SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

29 March 2011

INTERNATIONAL MOVEMENT FOR LEISURE ACTIVITIES IN SCIENCE & TECHNOLOGY (MILSET) SCIENCE PHOTO CONTEST 2011 (1 FEB - 1 JUNE)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) akan menganjurkan pertandingan yang tersebut di atas. 

Sehubungan dengan itu, bagi warga sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut daripada KPT sekolah pada waktu pejabat atau berhubung terus dengan ENCIK ISMALIA ISHAK di talian 082-276328

JEMPUTAN SEBAGAI PEMBENTANG / PESERTA SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ZON SARAWAK TAHUN 2011

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) akan menganjurkan Seminar Penyelidikan Pendidikan Zon Sarawak pada 27 hingga 29 Julai 2011 ini.

Untuk makluman semua, seminar tersebut akan diadakan pada masa, tarikh dan tempat berikut:

Tarikh:      27 hingga 29 Julai 2011


Masa:        8.00 pagi hingga 4.30 petang


Tempat:     Hotel sekitar Kuching / IPG Kampus Tun Abdul Razak (tertakluk kepada perubahan)

Bagi warga sekolah yang berminat, sila dapatkan salinan brosur & borang penyertaan daripada KPT sekolah pada waktu pejabat.

"EARTH HOUR 2011"

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.

Tuan/puan adalah dipohon untuk memberi kerjasama dalam menjayakan program "EARTH HOUR 2011" yang akan dilaksanakan dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam pada hari Sabtu, 26 Mac 2011 ini. Tuan/puan dipohon untuk mengurangkan penyalaan lampu di sekolah pada tempoh tersebut selain tidak membelakangkan keselamatan.

Selain itu, sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran menyemaikan kepekaan masyarakat sekolah khususnya terhadap isu-isu perubahan iklim dan alam sekitar, semua guru diseru untuk menyebar luas maklumat mengenai program ini kepada semua pelajar dan ibu bapa masing-masing.

22 March 2011

TEMA PERAYAAN HARI GURU 2011

Salam sejahtera kepada semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran bil. JPS(W)/SPS(Ren)/153/07/08/01/10/Jld. 10(11) bertarikh 04 Mac 2011 dari Jabatan Pelajaran Sarawak & surat siaran bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/07/08/01/Jld.10(09) bertarikh 21 Mac 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa tema Perayaan Hari Guru 2011 adalah seperti berikut.

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Sekian. harap maklum.

08 March 2011

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU TERLATIH ANTARA NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SECARA ONLINE (e-GTukar) BAGI SEKOLAH MENENGAH & RENDAH JUN 2011

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia kepada semua staf SK SEDC, Sibu.

Surat siaran daripada Pengarah Pelajaran Sarawak bil.JPS(W)/SPS(Men)/153/08/03/Jld.2(10) bertarikh 01 Mac 2011 dan surat iringan daripada Pegawai Pelajaran Daerah Sibu bil JPS(W)/PPDS(Ups)/153/08/13/07/02/Jld.2(41) bertarikh 04 Mac 2011 berkenaan pekara tersebut di atas dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri / Bahagian (KPM) dan Dalam Negeri (Antara daerah dan Dalam Daerah) bagi pertukaran Jun 2011 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 01 April 2011 hingga 22 April 2011 yang boleh dicapai melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/epgo.

Permohonan pertukaran melalui Sistem eGTukat ini dihadkan kepada guru yang berada dalam Gred DGA29, DG41 serta Gred Khas Untuk Penyandang (KUP) secara time based DGA32, DG44 dan DG48. Sementara permohonan pertukaran guru yang memegang jawatan hakiki naik pangkat Gred DGA32, DGA34, DG44 dan DG48 (termasuk gred jawatan pemangkuan) perlu memohon secara manual dengan menggunakan borang offline (berasaskan Excel) yang boleh dimuat turun daripada laman web KPM yang sama dan dihantar ke JPN (u.p. Unit Naik Pangkat, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan) melalui dan salinan Pejabat Pelajaran Daerah Sibu (u.p. Unit Pengurusan Sekolah)

Dimaklumkan juga bahawa semua pertukaran guru kekal dilaksanakan secara berjadual 2 kali setahun iaitu pada awal tahun (01 Januari) dan pertengahan tahun (1 Jun). Untuk melicinkan lagi proses permohonan pertukaran secara online, kerjasama Guru Data Sekolah dipohon untuk mengemaskini maklumat dan data guru melalui capaian e-GTukar (sila klik pada capaian aplikasi e-Operasi pada paparan Log-in) atau melalui capaian http://apps.moe.gov.my/eoperasi mulai 01 Mac, 2011 hingga 27 Mac 2011. Arahan dan ketetapan KPM berkenaan pelaksanaan tindakan pengemaskinian dan pengesahan data oleh Pengetua/Guru Besar serta pengesahan permohonan di peringkat sekolah hendaklah dipatuhi.

Bagi guru yang memohon. sila dapatkan salinan surat siaran ini daripada KPT sekolah pada masa pejabat bagi supaya pemohon tahu jenis dokumen yang perlu dihantar kepada PPD Sibu melalui Guru Besar sekolah setelah permohonan dibuat melalui online. Semua dokumen yang perlu dihantar perlu sampai ke PPD Sibu (Unit Pengurusan Sekolah) pada atau sebelum 28 April 2011.

04 March 2011

SUMBANGAN WAJIB MAJLIS TADARUS AL-QURAN BAHAGIAN SIBU 2011

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia kepada semua staf SK SEDC, Sibu.

Surat iringan daripada PPD Sibu bil. JPBS/(W)?PPGS(upim)/153/05/06/46/0Jld.2(36) bertarikh 25 Februari 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Untuk makluman semua warga sekolah khususnya yang beragama Islam, bahawa  Jawatankuasa Majlis Tadarus Al-Quran Bahagian Sibu pada 17 Januari 2011 telah bersetuju menetapkan kutipan untuk tahun 2011 dipanjangkan ke semua sekolah yang ada kakitangan Islam seperti berikut:

1. Guru Islam - RM 10.00 seorang
2. Kakitangan Sokongan (Islam) - RM 5.00 seorang dan
3. Guru dan Kakitangan bukan Islam Seikhlasnya.

Semua wang kutipan dan sumbangan hendaklah dibayar kepada KPT Sekolah (En. Haji Saini) pada waktu pejabat sebelum 25 Mac, 2011 bagi membolehkan pihak sekolah menghantar kutipan & sumbangan tersebut ke Unit Pendidikan Islam & Moral, Pejabat Pelajaran Daerah Sibu sebelum 28 Mac, 2011.
Kerjasama semua warga sekolah dalam menjayakan kutipan ini sangat-sangatlah diharapkan dan didahului dengan ribuan terima kasih.



PRODUK BARU YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD (YGMB)

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu  
Dengan segala hormatnya surat iringan daripada PPD, Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.9(65) bertarikh 25 Februari 2011 dan surat daripada Pengarah pelajaran Sarawak, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak bil. JPS(W)/SPS(pp)/153/07/09/03/Jld.10(18) bertarikh 31 Januari 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Bersama ini disertakan Brosur yang berketerangan sendiri untuk makluman dan rujukan kalian semua.

03 March 2011

JEMPUTAN PERTANDINGAN ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2011

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua  warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran bil. JPS(W)/PPGS(Upk)153/05/06/24/Jld.(23) bertarikh 28 Februari 2011 bekenaan perkara tersebut berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan mulai tahun 2005, Kerajaan telah mengisytiharkan 26 April sebagai hari Harta Intelek Negara. Pada masa yang sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah mempekenalkan Anugerah Harta Intelek Negara sejak 2005. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada perekacipta/pencipta harta intelek atas subangan harta intelek mereka dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Bersempena sambutan Hari harta Intelek negara 2011 (HHIN11), KPDNKK menerusi MyIPO, sekali lagi menganjurkan Anugerah Harta Intelek Negara 2011 (AHIN'11)

Sehubungan itu, semua staf dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Tarikh akhir penerimaa pentertaan ialh pada 25 Mac, 2011. Iklan dan borang penyertaan pertandingan boleh didapati di laman web MyIPO di www.myIpo.gov.my.

02 March 2011

PERMOHONAN PERTUKARAN BAGI ANGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN DALAM BAHAGIAN SIBU

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu.
Surat siaran bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/13/03/03/Jld.6(152) bertarikh 24 Februari, 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sehubungan itu, sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan pertukaran Anggota Kakitangan Sokongan untuk tahun 2010 telah selesai diedarkan. namun bagi pemohon yang belum menerima jawapan sehingga tarikh surat ini dikeluarkan sila maklum bahawa permohonan tuan/puan adalah tidak diluluskan.

Dengan ini permohonan pertukaran Anggota Kakitangan Sokongan untuk tahun 2011 boleh dikemukakan kepada Pegawai pelajaran Daerah Sibu mulai sekarang sehingga tarikh tutup 31 Oktober 2011. Sila dapatkan borang permohonan dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu.

Sekian, harap maklum.