SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

25 December 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL (MERRY CHRISTMAS)

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL (MERRY CHRISTMAS) & SELAMAT TAHUN BARU (2011) KEPADA SEMUA WARGA SK SEDC, SIBU


16 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

SELAMAT HARI RAYA ADIL ADHA KEPADA SEMUA WARGA MUSLIM SK SEDC, SIBU


26 October 2010

PELAKSANAAN SISTEM ePENYATA GAJI DAN eLAPORAN

Untuk Makluman Semua Staf SK SEDC, Sibu

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai Oktober 2010, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan Sistem ePenyata gaji dan eLaporan. Ini juga bermakna JANM tidak akan lagi menghantar Penyata Gaji kepada individu mulai bulan Oktober 2010. Individu boleh mengakses dan mencetak sendiri penyata gaji masing-masing sehari sebelum tarikh pembayaran gaji setiap bulan dengan melayari laman sesawang Jabatan akauntan Negara Malaysia seperti berikut:


Jika ada kemusykilan berhubung perkara di atas, sila hubungi En. Fadzillah atau En. Fadilah Bin Sophian di Pejabat Pelajaran Daerah Sibu pada waktu pejabat (Tel: 084-330544)

22 October 2010

KEPUTUSAN UJIAN KHAS PTK 2010 BAGI ANGGOTA KHIDMAT SOKONGAN (AKS) GRED 1-16

Untuk makluman dan tindakan semua AKS SK SEDC, Sibu yang berkaitan.

Surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak bil. JPS(W)/SPPP(upk)/153/08/03/05Jld.3(65) bertarikh 05 Oktober 2010 berkenaan perkara tersebut diatas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa calon-calon yang telah menduduki ujian tersebut boleh menyemak Keputusan Ujian Khas PTK  Tahun 2010 di laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan melayari laman web http://apps.emoe.gov.my/bppk di bawah ruangan Ujian Khas PTK.

Satu (1) Salinan Keputusan Ujian tersebut mesti dihantar ke Unit Penilaian Kompetensi, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak untuk tujuan rekod.

MEMUAT TURUN DAN MENCETAK KEPUTUSAN PENILAIAN PEMAHAMAN PTK TAHUN 2010 SECARA ONLINE

Untuk makluman semua staf SK SEDC, Sibu.

Surat siaran bil. JPS/(W)SPPP(upk)/153/08/03/08/Jld.2 (20) dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak bertarikh 30 September 2010 berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan.

Untuk makluman, calon-calon yang telah menduduki Ujian Penilaian Pemahaman PTK Tahun 2010 boleh memuat turun dan mencetak keputusan PTK masing-masing di laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia di http://apps.emoe.gov.my/bppk/.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Unit Penilaian Kompetensi Jabatan di talian 082-276292 atau 082-276315

18 October 2010

LIPUTAN KEMBARA SENI 2010 DALAM RANCANGAN KOPA KOPI - TV1 RADIO TELEVISYEN MALAYSIA

Untuk makluman dan tindakan semua staf SK SEDC, Sibu,
Sukacita dimaklumkan bahawa tentang perubahan tarikh penyiaran kembara seni melalui Rancangan Kopa Kopi TV1 RTM pada 18 Oktober 2010 (Isnin) jam 2.15 petang diubah kepada 1 November 2010, Isnin jam 2.15 petang.

Sekian, harap maklum.

07 October 2010

INSTITUSI SEKOLAH SEBAGAI TEMPAT MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM

Untuk makluman dan tindakan semua staf SK SEDC, Sibu.

Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan terdapatnya segolongan kecil warga sekolah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman serta tidak sensitif kepada usaha-usaha Kerajaan untuk menjadikan sekolah sebagai tapak untuk menyemai Semangat 1 Malaysia.

Sekiranya wujud serta ada kebenaran akan perkara seperti ini berlaku, Kementerian tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana warga pendidikan sama ada Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru serta kakitangan sekolah yang mempunyai sikap rasis sama ada dengan menggunakan kata-kata, perbuatan atau penulisan. Tindakan tegas akan diambil jika terbukti kesalahn mereka. Ini selaras dengan peringatan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran supaya tindakan tegas harus diambil terhadap sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman agar ia tidak menimbulkan natijah yang buruk.

Sekolah adalah merupakan tempat untuk mengukuhkan perpaduan kaum, justeru Ketua Pengarah Pelajaran menyeru serta meningatkan semua warga sekolah supaya sentiasa berhemah semasa melaksanakan tugas dan sentiasa sensitif kepada hasrat Kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini sesuai dengan Konsep 1 Malaysia.

23 September 2010

PERAKUAN PENGURNIAAN PINGAT PERKHIDMATAN SETIA

Dimaklumkan bahawa Unit Pentadbiran Am (UPA), Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS) telah mengemukakan perakuan untuk Pengurniaan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) bagi pegawai dan kakitangan Jabatan ini secara berperingkat ke Unit Pengurusan Sumber Manusia, JKM melalui surat Jabatan bil.JPS(W)/SK2P(Pam)/153/08/15/05/JId.5(23) bertarikh 06 September 2010 untuk pertimbangan serta kelulusan pihak Urusetia selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, status perakuan bagi pegawai dãn kakitangan di bawah seliaan masing-masing boleh disemak melalui laman sesawang Jabatan di alamat www.moe.gov.my/jpnsarawak. Pegawai dan kakitangan yang diluluskan akan dimaklumkan sebaik sahaja keputusan pengurniaan tersebut diterima daripada pihak berkenaan. Sebarang kemusykilan, pihak tuan boleh menghubungi pegawai-pegawai di Jabatan ini di talian 082-276232 / 082-276342 /082- 276228 

22 September 2010

TAKLIMAT / KAUNTER ZAKAT

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Tabung Baitulmal Sarawak ada menyediakan Skim Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji bagi memudahkan kakitangan yang beragama Islam menunaikan kefardhuan berzakat. Di antara kelebihan-kelebihan skim ini adalah seperti berikut:-

i.    Menyempurnakan Rukun Islam
ii.   Membayar Zakat Pendapatan secara beransur-ansur dan sangat mudah
iii.  Mengelak daripada terlalai atau terlupa
iv.  Mendapatkan rebat cukai pendapatan secara automatik sama ada mengurangkan atau memberhentikan Potongan Cukai Berjadual (PCB) bulanan
v.  Pendapatan bersih, berkat, suci dan subur

Sehubungan dengan itu Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Sibu akan mengadakan Taklimat / Kaunter Zakat di sekolah SK SEDC, Sibu seperti tarikh dan masa berikut. Semua kakitangan sekolah (kakitangan akademik & bukan akademik) yang beragama Islam diwajib hadir.

Tarikh : 05 Oktober, 2010 (Khamis)
Masa :  10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Bilik Perkembangan Staf Sekolah

Sekian. Harap maklum.

09 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA WARGA SK SEDC, SIBU YANG BERAGAMA ISLAM.

DARIPADA:
GURU BESAR,
SK SEDC, SIBU

26 August 2010

KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI MAMPU

Kajian ini dibuat bagi menkaji keberkesanan inisiatif promosi MAMPU, menilai tahap kesedaran orang ramai terhadap promosi Sistem Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam oleh MAMPU dan menambahbaik program promosi yang telah telah dibuat.

Sehubungan itu, memohon jasa baik semua kakitangan sekolah (guru dan staf sokongan) untuk menjawab soalan-soalan kajian dengan melayari Portal My Gov : www.malaysia.gov.my

PELANCARAN SALURAN PENDIDIKAN BARU ASTRO TUTOR TV

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kampus Astro telah melancarkan saluran pendidikan baru Astro yang dikenali sebagai "ASTRO TUTOR TV" pada 18 Julai 2010 dan akan tamat pada 23 September 2010. Rancangan ini akan dipancarkan melalui saluran 100. Saluran ini adalah satu saluran sementara yang akan menawarkan pembelajaran interaktif khususnya bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Astro Tutor TV adalah satu rancangan yang padat dengan program berbentuk format ulangkaji interaktif bagi matapelajaran utama UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Program ini diselitkan juga maklumat yang berguna kepada pelajar seperti penjagaan kesihatan, meningkatkan motivasi dan tip belajar secara efektif. Pelajar boleh menggunakan fungsi butang merah alat kawalan jauh Astro untuk fungsi interaktif bagi mendapatkan panduan dan kuiz. Tempoh setiap episod di antara 15 hingga 30 minit, sarikata dalam Bahasa Nalaysia dan Mandarin.

Diharapkan semua guru yang mengajar matapelajaran teras Tahun 6 mengetahui kewujudan program ini dan seterusnya menfaat sepenuhnya program ini.

JEMPUTAN MENYUMBANG DAN MENJADI PENILAI ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Surat dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.7 (88) bertarikh 23 Ogos 2010, surat dari JPN Sarawak Bil. JPS(W)/SPS(pp)/153/07/09/03/Jld.7(92) bertarikh 03 Ogos 2010 dan surat dari BPG, KPM bil. KP(BPG)9499/900/1(46) bertarikh 23 Jun 2010 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Bagi kakitangan akademik sekolah ini yang berminat untuk menyumbang artikel untuk dimuatkan dalam Jurnal ini, sila dapatkan maklumat  terperinci dan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat. Tarikh tutup penyerahan artikel kepada Ketua Editor adalah pada 30 Ogos 2010.

20 August 2010

SEKOLAH DAPAT DUA HARI CUTI TAMBAHAN AIDILFITRI

Artikel "Sekolah Dapat Dua Hari Cuti Tambahan Aidilfitri" dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Ogos 2010 dirujuk.
Maklumat terakhir yang diperolehi dari PPD Sibu mengatakan bahawa cuti tersebut hanya melibatkan sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah Asrama Harian yang mempunyai ramai pelajar Islam. Ia sama sekali tidak melibatkan sekolah-sekolah yang tidak mempunyai penghuni asrama.

Sekian, harap maklum.

PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM akan melaksanakan pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM) kepada semua warga pendidik.
Maklimat lanjut berhubung perkara di atas dapat dicapai dan muat turun dari laman web Bahagian Pendidikan Guru iaitu:

atau

18 August 2010

KUTIPAN DERMA IKHLAS BAGI KELUARGA MANGSA KEMALANGAN ALLAHYARHAMAH USTAZAH RASHIDAH BINTI MOHAMAD

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Ustazah Rashidah bt. Mohamad (No. KP: 891021-13-5732) yang bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih di SJK Kwong Hua, Sibu telah terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya pada 12 Ogos 2010. Beliau telahpun kembali ke rahmatullah pada hari tersebut juga.

Sehubungan itu, pihak pejabat PPD Sibu dengan rendah hati memohon kerjasama daripada semua Guru Pendidikan Islam sekolah dan semua warga sekolah yang lain menghulurkan derma ikhlas bagi meringankan beban keluarga allahyarhamah.

Semua derma ikhlas daripada warga sekolah boleh disampaikan kepada KPT sekolah sebelum atau selewat-lewatnya pada 27 Ogos 2010 supaya sumbangan tersebut dapat disampaikan ke Unit Pendidikan Islam PPD Sibu sebelum atau pada 30 Ogos, 2010.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD (YGMB)

Bagi guru-guru yang berminat untuk menjadi ahli kepada YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD (YGMB), sila dapatkan borang permohonan keahlian daripada Guru besar pada waktu pejabat. Yuran menjadi keahlian adalah seperti berikut:
a) Yuran Pendaftaran: RM 10.00
b) Yuran Tahunan      :RM 24.00
c) Yuran Ahli Seumur Hidup: 500.00

** Segala bayaran hendaklah atas nama "Yayasan Guru Malaysia Berhad" Sila tambah 50 sen komisen bank bagi cek luar Kuala Lumpur.

29 July 2010

LAMAN SESAWANG SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK (SBP)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) telah membangunkan laman sesawang Bahagian bagi tujuan hebahan dan pemberitahuan informasi terkini.
Sehubungan itu, semua warga sekolah boleh melayari sesawang Sektor Pengurusan Akademik SBP (SPA) melalui laman sesawang tersebut atau secara terus di alamat:

Sebagai makluman semua, SPA akan menggunakan laman sesawang ini sebagai salah satu medium untuk menyampai dan menghebahkan maklumat terkini. Pihak sekolah berharap semua warga sekolah akan dapat memanfaatkan sepenuhnya laman sesawang ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai laman sesawang SPA, sila hubungi terus Cik Suraya Hani bt. Mohd Lasim di talian 019-3300911 atau email kepada : surayasbp@gmail.com


22 July 2010

PERADUAN PENULISAN DAN KARYA KREATIF HARI GURU XXIV 2010/2011

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Peraduan Tahunan ini yang telah diadakan sejak 1988 telah dibuka semula tahun ini kepada semua kakitangan perkhidmatan pendidikan dan guru pelatih di institusi-institusi perguruan di Sarawak.
Semua genre hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja kecuali cerpen yang boleh ditulis dalam Bahasa Iban atau Bahasa Inggeris. Semua pemyertaan yang diterima selepas 30.01.2011 tidak akan dihakimi.
Bagi warga sekolah yang berminat menyertai peraduan ini, sila dapatkan salinan brosur untuk mengetaui maklumat terperinci dan borang penyertaan dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

TIP DAN LATIHAN KERTAS PERCUBAAN UPSR/PMR/SPM 2010

Sukacitanya dimaklumkan kepada semua staf sekolah khususnya guru-guru yang mengajar matapelajaran teras tahun enam bahawa kertas latihan percuma dari Jabatan Pelajaran setiap negeri dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan jawapannya sekali serta tip peperiksaan boleh didapati secara percuma di laman sesawang seperti berikut:

13 July 2010

URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DGA32, DGA38, DG44, DG48 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA32 (KUP) hingga Gred Khas C (KUP) bagi tahun 2010. Bagi guru-guru yang berminat dan berkelayakan sila layari laman web berikut untuk memuatturunkan surat siaran, borang permohonan dan lampiran-lampiran (lampiran A1-A3, B, C, D, E & t1) yang berkaitan atau dapatkan bahan-bahan tersebut dari Ketua Pembantu Tadbir Sekolah pada waktu pejabat. Tarikh tutup permohonan di peringkat PPD Sibu ialah pada 16 Julai 2010.





09 July 2010

PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BIL.1 TAHUN 2010 - TARIKH PERLANTIKAN TETAP PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA YANG LULUS IJAZAH SARJANA MUDA MELALUI PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH

Kepada semua staf akademik SK SEDC, Sibu.

Sila muat turun pekeliling ini dari alamat seperti berikut terutamanya kepada guru-guru yang masih dan akan tamat penjajian PJJ sekarang serta belum atau dalam proses dilantik ke jawatan DG 41.



SEMAKAN KEPUTUSAN KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM) SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2010

Kepada semua staf SK SEDC, Sibu

Sukacita dimaklumkan bahawa satu sistem semakan keputusan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) secara atas talian telah dilaksanakan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2010. Sistem ini bertujuan untuk mempercepatkan pemakluman dan semakan keputusan KISSM serta mempercepatkan urusan pengesahan dalam perkhidmatan di KPM.
Sehubungan dengan itu semakan keputusan secara talian bagi KISSM yang telah diluluskan keputusannya di dalam Mesyuarat Panel penilai Induk KISSM Kumpulan 1 Bil 1/2010 pada 1 Jun 2010 untuk Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi bulan Ogos, September, Oktober dan November 2009 serta Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi Bil 4/2009 boleh mula dilayari pada 21 Jun 2010.

Sekian harap, maklum.

01 July 2010

MUAT TURUN FORMAT LAPORAN PENCAPAIAN PROGRAM j-QAF TAHUN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah memuat turunkan (Format Laporan Pencapaian Program j-QAF tahun 2010) yang boleh didapati dengan muat turun di laman web berikut:

http://www.moe.gov.my/bpk/
(Klik Menu Download SP & HSP) 

Bagi guru yang terlibat dengan kelas j-QAF sila ambil tindakan segera.
 

26 June 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR TAHUN 2010 DI BAWAH PROGRAM MaCS FASA II

TARIKH UJIAN  :  27 HINGGA 29 JULAI 2010

Guru kelas dan guru matapelajaran yang terlibat dengan tahun enam, sila dapatkan maklumat terperinci seperti jadual waktu peperiksaan dan kertas soalan dari Penolong Kanan Pertadbiran sekolah (PK 1) pada waktu persekolahan secepat mungkin. 

SESI PEMILIHAN PEMAIN PASUKAN PSKPP CAWANGAN SIBU

MENYUMPIT
Tarikh : 03.07.2010 (Sabtu)
Masa;    2.30 petang
Tempat: SJK Methodist, Sibu

PING PONG
Tarikh  : 03.07.2010 (Sabtu)
Masa  : 0830 pagi hingga 1600 petang
Tempat  : Stadium Persatuan Ping Pong Sibu

BOLA JARING (SENIOR & VETERAN)
Tarikh  :  03.07.2010 (Sabtu)
Masa  :  2.00 petang hingga 4.30 petang
Tempat  : SMK Methodist, Sibu (Asal dijadualkan di Stadium Tertutup Bukit Lima, Sibu)

BADMINTON (LELAKI SENIOR & VETERAN)
Tarikh  : 03.07.2010 (Sabtu)
Masa  : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat  : Sibu Super Bowl Centre, Sibu

HOKI
Tarikh  : 03.07.2010 (Sabtu) & 04.06.2010 (Ahad)
Masa  : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Gelanggang Bola Jaring, SMK Rosli Dhoby, Sibu

PETANQUE
Tarikh  : 04.07.2010 (Ahad)
Masa  : 0830 pagi
Tempat  : Gelanggang Petanque, SMK Kpg. Nangka, Sibu

BOLA TAMPAR LELAKI & WANITA
Tarikh  : 03.07.2010 (Sabtu) - Pasukan Wanita dan 04.07.2010 (Ahad) - Pasukan Lelaki
Masa  : 1.00 pm hingga 3.00 pm
Tempat  : Gelanggang Bola Tampar, SMK Methodist, Sibu

OLAHRAGA
Tarikh  : 03.07.2010 (Sabtu)
Masa  : 0830 pagi
Tempat  : Stadium Tun Zaidi, Sibu

BOLA SEPAK VETERAN
Tarikh  :  03.07.2010 (Sabtu)
Masa  :  4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat  : Padang Bola Sepak, SMK Deshon, Sibu

SEPAK TAKRAW ANTARA REGU
Tarikh  :  03.07.2010 (Sabtu)
Masa  : 0800 pagi
Tempat  : Dewan Persatuan Sepak Takraw Sibu (PESTAS)

TENNIS
Tarikh  : 02.07.2010 (Jumaat) - 4.00 - 6.00 petang
              03.07.2010 (Sabtu)  - 8.30 - 11.30 pagi
Tempat  :  Gelanggang SLTA, Sibu, Bukit Lima, Sibu
 



   

  

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2011 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pertandingan Anugerah Guru Inovatif adalah program tahunan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak sempena Perayaan Hari Guru setiap tahun. Program ini bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru atau kumpulan guru yang telah menghasilkan usaha kreatif dan inovatif sesuai dengan kehendak pendidikan semasa dan tuntutan masa hadapan.
Sehubungan dengan itu, semua guru dialu-alukan untuk bertindak proaktif dalam usaha ini demi keberkesanan pembelajaran di samping kecemerlangan dalam profesion keguruan.
Bagi guru-guru yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila dapatkan salinan KERTAS KONSEP dari PK 1 sekolah pada waktu persekolahan. Tarikh tutup pertandingan di peringkat JPN sarawak ialah pada 30 November 2010.

21 June 2010

HEBAHAN PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI JURULATIH SENI GRED 29 - 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SENI M'SIA, JOHOR BAHRU, JOHOR DAN SEKOLAH SENI MIALAYSIA KUCHING, SARAWAK

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) bertanggungjawab dalam urusan pengambilan Jurulatih Seni bagi kedua-dua Sekolah Seni Malaysia, iaitu Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru (SSeMJB) dan Sekolah Seni Malaysia Kuching, Sarawak (SSeMKS). Sehubungan itu, Bahagian BSSK mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Jurulatih Seni di SSeMJB dan SSeMKS mulai Julai 2010 hingga 2011.
Bagi guru-guru yang berminat untuk mengisi jawatan tersebut di atas, sila dapatkan borang permohonan dan salinan surat siaran dari Pegawai Tadbir Kanan sekolah pada waktu pejabat.
Sekian, harap maklum.

17 June 2010

JEMPUTAN KE PAMERAN KONVENSYEN PENDIDIKAN PRASEKOLAH 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Konvensyen Pendidikan Prasekolah 2010 peringkat Negeri Sarawak akan diadakan di Hotel RH Sibu.
Sehubungan dengan itu. semua warga sekolah dijemput ke pameran tersebut seperti butiran berikut:

TARIKH: 30 JULAI 2010 HINGGA 01 OGOS 2010 (JUMAAT-AHAD)
MASA  : 0900 PAGI HINGGA 1700 PETANG
TEMPAT : TINGKAT 1, HOTEL RH, SIBU

01 June 2010

SELAMAT ARI GAWAI DAYAK TAHUN 2010


SELAMAT ARI GAWAI DAYAK TAHUN 2010
GAYU GURU GERAI NYAMAI,
BETUAH BELIMPAH PULU BERISI,
BULIH DUIT, BULIH RINGGIT,
BERKEMBUNG BAKA LANGIT,
BETUCHUNG BAKA BUKIT,
LALU GAYU KO SENTUKU,
GERAI KO SEMPANDAI,
NGARAP KE TAUN TOK DIPANJAIKA UMUR,
DIGERAHKA REZEKI.

25 May 2010

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PPPLD GRED DGA 29

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan PPPLD Gred DGA 29 di stesyen-stesyen berikut:
1. BTPN Sarawak (7 kekosongan)
2. PKG Serian (1 kekosongan)
3. PKG Simunjan (1 kekosongan)
4. PKG Dalat (1 kekosongan)
5. PKG Miri (1 kekosongan)
6. PKG Bintulu (1 kekosongan)
7. PKG Sarikei ( 1 kekosongan)
8. PKGPKG Belaga (1 kekosongan)

Bagi guru-guru yang layak dan berminat untuk memohon jawatan tersebut, sila dapatkan maklumat terperinci, salinan surat siaran dan borang permohonan dari Pen. Kanan Pentadbiran sekolah pada waktu pejabat.
Tarikh tutup permohonan iala pada 30.07.2010

21 May 2010

PROGRAM POTONGAN GAJI KAKITANGAN AWAM SECARA SUKARELA UNTUK TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa bagi guru/ kakitangan sekolah yang ingin menyumbang kepada tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) secara sukarela melalui dana Tabung KWAPM bagi membantu pelajar miskin dengan nilai potongan minimum RM 1.00 sebulan melalui potongan gaji, sila dapatkan maklumat lanjut dari PK 1 sekolah.

NAMA KORPORAT DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Sukacitanya dimaklumkan bahawa nama korporat Dewan Bandaraya Kuching Utara dalam Bahasa Inggeris adalah "Commission of the City of Kuching North" dan bukannya "Kuching North City Hall".

Nama dan Alamat penuh adalah seperti berikut:

The Commissioner of the City of Kuching North/ The Director Commission of the City Kuching North,
DBKU Building, Bukit Siol, Jalan Semariang,
93050 Petra Jaya,
Kuching.

Tel: 082-446688
Fax: 082446414

Sekian, harap maklum.

SUMBANGAN KERTAS KERJA UNTUK PEMBENTANGAN DALAM SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN NEGARA KALI KE-4 (SKEPEN 2010)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangssan Malaysia (UKM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MARA akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara ke-4 (SKEPEN 2010). Seminar ini bertemakan 'Transformasi dan Inovasi Dalam Pendidikan Negara' akan diadakan pada 3-4 Ogos 2010 di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Bangi Selangor. Sehubungan itu, bagi guru-guu yang berminat untuk menyumbang kertas kerja atau berminat mengikuti seminar tersebut, sila dapatkan keterangan lanjut mengenai seminar tersebut dari PK 1 sekolah.
Sekian, harap maklum

PROMOSI PERPUSTAKAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (EPRD, KPM) telah diberi tanggungjawab untuk menaiktaraf Pusat Dokumentasi kepada Perpustakaan Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 1 dan Aras SB, Blok E8. Pepustakaan ini menyediakan kemudahan kepada warga pendidik dari seluruh negara dengan menaiktaraf apilikasi yang sedia ada. Antara kemudahan/bahan yang ada di perpustakaan ini adalah:

1. Pencarian bahan di Perpustakaan ini boleh dibuat melalui Laman Sesawang http://www.librarykpm.moe.gov.my/ pada bila-bila masa dan dari mana-mana lokasi;
2. Perpustakaan ini mempunyai koleksi yang unik iaitu ia mempunyai koleksi tesis dari universiti dalam dan luar negara di mana pelajar tajaan KPM itu belajar. Jumlah tesis yang ada buat masa kini adalah 15,229 naskhah;
3. Perpustakaan ini juga mempunyai koleksi bahan bacaan umum, bahan KPM, jurnal dalam dan luar negara, artikel akhbar, CD ROM, risalah dan bahan-bahan sumbangan yang berjumlah 92,272 naskhah; dan
4. Semua peraturan dan waktu perkhidmatan boleh diperolehi di kaunter di kedua-dua aras dan layari Laman Sesawang www.moe.gov.my/bppdp.

TINDAKAN TATATERTIB KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENGEMUKAKAN SIJIL CUTI SAKIT PALSU ATAU MEMINDA SIJIL CUTI SAKIT

Surat siaran dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bil. JPA.(S)TT 343 Jld.2 (67) bertarikh 26 Mac 2010 berkenaan perkara tersebut di atas  berkaitan.
Untuk maklum semua staf, intipati surat siaran tersebut adalah seperti berikut:
"Terdapat kecenderungan pegawai awam mengemukakan Sijil Cuti sakit palsu atau meminda Sijil Cuti Sakit. Bagi membendung isu ini, pihak yang bertanggungjawab hendaklah mendapatkan pengesahan Sijil Cuti Sakit yang dikemukakan oleh pegawai daripada hospital atau klinik yang berkenaan sekiranya terdapat keraguan. Jika terdapat mana-mana pegawai yang didapati mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu atau meminda Sijil Cuti Sakit berkenaan, tindakan berikut hendaklah diambil:
1.melucutkan hak emolumen pegawai pada hari pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti.
2. membuat laporan Polis sekiranya Sijil Cuti Sakit berkenaan diperolehi daripada sindiket menjual Sijil Cuti Sakit; dan
3. mengambil tindakan tatatertib sehingga hukuman buang kerja ke atas pegawai kerana berkelakuan tidak jujur atau tidak amanah serta tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(f) dan (g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993]"
Sekian, harap maklum.

LATIHAN ASAS KEUSAHAWANAN - SKIM USAHAWANAN SISWAZAH

Dimaklumkan bahawa INSKEN (Institut Keusahawanan Negara) akan menganjurkan Kursus Latihan AsasKeusahawanan, Skim Usahawanan Siswazah di Sarawak yang dijadualkan pada 23 hingga 27 Mei 2010. Kursus tersebut terbuka kepada graduan lepasan ijazah atau diploma dalam dan luar negara di Sarawak yang diiktiraf oleh kerajaan dan tamat pengajian tidak melebihi 10 tahun. Bagi staf yang berkelayakan dan berminat untuk mengikut kursus tersebut, sila dapatkan keterangan lanjut mengenai kursus tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat atau tuan/puan boleh menghubungi terus Cik Fary Akmal bt. Osman di talian 03-88805157 atau Puan Norsilawati bt. Jaminam di talian 03-88805726 atau email fary@miti.gov.my atau norsilawati.jaminam@miti.gov.my

20 May 2010

MUAT TURUN SOALAN UJIAN PENCAPAIAN JAWI TAHUN 6 BAGI KEGUNAAN LAPORAN PENCAPAIAN j-QAF 2010

Perhatian semua guru SK SEDC, Sibu khususnya guru-guru j-QAF

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Soalan Ujian Pencapaian Jawi Tahun 6 bagi Kegunaan Laporan Pencapaian j-QAF 2010 boleh dimuat turun di laman Web berikut: http//www.moe.gov.my/bpk/ pilih menu download ("Ujian pencapaian Jawi Tahun 1 hingga 6_bpk 2010")

Ujian ini perlu dilaksanakan segera bagi membolehkan sekolah mengisi data Laporan Pencapaian Program j-QAF 6 bulan pertama 2010.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi PK 1 sekolah kita atau hubungi pegawai di Bahagian PPK, Puan Nor Azza binti Ibrahim di talian 03-88842326 atau 0196689692

10 May 2010

PENDAFTARAN eKASIH SECARA ONLINE 2010

Semua guru khususnya guru kelas dipohon untuk memaklumkan kepada semua ibu bapa pelajar masing-masing bahawa pendaftaran eKasih pada tahun 2010 adalah secara online melalui http://www.ekasih.gov.my dan tidak lagi menggunakan borang seperti yang diamalkan sebelum ini.

KEBENARAN MENGHADIRI KURSUS/LATIHAN DAN MENJADI FASILITATOR BIRI TATANEGARA (BTN)

Dimaklumkan bahawa semua kakitangan Jabatan Pelajaran Sarawak sama ada guru atau bukan guru yang ingin menghadiri apa-apa kursus anjuran jabatan/agensi-agensi luar dan menjadi fasilitator BTN mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan. Untuk mendapat maklumat teperinci tentang perkara ini, sila rujuk kepada KPT sekolah.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN HOKI (L/P) 12 TKB MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH SARAWAK 2010

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan syabas serta tahniah kepada Pen. Kanan KK dan jurulatih-jurulatih hoki sekolah yang terdiri daripada Ustaz Dzulkhaini Tajudin, Cikgu Geraman ak. Jengging dan Cikgu Azmi bin Kadir kerana telah berjaya membimbing dan melatih 10 pemain hoki sekolah yang mewakili Bahagian Sibu  dalam Pertandingan Hoki (L/P) 12 Tahun Kebawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak 2010 di mana Pasukan Sibu sekali lagi dinorbatkan sebagai Juara (Lelaki & Perempuan).
Pemain-pemain sekolah kita yang membentuk Pasukan Sibu  2010 adalah seperti berikut:

1. Norman Juing ak. Douglas (L12TKB)
2. Hazizul bin Suhaimie (L12TKB)
3. Clement ak. James (L12TKB)
4. Muhamad Hisyhamrahman (L12TKB)
5. Melvin ak. Jeep (L12TKB)
6. Johanes ak. Hairrison (L12TKB)
7. Eddie Wong Pak Soon (L12TKB)
8. Boniface Renggie (L12TKB)
9. Mohd Fauzi (L12TKB)
10.Eugene Hilda ak. Raymond (P12TKB)

07 May 2010

MUAT TURUN SOALAN PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) BAHASA ARAB TAHUN 3 DAN TAHUN 6 SEMESTER 1 UNTUK KEGUNAAN TAHUN 2010

Sukacitanya dimaklumkan bahawa soalan PKSR Bahasa Arab Tahun 3 dan Tahun 6 Semester 1 boleh dimuat turun di laman web berikut:

http//www.moe.gov.my/bpk/  (pilih menu download SP & HSP)
Kata laluan untuk membuka fail PKSR: Sila dapatkan daripada PK 1 (Encik Basri)

MUAT TURUN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA ARAB TAHUN 4 UNTUK KEGUNAAN 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Huraian Sukatan Bahasa Arab Tahun 4 boleh dimuat turun di laman Web berikut:

http//www.moe.gov.my/bpk/ (pilih menu download SP & HSP)

Guru-guru berkaitan, sila berbuat demikian untuk persediaan tahun 2011.

UJIAN SARINGAN PERMATApintar UKM1 VERSI 2010: 1 MAC - 31 MEI 2010 (MAKLUMAT TAMBAHAN)

* Murid pintar-cerdas berusia 8 tahun hingga 15 tahun
* Laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my/
* Penyertaan dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010
* Mengandungi 148 soalan IQ
* Menjalani ujian ini sekaligus atau bersambung-sambung sehingga lengkap
* Tempoh masa dijangkakan untuk lengkapkan ujian ini paling lama ialah 3 jam
* Boleh diakses dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam
* Ujian ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja yang terdapat capaian internet
*Seorang pelajar dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja
* Tidak dibenarkan mendapat bantuan dari orang lain kecuali memasukkan maklumat
* Semakan layak atau tidak layak untuk meneruskan Ujian UKM2 boleh dibuat mulai 6 Jun 2010 melalui laman web yang sama.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Leong Beng Keong, Penyelia Kumpulan, Sektor Pengurusan Sekolah melalui telefon - 082-276378

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU (TAZKIRAH) KEDUA 2010 GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN SIBU

TARIKH:  14 MEI 2010 (JUMAAT)

TEMPAT :  MASJID DARUL AMILIN, TAMAN PERMAI, SIBU

MASA  : 6.30 PM - 8.30 PM

KEHADIRAN : SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM
(RUJ. SURAT JPS(W)PPGS(UPIM)/153/05/11/02/(57)                           BERTARIKH 22 FEBRUARI 2010)

05 May 2010

MESYUARAT KEWANGAN SEKOLAH 1/2010

TARIKH:  05 MEI 2010 (RABU)

MASA: 2.30 PM

TEMPAT: BILIK MESYUARAT SEKOLAH

KEHADIRAN: SEMUA STAF (AKADEMIK & SOKONGAN)

04 May 2010

PEMANTAUAN PROGRAM LINUS (Literasi & Numerasi) OLEH PEGAWAI DARI PPD SIBU

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pegawai dari PPD Sibu akan menjalankan pemantauan Program LINUS (Literasi & Numerasi) di sekolah ini mulai 10 Mei 2010 hingga 12 Mei 2010.
Sehubungan dengan itu, semua guru sekolah ini yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini dikehendaki mengemaskini segala rekod dan dokumentasi masing-masing sebelum tarikh tersebut serta bersedia untuk pemantauan tersebut.

30 April 2010

MUAT TURUN LATIH TUBI BAHASA ARAB TAHUN 5 DAN TAHUN 6

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah memuat turunkan Latih Tubi Bahasa Arab Tahun 5 dan Tahun 6 yang boleh didapati dengan muat di laman web : http://www.moe.gov.my/bpk/
Sehubungan itu, semua guru yang terlibat dalam pengajaran bahasa tersebut, sila muat turun untuk kegunaan P & P kelas masing-masing.

29 April 2010

NOTICE OF THE 45th ANNUAL GENERAL MEETING OF THE SARAWAK TEACHERS' UNION SIBU DIVISION CUM OFFICIAL LAUNCHING OF THE 45th STU ANNIVERSARY CELEBRATION STU SIBU DIVISION/SARAWAK 2010

Please be informed that the 45th Annual General Meeting of The Sarawak Teachers' Union Sibu Division cum launching of the 45th STU Anniversary celebration Sibu Division/Sarawak will be held on 8th May 2010 (Saturday) at Paramount Hotel, Sibu, commencing 11.00 am
A banquet lunch will be served in conjuction with the opening of The Sarawak Teachers' Union 45th AGM and the official launching of  45th STU Anniversary Celebration Sibu Division/Sarawak. Members who are attending the lunch will have to buy the lunch ticket at a subsidized rate of RM 15.00 per ticket. The tickets will also be used for Lucky Draws.
Lunch tickets are available from PK 1 (school union representative).
For your information, this year the children academic achievement awards will only be collected by their parents concerned.
A special dialogue session will be held with the Principal and Working committees of The Sarawak Teachers' Union from the headquaters after the AGM on the topics :

a) Service Matters, 
b) Insurance Matters &
c) Other related issues.                                   

UJIAN SARINGAN PERMATApintar UKM1 VERSI 2010: 1 MAC - 31 MEI 2010

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Adalah dimaklumkan bahawa Ujian PERMATApintar UKM1 versi 2010 secara atas talian telah bermula pada 01 Mac hingga 31 Mei 2010. Ujian tersebut digunakan untuk mengenalpasti murid pintar-cerdas berusia 8 hingga 15 tahun bagi menyertai Perkhemahan PERMATA pintar Negara.
Sila galakkan murid-murid masing-masing yang dalam lingkungan umur tersebut untuk mengambil ujian tersebut secara atas talian melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my dan boleh diambil di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan tempat-tempat lain yang boleh mencapai rangkaian internet. Proses menjalani ujian ini adalah terbuka kerana murid boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula ujian tersebut sehingga tamat.
Untuk keterangan yang lebih terperinci, sila hubungi En. Basri bin Haji Wasli (Pen. Kanan 1) SK SEDC, Sibu

TEMA PERAYAAN HARI GURU 2010

Sukacitanya dimaklumkan tema Perayaan Hari Guru 2010 adalah seperti berikut:

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU (PENERANGAN)-KHAS UNTUK PEMIMPIN/GURU PEMBIMBING PENGAKAP

Adalah dimaklumkan bahawa kursus tersebut di atas yang pada asalnya dijadualkan pada 24 April 2010 telah ditangguh dan akan dijalankan semula pada 31 Julai 2010 (Sabtu).
Bagi guru berminat dan belum menghantar borang permohonan untuk mengikuti kursus ini, sila isi borang yang boleh didapati dari PK KK SK SEDC, Sibu  dan hantar bersama yuran kepada Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Sibu (u.p En. January Ruby - 0138090790) pada atau sebelum 29 Mei 2010 (Sabtu). Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan kursus tersebut, sila hubungi En. Mohd Salleh (PK KK)

28 April 2010

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 3/2010 - KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAN YANG MENDERMA ORGAN

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu.

Pekeliling seperti yang tersebut di atas bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan untuk memberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menderma organ. Bagi pegawai yang berkaitan dan ingin mendapatkan keterangan yang lebioh terperinci tentang kandungan pekeliling tersebut, sila hubungi terus KPT sekolah untuk mendapatkan surat pekeliling tersebut.

10 March 2010

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU JUN 2010

Salam Sejahtera Semua Warga SK SEDC,
Sukacitanya dimaklumkan bahawa semua permohonan pertukaran guru bagi tahun 2010 (pertukaran dalam daerah, antara daerah, antara negeri) akan dibuat melalui "on-line" (e-GTukar). Permohonan pertukaran ini akan dibuka mulai 01 April 2010 hingga 25 April 2010 melalui http://apps.emoe.gov.my/epgo atau http://www.moe.gov.my. Bagi guru yang berminat untuk membuat permohonan,  sila cetak permohonan anda yang lengkap diisi itu dan serahkan kepada guru besar untuk pengesahan belum 26 April, 2010. Pihak sekolah tidak akan melayan pemohon yang lewat menyerahkan cetakan permohanan mereka.

26 February 2010

ATLET YANG MENJALANI LATIHAN INTENSIF MEWAKILI ZON BANDAR SIBU

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua staf khususnya Penolong Kanan KK, Encik Mohd Salleh dan guru-guru sukan SK SEDC, Sibu kerana berjaya melahirkan 5 orang atlet untuk menjalani latihan intensif bagi persediaan mewakili Zon bandar Sibu untuk temasya Olahraga Antara Zon/Daerah tahun ini. Kepada atlet-atlet yang berjaya dipilih itu juga diucapkan tahniah dan diharap mereka ini janganlah melepaskan peluang keemasan ini dan harus bekerja lebih keras lagi semasa latihan supaya mereka dapat terus terpilih untuk temasya sukan yang lebih besar nanti. Syabas dan Tahniah sekali lagi kepada semua. Teruskan  Perjuangan Kamu. Genggam bara api biar sampai jadi arang. SEDC Boleh!!!!!! ........ SEDC Boleh!!!!......... SEDC Boleh!!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI CHAP GOH MEI

Salam sejahtera kepada semua Warga SK SEDC, Sibu,

Hari Chap Goh Mei akan menjelang Ahad ini (28.02.2010). Hari tersebut ialah hari kelima belas kalender Cina dan ia juga menandakan berakhirnya secara rasmi sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Melalui blog ini, saya dan keluarga ingin mengambil peluang untuk mengucapakan SELAMAT MENYAMBUT HARI CHAP GOH MEI kepada semua guru yang merayakannya dan semoga Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini dan hari yang berbahagia  dan mengembirakan ini (Hari Chap Goh Mei) akan mengeratkan tali silaturahim sesama kita warga sekolah. Saya juga ingin mendoakan kita semua supaya sentiasa bahagia dan dikurniakan kesihatan yang baik oleh tuhan.

10 February 2010

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA

Salam Sejahtera Semua Warga SK SEDC, Sibu,

Semua staf & ahli keluarga SK SEDC, Sibu (Staf Akademik & Staf Sokongan) dijemput ke Rumah Terbuka  saya pada hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina Tahun ini di alamat seperti berikut:

4E LORONG KIEW NANG 9A,
OFF JALAN SALIM,
96000 SIBU
TEL: 0198183703

GURU BESAR,
SK SEDC, SIBU
96000 SIBU

04 February 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA WARGA SK SEDC, SIBU YANG MERAYAKANNYA

01 February 2010

MINGGU PENGHAYATAN ALAM SEKITAR SK SEDC, SIBU TAHUN 2010








Projek Minggu Penghayatan Alam Sekitar SK SEDC, Sibu Tahun 2010 (Projek Untuk Subjek Sains Kehidupan - Kump. Tan/Idahap/Abang/Aliza) telah dijalankan di perkarangan sekolah SK SEDC, Sibu mulai 25 Januari 2010 hingga 30 Januari 2010. Projek tersebut melibatkan lebih kurang 80 orang pelajar tahun lima dan guru-guru serta staf sokongan sekolah ini. Projek ini dianjurkan dengan kerjasama 4 orang peserta Program PKPGB Kohort 3 Universiti Kebangsaan Malaysia ia itu En. Tan Kuang Wui yang juga Guru Besar SK SEDC, Sibu, Encik Abang Khadari bin Abang Bolhassan (Guru Besar, SK Batu 10, Sibu), Encik Idahap @ Masyhor bin Busrah (Guru Besar, SK Kampung Baru, Kapit) dan Puan Aliza binti Abdul Manan (Pembantu Pegawai Pengurusan HEP dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor) Di antara pengisian aktiviti sepanjang minggu tersebut ialah seperti berikut:
1. Pertandingan Membuat Buku Folio dan Poster bertemakan Penghayatan Alam Sekitar
2. Pertandingan Bunga Tercantik
3. Pertandingan Menanam Bunga Dalam Pasu
4. Ceramah "Alam Sekitar: Harta Yang Dipinjam"
5. Ceramah "Kaedah Menanam dan Menjaga Pokok Bunga dengan Betul"

Diharapkan melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar dapat mula dilatih untuk lebih menghayati dan peka terhadap Alam Sekitar serta tahu serba sedikit tentang mengapa dan bagaimana hendak memelihara dan memulihara alam sekitar agar bumi kita ini akan sentiasa menjadi suatu tempat yang kekal dan menarik untuk generasi seterusnya.
Gambar Paling Atas: Acara Simbolik - Penanaman Pokok Bunga Di Kawasan Sekolah Oleh Pengerusi Bersama Projek Minggu Penghayatan Alam Sekitar yang terdiri daripada En.Tan Kuang Wui (GB, SK SEDC, Sibu), En. Abang Khadari bin Abang Bolhassan (GB, SK Batu 10, Sibu), En. Idahap @Masyhor bin Busrah (GB, SK Kampung Baru, Kapit) dan Puan Aliza binti Abdul Manan (Pembantu Pegawai Pengurusan HEP dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor)
Gambar Kedua dari Atas: Pelajar-pelajar membuat persediaan mengisi tanah dalam pasu bunga masing-masing dan dibantu oleh guru-guru mereka
Gambar Ketiga dari Atas: Guru-guru menyelia dan membantu pelajar-pelajar menanam bunga dalam pasu bunga masing-masing.
Gambar Keempat dari Atas: Pelajar-pelajar bergotong royong menyusun pasu bunga yang siap ditanam dengan bunga untuk dihakimi oleh para hakim pertandingan.
Gambar Kelima dari Atas: Pelajar yang memenangi pertandingan menyiapkan folio/poster menerima hadiah daripada Cikgu Abang Khadari.(Guru Besar, SK Batu 10, Sibu)
Gambar Paling Bawah: Gambar berkumpulan pelajar, guru-guru dan staf sokongan SK SEDC, Sibu serta 4 orang peserta PKPGB Kohort 3 UKM, Bangi yang terlibat sama dalam Projek Minggu Penghayatan Alam Sekitar di SK SEDC, Sibu

03 January 2010

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Saya ingin mengambil peluang melalui blog ini untuk menyampaikan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staf SK SEDC, Sibu atas derma dan ucapan takziah mereka kepada keluarga saya semasa pemergian bapa mertua saya pada 31 Disember,2009. Jasa baik kalian semua sudah pasti akan menjadi ingatan saya sekeluarga untuk selama-lamanya. Semoga juga jasa baik kalian semua juga akan mendapat berkat daripada TUHAN yang maha Esa.

Sekian, Terima Kasih

Daripada:
Tan Kuang Wui
Guru Besar,
SK SEDC, Sibu
03.Januari 2010