SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

05 April 2009

KURSUS KEJURULATIHAN HOKI PERINGKAT 1 ANJURAN PERSATUAN HOKI SARAWAK (SHA) DENGAN KERJASAMA GABUNGAN HOKI MALAYSIA (MHF)


Jurulatih Hoki SK SEDC, Sibu, Ustaz Dzulkhaini bin Mohamad Tajuddin merupakan salah seorang daripada 26 jurulatih hoki dari seluruh pelusuk negeri Sarawak yang dipilih untuk mengikuti Kursus Kejurulatihan Hoki Peringkat 1 anjuran Persatuan Hoki Sarawak (SHA) dengan kerjasama Gabungan Hoki Malaysia, Majlis Sukan Negara (NSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak yang berlangsung di Stadium Hoki Sarawak dari 24 Mac 2009 hingga 27 Mac 2009.

Kursus ini merangkumi undang-undang permainan, Perkeadahan dan Perancangan Melatih, Sains Sukan, Pemakanan, Psikologi Sukan, Pengurusan Kecederaan, Biomekanik dan Sesi Amali berkenaan kemahiran asas dan lanjutan dalam permaianan hoki.
Penyertaan Ustaz Dzulkhaini dalam kursus ini juga membanggakan seluruh warga sekolah ini kerana dalam kursus tersebut, beliau telah dipilih sebagai peserta terbaik keseluruhan dengan menjuarai bahagian Ujian Kemahiran, Pengajaran Amali dan Peperiksaan Teori.
Seluruh warga sekolah ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah atas kecemerlangan beliau itu. Kecemerlangan dan kepakaran yang dimiliki oleh beliau sudah tentu menjadi aset yang sangat berguna kepada sekolah khususnya dalam perkembangan hoki sekolah ini. Syabas dan tahniah sekali lagi Ustaz. SEDC Boleh !