SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

17 August 2011

E-MEL CUEPACS

Surat bil. (1)dlm CUPEPACS am (2011)/(2) bertarikh 06 Julai 2011 dari Congress Of Union Of Employees In The Public And Civil Services (CUEPACS) berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak CUEPACS telah mewujudkan E-mel CUEPACS untuk mempercepatkan lagi perkhidmatan.
Semua persoalan, permasalahan dan maklumat boleh disampaikan kepada CUEPACS melalui e-mel seperti berikut:

cuepacs1malaysia@yahoo.com

05 August 2011

PENGELUARAN SIJIL KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA SECARA ATAS TALIAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI URUSAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Surat siaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia bil KP(PP)SULIT 0047/82/15 Jld.5(3) bertarikh 11 Mei 2011 berkaitan perkara tersebut dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panel Penilaian Induk Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) Kumpulan 1 Bil. 1/2011 pada 24 Mac 2011 telah memutuskan bahawa sijil KISSM secara atas talian (online) digunakan bagi menggantikan slip keputusan KISSM secara atas talian dan sijil KISSM secara manual yang dihantar kepada Ketua Jabatan/pegawai bagi urusan pengesahan dalam perkhidmatan. Sijil KISSM secara atas talian ini boleh diperolehi dan dicetak oleh Jabatan/ Bahagian/pegawai melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my/kissm
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai perkara ini, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari PT sekolah pada waktu pejabat

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU TERLATIH ANTARA NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SECARA ONLINE (e-GTukar) BAGI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH JANUARI 2012

Surat siaran bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/08/13/07/02/Jld.3(4) bertarikh 02 Ogos berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Semua guru yang layak dan ingin memohon pertukaran untuk urusan ini, sila semak maklumat dan data guru masing-masing melalui capaian e-GTukar (http://apps.moe.gov.my/epgo) mulai 08 hingga 26 Ogos 2011. Sebarang pindaan yang perlu dibuat, mohon maklumkan kepada guru data  sekolah untuk diambilkan tindakan selanjutnya. Guru data sekolah boleh menghubungi Encik Mohamad Ramos bin Mustapha di PPD Sibu sekiranya terdapat pindaan yang dikemukakan oleh guru-guru yang berminat untuk memohon dalam tempoh yang sama. Bagi guru yang berminat memohon juga, sila dapat sesalinan surat siaran tersebut dari PT sekolah pada waktu pejabat.