guru akademik dan 8 orang kakitangan sokongan yang bertugas di sekolah ini. Kebanyakan pelajar sekolah ini datangnya dari Taman Perumahan Mantis, Taman Perumahan Grand Height, Taman Perumahan Sukun, Kem PGA Ulu Lanang dan kawasan perindustrian sekitar Ulu Lanang.