SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

13 January 2009

SALAM TAHUN BARU 2009 DARIPADA GURU BESAR SK SEDC, SIBU

Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru semua warga SK SEDC, Sibu,

Terlebih dahulu, inzinkan saya sekali lagi mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua warga sekolah. Semoga tahun 2009 ini akan membawa lebih banyak tuah dan kebaikan kepada kita semua. Sama-samalah kita menadah tangan memohon kepada yang Maha Esa agar Tahun 2009 ini akan membawa tuah dan kita semua dikuniakan dengan kesihatan yang baik. Dengan kesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cikgu Sofiah binti Kapa yang telah berpindah ke stesyen baru di bahagian Sarikei. Segala jasa yang beliau taburkan selama perkhidmatan di sekolah ini akan menjadi ingatan abadi seluruh warga sekolah ini. Saya bagi pihak semua warga sekolah ini mengucapkan selamat maju jaya di stesyen baru beliau. Tidak lupa juga saya ingin mengambil peluang ini untuk mengalu-alukan kemasukan lima guru baru yang berpindah menjadi ahli baru sekolah ini. Mereka ini adalah seperti berikut:

1. Cikgu Madelene Anak Bilun (dari SK Abang Ali, Sibu)
2. Cikgu Wong Khiu Sieng (dari SK Sungai Passin, Daro)
3. Cikgu Norfatehah Teoh Abdullah (dari SK sentosa, Sibu)
4. Cikgu King Ai Hung (dari SK Ulu Sungai Siong, Sibu)
5. Cikgu Magdaline Emily Fraude (dari SJK Methodist, Sibu)

Saya yakin dan percaya dengan pengalaman luas dan kepakaran yang mereka berlima ini miliki boleh menjadi aset yang berharga kepada sekolah ini untuk terus meningkat dalam pelbagai bidang. Saya juga berharap mereka ini dapat cepat menyesuaikan diri dengan budaya kerja, keadaan sekeliling baru sekolah ini dan pergaulan profesional yang rapat sesama warga sekolah agar kehadiran mereka di stesyen baru ini akan membawa kebahagian kepada mereka berlima dan sekaligus dapat meningkatkan semangat kerja mereka untuk menyumbang kepada kemajuan dan peningkatan dalam semua bidang di sekolah ini.
SELAMAT BERTUGAS DAN SELAMAT MAJU JAYA.

No comments: