SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

28 February 2012

SKIM PENDAFTARAN HAJI AHLI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

Surat siaran dari embaga Tabung Haji Daerah Sibu bil w429/286/7 (54) bertarikh 12 Januari 2012 berkenaa perkara tersebut di atas dirujuk.

Antara intipati surat siaran tersebut adalah seperti berikut:

Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk memberi kemudahan kepada ahli KWSP yang beragama Islam untuk membuat pendaftrana haji, pihak Tabung Haji bermula 03 Januaei 2012 yang lalu telah membuka SKIM PENDAFTARAN HAJI AHLI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP). Skim ini merupakan salah satu kaedah yang membolehkan ahli KWSP membuat pendaftaran haji tanpa memindahkan wang simpanan KWSP ke TH. Ini bermakna, apabila mereka terpilih untuk menunaikan fardu Haji, bayaran haji sepenuhnya adalah dibawah tanggungan bakal haji. Bagi staf Islam yang berminat, sila dapatkan maklumat lanjut dalam surat siaran tersebut dari Ketua Pembantu Tadbir sekolah pada waktu pejabat

SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2012-MAKLUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2012

Surat siaran dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia bil KP.LP.003.07.14(13) bertarikh 25 Januari 2012 berkenaan perkara tersebut berkaitan.

Intipati kandungan surat siaran tersebut adalah seperti berikut:

1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan - Bertulis) - 12 hingga 13 Jun 2012
2. Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (Lisan) - 09 hingga 12 Julai 2012 & 16 hingga 19 Julai 2012
3. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (Bertulis) - 11 - 13 September 2012
4. Penilaian Menengah Rendah (Bertulis) - 09 hingga 11 Oktober 2012 & 15 hingga 16 Oktober 2012
5. Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (Bertulis) - 16 hingga 18 Okt. 2012 & 22 hingga 23 Okt. 2012
6. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Bertulis) - 05 November 2012 hingga 06 Disember 2012

07 February 2012

PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA 2012

Surat iringan dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia bil. KP(BPG)9577/600/164(01) bertarikh 16 Januari 2012 dan surat iringan dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil.JPS(W)/PPDS(ujq)/153/07/04/13/02/Jld.2(72) bertarikh 03 Februari, 2012 bekenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM sedang melaksanakan Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM) kepada semua warga pendidik. SGM menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru di samping bertindak sebagai panduan dan rujukan kepada guru dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.
Untuk makluman semua guru, merujuk kepada surat bil KP(BPG)9099/876/Jld.2(144) bertarikh 08hb November 2011 mengarahkan semua warga pendidik supaya membuat penarafan kendiri dengan menjawab item-item yang terkandung dalam instrument SGM. Maklum balas secara talian ini hendaklah dibuat secara jujur agar penilaian yang tepat terhadap pencapaian standard keguruan masing-masing dapat diperolehi. Tempoh pengisian instrument berlangsung sehingga 31hb Disember, 2011. Maklum balas ini amat penting dan diperlukan oleh pihak BPG bagi tujuan merangka program peningkatan profesionalisme perguruan.

Bagaimanapun, bilangan maklum balas yang diterima daripada warga pendidik masih belum mencapai sasaran yang diharapkan. Sehubungan dengan itu pihak BPG memohon kerjasama baik semua warga pendidik supaya  maklumat ini dapat diisi sebelum 31hb Mac 2012. Maklumat dan instrument SGM dalam talian ini boleh dicapai menerusi URL: http://apps.moe.gov.my/sgm