SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

05 July 2008

KARNIVAL PENDIDIKAN PRA SEKOLAH DAERAH SIBU TAHUN 2008

Karnival Pendidikan Pra Sekolah Daerah Sibu Tahun 2008 anjuran bersama Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu dan SK SEDC, Sibu telah berlangsung pada 05 Julai 2008 di SK SEDC, Sibu. Sejumlah 42 buah sekolah dengan penyertaan 351 pelajar pra sekolah serta hampir 100 orang guru dan pembantu pengasuh murid (PPM) telah berkumpul di SK SEDC, Sibu. Tidak kurang daripada 300 orang ibu bapa pelajar pra sekolah juga turut datang untuk menyaksikan kebolehan anak-anak masing-masing. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti, nyanyian dan gerakan, tarian tradisional, Hafazan, Bercerita Dalam Bahasa Inggeris, Bercerita Dalam Bahasa Melayu, Mewarna dan Pakaian Beragam. Majlis penutupan karnival ini telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Gabungan Sibu, Encik Wong Chong Kung. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan PPG atas kehadiran beliau untuk menyempurnakan majlis penutupan ini. Pihak sekolah juga ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua sekolah yang menyertai karnival ini. Ucapan serupa juga dirakamkan kepada staf Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu khususnya dari Unit Pengurusan Sekolah dan Unit Teknologi Pendidikan atas bantuan dan sokongan sepanjang karnival ini. Ucapan syabas dan terima kasih juga tidak lupa diucapkan kepada semua staf SK SEDC, Sibu kerana telah bertungkus lumus membuat persediaan dan melaksanakan karnival ini. Akhir sekali, ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua sekolah dan individu yang secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan karnival pendidakan pra sekolah tahun 2008

03 July 2008

SESI PEMILIHAN PESERTA MENYUMPIT PSKPP SIBU 2008

Salam sejahtera semua staf SK SEDC, Sibu.
Merujuk kepada surat siaran bil JPS/(W)/PPGS/(UPK)/153/05/01/07/Jld.2/( ) bertarikh 01 Julai 2008 daripada Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu, sukacitanya dimaklumkan bahawa PSKPP Cawangan Sibu akan mengelolakan Pesta PSKPP Peringkat Negeri kali ke-28 pada 15 - 17 Ogos, 2008.
Sehubungan itu, PSKPP Cawangan Sibu akan mengadakan sesi pemilihan Peserta Menyumpit bagi mewakili Pasukan PSKPP Sibu pada 05.07.2008, jam 2.00 petang di SJK Chung Hua, Sibu.
Semua warga pendidikan yang berminat dijemput untuk mengambil bahagian dalam pemilihan tersebut. Sekian, harap maklum.

01 July 2008

SUMBANGAN TAHUNAN WAJIB PSKPP 2008

Salam hormat semua staf SK SEDC, Sibu.
Dengan segala hormatnya surat siaran daripada Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu bil JPS/(W)/PPGS/(UPK)/153/05/01/07/Jld.2( ) bertarikh 26 Jun 2008 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Intipati surat siaran tersebut ialah bahawa setiap staf dikehendaki menyumbang tidak kurang daripada RM 10,00 untuk tabung tersebut tahun 2008. Pecahan sumbangan tersebut ialah RM 5.00 untuk yuran keahlian PSKPP 2008, RM 5.00 untuk yuran pengelolaan PSKPP peringkat Negeri yang akan berlangsung di Sibu pada 15 - 17 Ogos 2008 (hanya untuk tahun 2008 sahaja) dan sumbangan ikhlas (jumlah - terpulang kepada keikhlasan ahli)
Kerjasama semua staf dipohon untuk menghantar sumbangan masing-masing kepada Penolong Kanan KK - Encik Morris ak. Belayong pada atau sebelum 28 Julai 2008 bagi membolehkan pihak sekolah menghantar keseluruhan sumbangan daripada sekolah ini kepada Bendahari PSKPP Bahagian Sibu - Encik Wong Sing Choun (Guru Besar SJK Chung Hua, Sibu) pada atau sebelum 31 Julai 2008
Sekian, harap maklum. Terima kasih