SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

26 June 2011

SEAMEO RECSAM: 4th INTERNATIONAL CONFERENCE IN SCIENCE AND MATHEMATICS (4th CoSMed) 2011 CALL FOR PAPERS DAN PELAWAAN PENYERTAAN PERSIDANGAN

Surat siaran dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(UPS)/153/02/13/07/Jld.11(38) bertarikh 21 Jun berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Bagi guru yang berminat, sila dapatkan salinan kertas konsep dan brosur daripada PT sekolah pada waktu pejabat.

SESI PEMILIHAN PEMAIN BOLASEPAK SENIOR PSKPP BAGI DAERAH SIBU 2011

Surat siaran bil. JPS/(W)/PPDS/(UPK)/153/05/02/01/07/Jld.3/(16) bertarikh 24 Jun 2011 berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa PSKPP Cawangan Sibu akan mengadakan Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Senior seperti di bawah ini.

Tarikh : 01 dan 02 Julai 2011 (4.00 petang -5.30 petang) & 03 Julai 2011 (7.30 pagi - 9.00 pagi

Tempat: Padang Bolasepak SMK Sacred Heart, Sibu

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan dengan perkara di atas, sila hubungi En. Lawrence Chan Ah Kui (Guru Besar, SK Sacred Heart English, Sibu) di talian  013-5015861 atau 084-321493

SUMBANGAN TAHUNAN WAJIB PSKPP 2011

Surat siaran bil. JPS/(W)?PPDS(UPK)/153/0501/12(15) bertarikh 24 Jun 2011 berkenaan perakar tersebut dirujuk.
Semua warga pendidikan (guru & staf sokongan) diwajibkan membayar RM 5.00 sebagai sumbangan Tahunan Wajib PSKPP 2011. Sehubungan dengan itu, semua staf SK SEDC, Sibu dipohon untuk membayar sumbangan tersebut kepada PT sekolah pada waktu pejabat selewat-lewatnya pada 8 Julai, 2011 bagi membolehkan pihak sekolah menghantar sumbangan tersebut sekaligus kepada Bendahari PSKPP Bahagian Sibu. Kerjasama semua staf sekolah untuk mematuhi tarikh yang ditetapkan didahului dengan ribuan terima kasih.

23 June 2011

PERTANDINGAN EDUCATIONAL BLOGGING PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-3 SEMPENA "HARI ICT 2011"

Surat siaran dari Jabatan Pelajarn Negeri Sarawak bil. JPS(W)ICT/153/07/09/01 Jld.22(71) bertarikh 31 mei 2011 dan surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPGS(Mak)/153/07/05/02/Jld.3/ bertarikh 21 Jun 2011 berkenaan perkara tersebut di atas durujuk kembali.
 Bagi warga sekolah yang berminat untuk mengambil bahagian, sila dapatkan salinan surat siaran dan iklan berkenaan perkara tersebut dari Pembatu Tadbir sekolah pada waktu pejabat.

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF SEMPENA PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Surat iringan dari PPD Sibu berbil JPS(W)/PPDS(kik)153/07/02/08/06/Jld.4(19) bertarikh 22.06.2011 berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Dimaklumkan bahawa semua warga pendidik sekolah ini dijemput untuk menyertai Pertandingan Anugerah Guru Inovatif sempena Perayaan Hari Guru 2012. Hasil inovasi dalam bentuk bahan bantu belajar dan hasil penulisan dalam bentuk CD-R mengikut format  yang ditetapkan dalam kertas konsep perlu dihantar ke Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak pada atau sebelum 30 November 2011.

Bagi guru yang berminat, sila dapatkan salinan kertas konsep daripada Pembantu Tadbir sekolah pada waktu pejabat.

17 June 2011

TAWARAN PELAWAAN SEBAGAI CALON PENULIS PAKEJ BUKU TEKS SEKOLAH RENDAH UNTUK TAHUN KEGUNAAN MULAI TAHUN 2013

Surat siaran dari Dewan Bahasa Dan Pustaka bil. DPB/429/100-1/1/1/59(21) bertarikh 13 Mei, 2011 dan surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.11(28) bertarikh 15 Jun 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menerbitkan pakej buku teks sekolah rendah untuk kegunaan mulai tahun 2013.

Sehubungan dengan itu, DBP akan mengiklankan tawaran pelawaan sebagai calon penulis bagi pakej buku teks yang tersebut melalui siaran akbar The Star pada 14 Mei, 2011, Mingguan Malaysia, Berita Mingguan pada 15 Mei 2011 dan Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star pada 18 Mei, 2011 bagi tujuan pemilihan calon penulis melalui kaedah pertandingan. Selain iti DBP juga akan menyiarkan perincian iklan yang tersebut melalui laman sesawang DBP, iaitu http://dbp.gov.my bermula pada 15 Mei 2011

Bagi guru yang berminat sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

08 June 2011

MESYUARAT AGUNG KGBS CAWANGAN SIBU

Notis pemberitahuan Mesyuarat Agung KGBS Cawangan Sibu bertarikh 01.06.2011 berkaitan.
Adalah dimaklumkan kepada semua ahli bahawa mesyuarat agung KGBS Cawangan Sibu akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti tercatat di bawah.

Tarikh :  18.06.2011 (Sabtu)
Masa:    0930 pagi
Tempat:: Hotel Paramount, Sibu

Semua ahli adalah dijemput untuk menghadirkan diri ke mesyarat tersebut dan segala isu berkaitan kebajikan ahli bolehlah dikemukakan semasa mesyuarat itu nanti.