SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

26 May 2011

SELAMAT HARI GAWAI TAHUN 2011


SELAMAT GAWAI DAYAK KEPADA SEMUA WARGA SK SEDC, SIBU YANG MERAYAKAN GAWAI DAYAK TAHUN INI.
SEMOGA GAWAI DAYAK TAHUN INI MEMBAWA TUAH DAN REZEKI SERTA SENTIASA SIHAT SEPANJANG MASA.
 
 
DARIPADA:
TAN KUANG WUI & KELUARGA
GURU BESAR,
SK SEDC, SIBU
96000 SIBU

19 May 2011

SEKADAR PERKONGSIAN

THE SHOES STORY

You will perhaps have heard this very old story illustrating the difference between positive thinking and negative thinking.
Many years ago two salesmen were sent by a British shoe manufacturer to Africa to investigate and report back on market potential.
The first salesman reported back, "There is no potential here - nobody wears shoes."
The second salesman reported back, "There is massive potential here - nobody wears shoes."

This simple short story provides one of the best examples of how a single situation may be viewed in two quite different ways - negatively or positively.
We could explain this also in terms of seeing a situation's problems and disadvantages, instead of its opportunities and


Have a great day ahead.

06 May 2011

SARINGAN KESIHATAN PERCUMA : THE MALAYSIAN COHORT, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

TARIKH DAN LOKASI:

DEWAN SARAWAK TOURISM COMPLEX
(Jalan Tuin Abang Haji Openg Old Court House)
Tarikh: 10 Mei hingga 16 Jun 2011

DEWAN SUARAH SAMARAHAN
Tarikh : 17 Jun hingga 21 Julai 2011

Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA, berumur 35-65 tahun. Antara saringan yang dijalankan ialah pengukuran indek jisim tubuh, ujian tekanan darah, ujian fungsi jantung, ujian fungsi paru-paru, pemeriksaan darah dan analisis komposisi badan serta soal selidik.

 Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi talian bebas tol 1800-88-2007 atau layari laman web di www.mycohort.gov.my

TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR TANPA GAJI TANPA BIASISWA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2011

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran berkenaan perkara tersebut di atas bil JPS(W)/PPGS(Perk)/153/08/03/08/(52) bertarikh 29 April 2011 daripada Pejabat Pelajaran daerah Sibu dirujuk.

Bagi guru-guru/staf yang berminat, sila dapatkan salinan surat tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat. Tarikh tutup permohonan permohonan ini laha pada 31 Disember 2011.

04 May 2011

PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI KURSUS SIJIL KELAYAKAN PROFESIONAL UNTUK PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) SESI 2011

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan Kursus kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan / National Professional Qualification for Education Leaders (NPQEL) di bawah Program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi sesi akademik 2011/2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak.

Sehubungan dengan itu, bagi guru-guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran yang mengandungi maklumat am dan garis panduan kursus tersebut daripada KPT sekolah pada waktu pejabat atau sila muat turun surat siaran tersebut di laman web IAB (www.iab.edu.my/iab_new/)

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung perkara ini bolehlah ajukan kepada Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan dengan menghubungi pegawai-pegawai berikut:-

1. Encik Kuswady Bin Chil  (082-276235)
2. Puan Noorlela Mohd Suhaili (082-276367)