SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

29 April 2008

PEKELILING BIASISWA BIL.1 TAHUN 2007

Salam sejahtera semua khususnya warga SK SEDC, Sibu.
Dimaklumkan bahawa surat Pekeliling Biasiswa Bil.1 Tahun 2007 - Penjelasan Mengenai Bantuan Sara Hidup Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005 dan Bil. 6 Tahun 2007 Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Yang Diluluskan Cuti Belajar Penuh Dan Cuti Belajar Separuh Gaji bertarikh 30 Ogos 2007 yang telah diterima oleh pihak sekolah pada 29 April 2008 akan dihantar kepada e-mail setiap warga sekolah dalam masa terdekat ini. Untuk mendapat kandungan lengkap pekeliling tersebut, sila buka e-mail masing-masing mulai 30.April 2008.
Sekian. Harap maklum.

SUKAN TAHUNAN KEDUA SK SEDC, SIBU TAHUN 2008



Sukan Tahunan Kedua SK SEDC, Sibu telah diadakan pada 21 April 2008 bertempat di Stadium Tun Ahmad Zaidi, Sibu. Dalam kejohanan tersebut, selain daripada acara-acara yang melibatkan pelajar, turut diselitkan juga acara untuk ibu bapa dan guru. PIBG sekolah telah memberi bantuan dan sumbangan berbentuk tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan kejohanan ini. Kerjasama dan usaha gigih semua semua staf dalam membuat perancangan dan menjayakan sukan tahunan tersebut harus mendapat pujian. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG Sekolah, En. Badrul Sham. Tahniah, Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua staf dan ahli PIBG sekolah yang telah membantu menjayakan kejohanan tahun ini.

Gambar di atas menunjukkan guru besar SK SEDC, Sibu, Encik Tan Kuang Wui menyampaikan hadiah kepada Cikgu Senthamary a/p Machap yang mendapat tempat ketiga dalam lumba lari untuk kategori guru dan gambar di bawah menunjukkan YDP PIBG menyampaikan Piala Pusingan kepada ketua pasukan rumah merah yang menjadi Johan keseluruhan kejohanan tersebut.

25 April 2008

MESYUARAT PENGURUSAN PUSAT SUMBER SK SEDC, SIBU

Sukacitanya dimaklumkan kepada semua guru SK SEDC, Sibu bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada 28 April, 2008 (Isnin), jam 3.00 petang bertempat di Bilik Perkembangan Staf sekolah. Semua guru adalah wajib hadir.

PROGRAM DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA & UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2008


Surat di sebelah adalah surat berkenaan Surat Siaran Tawaran Biasiswa Hadiah Latihan bagi Mengikut Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah Di Universiti Sains Islam Malaysia & Universiti Malaysia Sabab Sesi 2008. Bagi guru-guru SK SEDC, Sibu yang berminat, sila dapatkan surat siaran penuh program tersebut yang sudah dihantar ke Email masing-masing.

24 April 2008

TAKLIMAT PUSAT AKSES OLEH PEGAWAI PKG SIBU

Satu taklimat berkenaan dengan Pusat Akses Sekolah telah dijalankan oleh Encik Mohd Hattar (Pen.Pegawai PKG Sibu) di SK SEDC, Sibu pada 24 April 2008 bermula jam 3.00 petang bertempat di makmal komputer sekolah. Warga sekolah yang menyertai taklimat tersebut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada beliau atas input yang telah disampaikan.

OPPORTUNITY FOR RURAL TEACHER TO FURTHER STUDIES

Berita ini tersiar dalam suratkhabar Borneo Post, Sarawak pada 24 April 2008. Bagi guru-guru yang berminat dan ingin mendapat keterangan lanjut mengenai perkara ini, sila buka e-mail masing-masing untuk mendapatkan keratan akhbar tersebut.

SURAT SIARAN - RECOGNISED QUALIFICATION FROM UIA

Kepada semua staf SK SEDC, Sibu.
Surat makluman berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk. Surat siaran tersebut telah dihantar melalui mail elektronik (e-mail) kepada semua staf SK SEDC, Sibu Sila buka e-mail masing-masing untuk mendapat maklumat lanjut.

22 April 2008

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/2008

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2008 - Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Luar dari Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 31 Mac 2008 telah dihantar ke e-mail semua staf SK SEDC, Sibu. Sila buka e-mail masing-masing untuk mendapat keterangan lanjut.

BORANG SOALAN KESELAMATAN (AM 480-Pin.2/88)

Surat iringan daripada Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu bil JPS(W)/PPGS(Perk)/153/08/09/02/01(46) bertarikh 16 April, 2006 berkenaan perkara tersebut bekaitan.
Semua Guru Sandaran terlatih (GST) yang dilantik mulai 02 Januari 2008 dikehendaki melalui proses Tapisan Keselamatan sebelum ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Untuk keterangan lebih lanjut rujuk surat siaran, panduan mengisi borang dan contoh borang yang telah dikirim ke e-mail semua staf.

14 April 2008

WAKIL PASUKAN HOKI SARAWAK MSSR 12 TAHUN KE BAWAH


Lima pemain hoki dari SK SEDC, Sibu (4 lelaki dan 1 perempuan) yang menyertai pasukan Hoki MSSR (12 tahun ke bawah) Bahagian Sibu telah terpilih mewakili pasukan Sarawak. Mereka adalah terdiri daripada Adik Hellena Pamela (kiri barisan depan), Adik Donny ak Thomas (kedua dari kiri barisan depan), Adik Abdul hussien Bin Ismawie (ketiga dari kiri barisan depan), Adik Mohd Nazrie bin Anas (kanan barisan depan) dan Adik Mohamad Adzmeel bin Suhaime (tiada dalam gambar). Mereka berlima ini dijangka akan menyertai pasukan Sarawak untuk pertandingan Hoki MSSR peringkat kebangsaan di Pulau Pinang pada 23 Mei 2008 hingga 31 Mei 2008. Turut kelihatan dalam gambar ialah Guru Besar SK SEDC, En. Tan Kuang Wui (kiri barisan belakang), Ustaz Dzulkhaini Mohd Tajuddin (jurulatih pasukan bahagian Sibu yang juga terpilih menjadi salah seorang pembantu jurulatih pasukan Sarawak - berdiri tengah barisan belakang) dan Encik Morris anak Belayong (Pen. Kanan Kokurikulum, SK SEDC, Sibu - berdiri kanan barisan belakang)

04 April 2008

HOKI PEREMPUAN 12 TAHUN KEBAWAH MSSR SIBU


Baru-baru ini pasukan hoki perempuan 12 tahun ke bawah MSSR Sibu telah mengambil bahagian dalam pertandingan Hoki peringkat negeri di Kuching. Pasukan MSSR Bahagian Sibu telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Tiga pemain pasukan tersebut merupakan pelajar SK SEDC, Sibu dan sebaik selesai pertandingan tersebut salah seorang daripada tiga pemain yang datang dari sekolah tersebut telah berjaya dipilih untuk mewakili pasukan Hoki Perempuan Bawah 12 tahun Negeri Sarawak. Syabas dan tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan pengurus pasukan tersebut.