SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

19 November 2008

SURAT SIARAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN 14 MINGGU, PRASARJANA MUDA PENGAJARAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH AMBILAN FEB 09

Surat daripada Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia bil. kp(bpg)9131/15 Jld.6 (19) bertarikh 21 Oktober 2008 berkaitan.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru akan mengendalikan Program Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS). Program ini akan dikendalikan di semua Institut Pendidikan Guru yang kan bermula pada 23 Februari hingga 29 Mei, 2009
Kursus 14 Minggu ini bertujuan untuk memberi peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) memperkukuhkan pengetahuan asa dalam bidang tertentu sebelum meneruskan pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Jarak Jauh KPM OUM
Bagi guru-guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran yang lengkap daripada keranai sekolah pada waktu pejabat.
Setiap permohonan hendaklah dibuat secara 'online' dengan melayari internet http;//www.moe.gov.my (mulai 24 November 2008). Borang yang telah dimuat turun hendaklah dicetak dan dihantar kepada Pengarah pelajaran Sarawak (u.p Latihan dan Kemajuan Staf) melalui dan salinan Pegawai Pelajaran Gabungan Sibu dan Guru Besar (Sediakan 3 salinan borang permohonan - 2 salinan ke HQ dan 1 salinan untuk PPG Sibu) Tarikh tutup permohonan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak adalah pada 26 Disember 2008.

SURAT SIARAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (KDP) KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS (KSPK) SATU TAHUN, AMBILAN 2009

Surat bil. KP(BPG)9131/55 Jld. 9 (77) bertarikh 24 Oktober 2998 berkaitan perkara tersebut di atas dirujuk.
Antara intipati surat siaran tersebut adalah seperti berikut:
1. Bahagian Pendidikan Guru akan melaksanakan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) iaitu Kursus Sijil Perguruanj Khas (KSPK) Satu tahun di Institut Pendidikan Guru. Kursus ini akan bermula pada 04 dan 05 Januari 2009 dan terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah.
2. Permohonan KSPK hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) iaitu dengan melayari internet di alamat URL, http:www.moe.gov.my yang boleh dilayari mulai 29 Oktober 2008.
3. Bagi guru yang berminat, sila dapatkan surat siaran lengkap kursus daripada kerani sekolah pada waktu pejabat. Bidang-bidang kursus dan syarat-syarat kelayakan Am kursus yang ditawarkan juga terdapat dalam surat siaran tersebut.

SURAT SIARAN SEKATAN MENDUDUKI KURSUS PTK KEPADA CALON YANG TIDAK HADIR KURSUS PTK

Surat daripada Bahagian pembangunan Dan Penilaian Kompentensi, Kementerian Pelajaran Malaysia berbil. KP(BPPK) 111/6 (56) bertarikh 20 Oktober 2008 berkaitan perkara tersebut di atas berkaitan.
Intipati kandungan surat tersebut adalah seperti berikut.
1. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan kursus PTK kepada calon yang mendaftar dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Tawaran ini dimuatkan dalam Laman Web Kementerian dan seterusnya surat tawaran dikeluarkan kepada calon empat (4) minggu sebelum kursus bermula. Calon dikehendaki mengesahkan kehadiran selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum kursus bermula. Sebarang penarikan diri hendaklah dibuat dalam tempoh sepuluh (10) hari sebelum kursus bermula.
2. Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) mendapati terdapat calon yang telah mengesahkan kehadiran etapi gagal berbuat demikian tanpa memberi notis atau sebab-sebab yang munasabah.
3. Kegagalan calon untuk hadir menyebabkan KPM menanggung kerugian kos kerana tidak dapat menawarkan tempat kursus kepada calon lain yang layak. Oleh yang demikian, Lembaga Penilaian Kompetensi KPM telah menetapkan bahawa calon yang telah mengesahkan kehadiran tetapi gagal berbuat demikian tanpa memberi notis menarik diri atau sebab- sebab yang munasabah dikenakan sekatan iaitu tidak dibenarkan menghadiri Kursus PTK sekamaenam (6) bulan atau satu siri kursus mengikut mana yang terkamudian dikira dari hari pertama kursus PTK yang sepatutnya dihadiri oleh calon berkenaan. Peraturan ini akan mula dilaksanakan pada tahun 2009.
4. mulai tahun 2009, notis penarikan diri hendaklah dikemukan kepada BPPK dengan menggunakan Borang Permohonan Pengecualian Sekatan PTK (BPPSPTK - 1/2009) yang boleh dimuat turun melalui portal BPPK http:/apps.emoe.gov.my/bppk
Sekian , harap maklum