SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

26 February 2010

ATLET YANG MENJALANI LATIHAN INTENSIF MEWAKILI ZON BANDAR SIBU

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua staf khususnya Penolong Kanan KK, Encik Mohd Salleh dan guru-guru sukan SK SEDC, Sibu kerana berjaya melahirkan 5 orang atlet untuk menjalani latihan intensif bagi persediaan mewakili Zon bandar Sibu untuk temasya Olahraga Antara Zon/Daerah tahun ini. Kepada atlet-atlet yang berjaya dipilih itu juga diucapkan tahniah dan diharap mereka ini janganlah melepaskan peluang keemasan ini dan harus bekerja lebih keras lagi semasa latihan supaya mereka dapat terus terpilih untuk temasya sukan yang lebih besar nanti. Syabas dan Tahniah sekali lagi kepada semua. Teruskan  Perjuangan Kamu. Genggam bara api biar sampai jadi arang. SEDC Boleh!!!!!! ........ SEDC Boleh!!!!......... SEDC Boleh!!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI CHAP GOH MEI

Salam sejahtera kepada semua Warga SK SEDC, Sibu,

Hari Chap Goh Mei akan menjelang Ahad ini (28.02.2010). Hari tersebut ialah hari kelima belas kalender Cina dan ia juga menandakan berakhirnya secara rasmi sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Melalui blog ini, saya dan keluarga ingin mengambil peluang untuk mengucapakan SELAMAT MENYAMBUT HARI CHAP GOH MEI kepada semua guru yang merayakannya dan semoga Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini dan hari yang berbahagia  dan mengembirakan ini (Hari Chap Goh Mei) akan mengeratkan tali silaturahim sesama kita warga sekolah. Saya juga ingin mendoakan kita semua supaya sentiasa bahagia dan dikurniakan kesihatan yang baik oleh tuhan.

10 February 2010

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA

Salam Sejahtera Semua Warga SK SEDC, Sibu,

Semua staf & ahli keluarga SK SEDC, Sibu (Staf Akademik & Staf Sokongan) dijemput ke Rumah Terbuka  saya pada hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina Tahun ini di alamat seperti berikut:

4E LORONG KIEW NANG 9A,
OFF JALAN SALIM,
96000 SIBU
TEL: 0198183703

GURU BESAR,
SK SEDC, SIBU
96000 SIBU

04 February 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA WARGA SK SEDC, SIBU YANG MERAYAKANNYA

01 February 2010

MINGGU PENGHAYATAN ALAM SEKITAR SK SEDC, SIBU TAHUN 2010








Projek Minggu Penghayatan Alam Sekitar SK SEDC, Sibu Tahun 2010 (Projek Untuk Subjek Sains Kehidupan - Kump. Tan/Idahap/Abang/Aliza) telah dijalankan di perkarangan sekolah SK SEDC, Sibu mulai 25 Januari 2010 hingga 30 Januari 2010. Projek tersebut melibatkan lebih kurang 80 orang pelajar tahun lima dan guru-guru serta staf sokongan sekolah ini. Projek ini dianjurkan dengan kerjasama 4 orang peserta Program PKPGB Kohort 3 Universiti Kebangsaan Malaysia ia itu En. Tan Kuang Wui yang juga Guru Besar SK SEDC, Sibu, Encik Abang Khadari bin Abang Bolhassan (Guru Besar, SK Batu 10, Sibu), Encik Idahap @ Masyhor bin Busrah (Guru Besar, SK Kampung Baru, Kapit) dan Puan Aliza binti Abdul Manan (Pembantu Pegawai Pengurusan HEP dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor) Di antara pengisian aktiviti sepanjang minggu tersebut ialah seperti berikut:
1. Pertandingan Membuat Buku Folio dan Poster bertemakan Penghayatan Alam Sekitar
2. Pertandingan Bunga Tercantik
3. Pertandingan Menanam Bunga Dalam Pasu
4. Ceramah "Alam Sekitar: Harta Yang Dipinjam"
5. Ceramah "Kaedah Menanam dan Menjaga Pokok Bunga dengan Betul"

Diharapkan melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar dapat mula dilatih untuk lebih menghayati dan peka terhadap Alam Sekitar serta tahu serba sedikit tentang mengapa dan bagaimana hendak memelihara dan memulihara alam sekitar agar bumi kita ini akan sentiasa menjadi suatu tempat yang kekal dan menarik untuk generasi seterusnya.
Gambar Paling Atas: Acara Simbolik - Penanaman Pokok Bunga Di Kawasan Sekolah Oleh Pengerusi Bersama Projek Minggu Penghayatan Alam Sekitar yang terdiri daripada En.Tan Kuang Wui (GB, SK SEDC, Sibu), En. Abang Khadari bin Abang Bolhassan (GB, SK Batu 10, Sibu), En. Idahap @Masyhor bin Busrah (GB, SK Kampung Baru, Kapit) dan Puan Aliza binti Abdul Manan (Pembantu Pegawai Pengurusan HEP dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor)
Gambar Kedua dari Atas: Pelajar-pelajar membuat persediaan mengisi tanah dalam pasu bunga masing-masing dan dibantu oleh guru-guru mereka
Gambar Ketiga dari Atas: Guru-guru menyelia dan membantu pelajar-pelajar menanam bunga dalam pasu bunga masing-masing.
Gambar Keempat dari Atas: Pelajar-pelajar bergotong royong menyusun pasu bunga yang siap ditanam dengan bunga untuk dihakimi oleh para hakim pertandingan.
Gambar Kelima dari Atas: Pelajar yang memenangi pertandingan menyiapkan folio/poster menerima hadiah daripada Cikgu Abang Khadari.(Guru Besar, SK Batu 10, Sibu)
Gambar Paling Bawah: Gambar berkumpulan pelajar, guru-guru dan staf sokongan SK SEDC, Sibu serta 4 orang peserta PKPGB Kohort 3 UKM, Bangi yang terlibat sama dalam Projek Minggu Penghayatan Alam Sekitar di SK SEDC, Sibu