SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

23 September 2010

PERAKUAN PENGURNIAAN PINGAT PERKHIDMATAN SETIA

Dimaklumkan bahawa Unit Pentadbiran Am (UPA), Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS) telah mengemukakan perakuan untuk Pengurniaan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) bagi pegawai dan kakitangan Jabatan ini secara berperingkat ke Unit Pengurusan Sumber Manusia, JKM melalui surat Jabatan bil.JPS(W)/SK2P(Pam)/153/08/15/05/JId.5(23) bertarikh 06 September 2010 untuk pertimbangan serta kelulusan pihak Urusetia selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, status perakuan bagi pegawai dãn kakitangan di bawah seliaan masing-masing boleh disemak melalui laman sesawang Jabatan di alamat www.moe.gov.my/jpnsarawak. Pegawai dan kakitangan yang diluluskan akan dimaklumkan sebaik sahaja keputusan pengurniaan tersebut diterima daripada pihak berkenaan. Sebarang kemusykilan, pihak tuan boleh menghubungi pegawai-pegawai di Jabatan ini di talian 082-276232 / 082-276342 /082- 276228 

22 September 2010

TAKLIMAT / KAUNTER ZAKAT

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Tabung Baitulmal Sarawak ada menyediakan Skim Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji bagi memudahkan kakitangan yang beragama Islam menunaikan kefardhuan berzakat. Di antara kelebihan-kelebihan skim ini adalah seperti berikut:-

i.    Menyempurnakan Rukun Islam
ii.   Membayar Zakat Pendapatan secara beransur-ansur dan sangat mudah
iii.  Mengelak daripada terlalai atau terlupa
iv.  Mendapatkan rebat cukai pendapatan secara automatik sama ada mengurangkan atau memberhentikan Potongan Cukai Berjadual (PCB) bulanan
v.  Pendapatan bersih, berkat, suci dan subur

Sehubungan dengan itu Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Sibu akan mengadakan Taklimat / Kaunter Zakat di sekolah SK SEDC, Sibu seperti tarikh dan masa berikut. Semua kakitangan sekolah (kakitangan akademik & bukan akademik) yang beragama Islam diwajib hadir.

Tarikh : 05 Oktober, 2010 (Khamis)
Masa :  10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Bilik Perkembangan Staf Sekolah

Sekian. Harap maklum.

09 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA WARGA SK SEDC, SIBU YANG BERAGAMA ISLAM.

DARIPADA:
GURU BESAR,
SK SEDC, SIBU