SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

26 October 2010

PELAKSANAAN SISTEM ePENYATA GAJI DAN eLAPORAN

Untuk Makluman Semua Staf SK SEDC, Sibu

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai Oktober 2010, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan Sistem ePenyata gaji dan eLaporan. Ini juga bermakna JANM tidak akan lagi menghantar Penyata Gaji kepada individu mulai bulan Oktober 2010. Individu boleh mengakses dan mencetak sendiri penyata gaji masing-masing sehari sebelum tarikh pembayaran gaji setiap bulan dengan melayari laman sesawang Jabatan akauntan Negara Malaysia seperti berikut:


Jika ada kemusykilan berhubung perkara di atas, sila hubungi En. Fadzillah atau En. Fadilah Bin Sophian di Pejabat Pelajaran Daerah Sibu pada waktu pejabat (Tel: 084-330544)

22 October 2010

KEPUTUSAN UJIAN KHAS PTK 2010 BAGI ANGGOTA KHIDMAT SOKONGAN (AKS) GRED 1-16

Untuk makluman dan tindakan semua AKS SK SEDC, Sibu yang berkaitan.

Surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak bil. JPS(W)/SPPP(upk)/153/08/03/05Jld.3(65) bertarikh 05 Oktober 2010 berkenaan perkara tersebut diatas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa calon-calon yang telah menduduki ujian tersebut boleh menyemak Keputusan Ujian Khas PTK  Tahun 2010 di laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan melayari laman web http://apps.emoe.gov.my/bppk di bawah ruangan Ujian Khas PTK.

Satu (1) Salinan Keputusan Ujian tersebut mesti dihantar ke Unit Penilaian Kompetensi, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak untuk tujuan rekod.

MEMUAT TURUN DAN MENCETAK KEPUTUSAN PENILAIAN PEMAHAMAN PTK TAHUN 2010 SECARA ONLINE

Untuk makluman semua staf SK SEDC, Sibu.

Surat siaran bil. JPS/(W)SPPP(upk)/153/08/03/08/Jld.2 (20) dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak bertarikh 30 September 2010 berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan.

Untuk makluman, calon-calon yang telah menduduki Ujian Penilaian Pemahaman PTK Tahun 2010 boleh memuat turun dan mencetak keputusan PTK masing-masing di laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia di http://apps.emoe.gov.my/bppk/.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Unit Penilaian Kompetensi Jabatan di talian 082-276292 atau 082-276315

18 October 2010

LIPUTAN KEMBARA SENI 2010 DALAM RANCANGAN KOPA KOPI - TV1 RADIO TELEVISYEN MALAYSIA

Untuk makluman dan tindakan semua staf SK SEDC, Sibu,
Sukacita dimaklumkan bahawa tentang perubahan tarikh penyiaran kembara seni melalui Rancangan Kopa Kopi TV1 RTM pada 18 Oktober 2010 (Isnin) jam 2.15 petang diubah kepada 1 November 2010, Isnin jam 2.15 petang.

Sekian, harap maklum.

07 October 2010

INSTITUSI SEKOLAH SEBAGAI TEMPAT MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM

Untuk makluman dan tindakan semua staf SK SEDC, Sibu.

Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan terdapatnya segolongan kecil warga sekolah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman serta tidak sensitif kepada usaha-usaha Kerajaan untuk menjadikan sekolah sebagai tapak untuk menyemai Semangat 1 Malaysia.

Sekiranya wujud serta ada kebenaran akan perkara seperti ini berlaku, Kementerian tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana warga pendidikan sama ada Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru serta kakitangan sekolah yang mempunyai sikap rasis sama ada dengan menggunakan kata-kata, perbuatan atau penulisan. Tindakan tegas akan diambil jika terbukti kesalahn mereka. Ini selaras dengan peringatan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran supaya tindakan tegas harus diambil terhadap sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman agar ia tidak menimbulkan natijah yang buruk.

Sekolah adalah merupakan tempat untuk mengukuhkan perpaduan kaum, justeru Ketua Pengarah Pelajaran menyeru serta meningatkan semua warga sekolah supaya sentiasa berhemah semasa melaksanakan tugas dan sentiasa sensitif kepada hasrat Kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini sesuai dengan Konsep 1 Malaysia.