SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

05 July 2011

SESI PEMILIHAN PASUKAN PSKPP CAWANGAN SIBU KE PESTA PSKPP DI SARIKEI 28-30 JULAI 2011

ACARA:

1. BADMINTON :
Tarikh : 09.Julai 2011
Tempat: Super Bowl Bowling Centre, Sibu
Masa: 0800 am - 1.00pm
Pengerusi Teknik: En Beruin Luang (Guru Besar SK St. Mary, Sibu)

2. BOLA TAMPAR:
Tarikh :  09 Julai 2011
Tempat : Stadium Persatuan Bola Tampar Sibu - Rejang Park
Masa : 1.00 pm - 2.30 pm (Perempuan)  2.30 pm - 4.00 pm (Lelaki)
Pengerusi Teknik: Encik Phillip Ling (Tel: 016-8605377)

3. PING PONG
Tarikh: 09 Julai 2011
Tempat : Stadium Ping Pong, Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu
Masa : 0800 pagi
Pengerusi Teknik : Cikgu Ting Nga Ping - SMK Tung Hua, Sibu, (Tel: 084-330299 atau 016-8605377)

4. BOLASEPAK VETERAN
Tarikh : 09 Julai 2011
Tempat : Padang, SMK Deshon, Sibu
Masa : 4.00 pm - 6.00 pm
Pengerusi Teknik : Encik Nicholas Bamphield - Pengetua SMK Deshon, Sibu (No. Tel: 084-314567)

5. BOLA JARING CAMPURAN
Tarikh : 09 Julai 2011
Tempat : Stadium Bukit Lima
Masa : 2.00 pm - 4.00 pm
Pengerusi Teknik : Cik Aling Mee Hung - SJK Yong Cheng, Sibu (Tel: 016-8839733)


6. OLAHRAGA / MERENTAS DESA
Tarikh : 09 Jualai 2011
Tempat : Stadium Tun Zaidi, Sibu
Masa : 0800 pagi
Pengerusi Teknik : Encik Francis Ngu - Guru Besar, SJK Hang Kwong, Sibu (Tel : 019-8279297)

6.1. OLAHRAGA: 
6.1.1. 100 M (30 TKB)
6.1.2. 200 M (40 TKB - LELAKI & PEREMPUAN)
6.1.3. LOMPAT JAUH (40 TKB)
6.1.4  4 x 100 M
6.1.5. 4 x 200 M

6.2. MERENTAS DESA:
6.2.1. LELAKI SENIOR (40 TKB) - 8 KM
6.2.2. WANITA SENIOR (40 TKB) - 5 KM
6.2.3. LELAKI VETERAN  -  5 KM
6.2.4. PEREMPUAN VETERAN  - 5 KM

Bagi guru/staf yang berminat sila, hadir untuk pemilihan seperti yang tertera di atas.

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI GURU PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2011

Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Bahagian Sibu 2011, Sarawak Teachers' Union Bahagian Sibu dengan kerjasama Sibu Specialist Medical Centre akan mengadakan Kempen Derma Darah seperti butiran berikut:

Tarikh :  16 Julai 2011 (Hari Sabtu)
Masa  :  0900 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Delta Mall, Sibu

Sehubungan dengan itu, bagi warga sekolah yang ingin menyertai aktiviti murni ini sila kemukakan nama anda kepada PT sekolah pada atau sebelum 14 Julai 2011 bagi tindakan seterusnya..

PELAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM E-TUKAR BUKAN GURU MENGGANTIKAN PERMOHONAN PERTUKARAN MANUAL JAWATAN BUKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Surat siaran dari  KPM bil KP(PP)0045/153/1 (16) bertarikh 23 Februari 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah membangun satu sistem permohonan pertukaran secra atas talian menggantikan permohonan secara manual.Permohonan pertukaran secara atas talian berkenaan dijangka dapat mengurangkan bebanan dan membuat penambahbaikan dalam mengedalikan urusan permohonan pertukaran yang dikemukan oleh pemohon disamping dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Kementerian.

Sehubungan itu, tarikh akhir permohonan secara manual hanya akan diterima oleh pihak BPSM sehingga 28 Februari 2011. Jesteru itu, permohonan manual yang masih diterima selepas tarikh di atas adalah disyorkan untuk memohon semula secara atas talian yang akan dibuka mulai  01 April 2011
Bagi staf sokongan sekolah yang ingin membuat pertukaran, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut, salinan carta Alir Kerja Proses dan salinan Jadual Perlaksanaan Sistem E-Tukar dari PT sekolah pada waktu pejabat sebagai rujukan.

KURSUS PERSEDIAAN 12 MINGGU BAGI PROGRAM BAHASA JEPUN SATU TAHUN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) AMBILAN 2011(KOHORT6)

Surat iringan dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/06/04/Jld.4(24) bertarikh 30 jun 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Bagi guru yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut, sila dapatkan salinan surat siaran, borang pemohonan dan senarai semak dari PT sekolah pada waktu pejabat.

Tarkh tutup di peringkat Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaram Malaysia adalah pada 08 Julai 2011.,

PEMAKLUMAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU YANG TIDAK LULUS BAGI SESI JUN 2011

Surat siaran daripada  Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak bil. JPS(W)/SPS(Men)/153/08/03/02/Jld.2(14) bertarikh 07 Jun 2011 dan surat iringan dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/08/13/07/02/Jld.3 (02) bertarikh 29 Jun 2011 kedua-duanya berkaitan perkara tersebut di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa cetakan surat pemakluman permohonan guru antara Bahagian, KPM / Negeri /  Daerah Jun 2011 bagi permohonan yang tidak lulus adalah dilaksanakan secara online oleh pemohon. Cetakan komputer tersebut merupakan dokumen rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri. Dalam hal  yang demikian, pihak Jabatan tidak lagi mengeluarkan surat rasmi bagi permohonsn pertukaran yang tidak lulus.

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) AMBILAN KHAS TAHUN 2011 DI BAWAH RMKe-10

Surat siaran dari Bahagian Pendidikan Guru bil KP(BPG)9115/600/2/6 Jld.5(33)  bertarikh 06 Jun 2011 bekenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima kelulusan pelanjutan had umur dari 46 tahun ke 47 tahun bagi mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Program ini bertujuan memberi peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat ijazah sarjana muda di samping memenuhi keperluan guru siswazah di sekolah rendah dan menengah.

Sehubungan dengan itu KPM menawarkan program tersebut yang akan dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh negara.

Tempoh pengajian bagi program tersebut ialah selama empat (4) tahun.

Program pensiswazahan Guru ditawarkan kepada PPPBS yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan KPM serta memenuhi syarat dan kelayakan asas seperti berikut.

1. Warga negara Malaysia
2. Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan
3. Telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama
4. Berumur 46 tahun (lahir tahun 1965) dan berumur 47 tahun (lahir tahun 1964) pada tahun 2011
5. Telah memilih opsyen persaraan wajib 58 tahun.
6. Tidak berdaftar dengan mana-mana institusi pengajian sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM
7. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
8. Sihat fizikal dan mental
9. Mempunyai purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik bagi 3 tahun yang terkini'
10.Bebas dari tindakan tatatertib

Maklumat lanjut serta tatacara permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang KPM di alamat http://www. moe.gov.my dan laman portal BPG di alamat http://apps1.moe.gov.my/bpg mulai 13 Jun 2011

04 July 2011

PEMILIHAN WAKIL MEMANCING UDANG (2 ORANG) BAGI DAERAH SIBU KE PESTA PSKPP 2011 DI SARIKEI

Sukacitanya dimaklumkan bahawa sesi pemilihan akan di adakan seperti berikut:

Tarikh:  09. Julai 2011
Tempat :  Lorong 11, Jalan Ding Lik Kong (Tepi Sungai Igan)
Tempoh Masa: 0800 pagi hingga 11.30 pagi

Bagi guru/staf yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran daripada Penolong Kanan KK sekolah pada waktu sekolah.

PELAWANAN "TEN PIN BOWLING" SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU JABATAN PELAJARAN DAERAH SIBU 2011

Surat siaran bil.JPS(W)/PPGS(Perk)/153/08/17/01/07 Jld. 2 (06) bertarikh 27.06.2011 berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Sibu akan menganjurkan Pelawanan "Ten Pin Bowling" Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Bahagian Sibu Tahun 2011. Pertandingan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 16 Julai 2011
Tempat: Pusat Ten Pin Bowling Sibu
Masa : 0900 pagi

Untuk makluman tuan/puan setiap kumpulan dikehendaki menghantar 3 peserta dengan mengisi Borang Penyertaan yang boleh didapati dari Penolong Kanan KK sekolah pada waktu sekolah. Sila kembalikan Borang Penyertaan kepada Puan Dayang Hanifah di Unit Peperiksaan & Penilaian sebelum 13 Julai 2011

PERTANDINGAN "TEN PIN BOWLING" MAKSAK SIBU 2011

Surat siaran bil. JPS(W)/PPGS(Perk)/153/08/17/01/07 Jld.2(07) bertarikh 27.06.2011 berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Sibu akan menganjurkan Pertandingan "Ten Pin Bowling" MAKSAK tahun 2011. Pertandingan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 16 Julai, 2011
Tempat : Pusat Ten Pin Bowling Sibu
Masa: 0800 pagi.

Bagi guru/staf yang berminat sila dapatkan borang penyertaan  dan salinan surat siaran daripada Penolong Kanan KK sekolah pada waktu sekolah. Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dikembalikan kepada Puan Dayang Hanifah di Unit Penilaian & Peperiksaan Sibu (Di Perkarangan SMK Kpg. Nangka, Sibu) Tarikh tutup penyertaam ialah pada 13.07.2011.

SESI PEMILIHAN PEMAIN MENYUMPIT PSKPP CAWANGAN SIBU

Surat siaran dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu berarikh 28 Jun 2011 berkenaan perkara tersebut dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa PSKPP Cawangan Sibu akan menyertai PESTA PSKPP Ke 30 di Sarikei pada 28.07.2011 hingga 30.07.2011.
Sehubungan itu, sesi pemilihan pemain untuk memilih wakil PSKPP Cawangan Sibu (Pasukan Lelaki & Pasukan Perempuan) akan diadakan seperti tercatat di bawah.

Tarikh: 09 Julai 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat: SJK Methodist, Sibu (Belakang Masland Methodist Church)

Sila hubungan En. Bustamin (H/P 016-8556702) jika ada sebarang pertanyaan mengenai pemilihan tersebut.