SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

25 April 2011

HARI BERSAMA PELANGGAN, SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA (SPP)

HARI BERSAMA PELANGGAN
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA (SPP)

AKTIVITI:

1. Panduan memohon jawatan dalam Perkhidmatan Pendidikan:
    (a) Anggota Kumpulan Sokongan (AKS)
    (b) Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)
2. Khidmat nasihat urusan Pengambilan dan Perkhidmatan

Sesiapa yang berminat dan berkelayakan, silalah hadir ke Tapak Pameran SPP bertempat di:

TEMPAT:  GROUND FLOOR, WISMA SANYAN, SIBU, SARAWAK
TARIKH:  29 HINGGA 30 APRIL 2011 
(JUMAAT-11.00 PAGI - 5.00 PETANG, SABTU - 10.30 PAGI - 4.00 PETANG


Sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut:
1. Kad Pengenalan
2. Sijil SPM atau Setaraf dengannya
3. Salinan Diploma
4. Salinan Ijazah/Ijazah Sarjana (bagi PPPT)

20 April 2011

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU 1M 1S (1 MURID 1 SUKAN)

Salam sejahtera kepada semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat daripada Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan pelajaran Sarawak bil JPS(W)?SPPK(Suk)/153/05/11/41(47) berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Bagi warga SK SEDC, Sibu yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini sila dapatkan salinan surat siaran tersebut & borang pernyertaan serta syarat-syarat pertandingan dari KPT sekolah pada masa pejabat. Sila maklum bahawa tarikh tutup penyertaan ialah pada 23 Mei 2001. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik. Wilson Stephen di talian 03-88841373 / 012-9811667 / 017-7971667

19 April 2011

PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) SK SEDC, SIBU TAHUN 2010

Bagi pihak semua warga SK SEDC, Sibu, ucapan TAHNIAH ditujukan kepada guru-guru berikut kerana telah berjaya dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010.
1. Cikgu Rohaya binti Sahari
2. Cikgu Sophia ak. Suji
3. Cikgu Yeo Chee Wei
4. Ustaz Dzukhaini bin Mohamad Tajudin

Semoga anugerah ini akan merangsangkan lagi semangat cikgu untuk terus berusaha lebih gigih bagi meningkatkan pencapaian semua bidang anak didik sekolah ini pada masa-masa akan datang.

PEKELILING AM BIL. 3/2010 - TINDAKAN TATATERTIB PENJAWAT AWAM BERKAITAN KENYATAAN SENSITIVITI KAUM & AGAMA

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu.

 Surat iringan bil. JPS(W)/PPDS(pp)/153/07/09/03.Jld.2(38) bertarikh 15.04.2011 berkenaan perkata tersebut di atas dirujuk. Sila dapatkan salinan surat pekeliling tersebut dengan "KLICK DI SINI"

06 April 2011

PELAKSANAAN KURSUS LITERASI ICT DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN.

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran bil. JPS(W)/PPDS(Upa)/153/06/03/02/Jld.5(39) daripada PPD Sibu bertarikh 31 Mac, 2011 dan surat siaran bil. JPS(W)/SPA(Smt)/153/06/05/07/07/Jld.6(87) daripada JPN Sarawak bertarikh 18 Mac 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk kembali.

Intipati surat tersebut menyatakan bahawa merujuk kepada surat Bahagian Pendidikan Guru dengan butiran maklumat rujukan surat bil. KP(BPG)9131/600/12/10(67) bertarikh 14 Mac 2011, dimaklumkan bahawa Kursus Literasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran akan dilaksanakan secara atas talian.

Semua peserta perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum mengikuti kursus ini. Borang pendaftaran boleh diperolehi dalam laman web BPG seperti berikut http://apps.moe.gov.my/bpg/

Untuk keterangan lanjut bagi guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut daripada KPT sekolah pada waktu pejabat atau sila hubungi Pegawai Unit Pembangunan Profesionalisme Guru, En. Muhamad Affandi di talian 03-88841302 atau emel:  wed2120@gmail.com

Sekian, harap maklum.