SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

29 March 2012

SURAT SIARAN KURSUS SIJIL KELAYAKAN PROFESIONAL UNTUK PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) BAGI KEMASUKAN AMBILAN 2 TAHUN 2012

Surat iringan dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/04/Jld.4(05) bertarikh 27 Mac, 2012 dan surat siaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak bil JPS(W)/SK2P(Lat)/153/08/02/01 Jld.2(01) bertarikh 14 Mac, 2012 berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Bagi guru-guru yang berminat untuk memohon kursus tersebut, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat. Maklumat berhubung Kursus ini juga sedang disiarkan di laman sesawang rasmi IAB www..iab.edu.my mulai 15 Mac, 2012 hingga 15 April 2012

19 March 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU TEMA SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2012

Surat iringan dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Ups)/153/08/05/08/07(02) bertarikh 14 Mac 2012 berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan.
Sehubungan dengan itu,  warga sekolah yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

14 March 2012

PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEMPENA HARI GURU 2012 PERINGKAT KEBANGSAAN

Surat iringan dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/07/08/01/Jld.11(50) bertarikh 08 Mac 2012 berkenaan perkara tersebut dirujuk
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengelolakan Peraduan Menulis cerita Kanak-Kanak Sempena Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Sarawak (JNJK) sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk mengurus peraduan tersebut di peringkat negeri.
Untuk makluman semua, peraduan ini terbahagi kepada empat kategori bahasa pengantar (Bahasa Malysia atau bahasa Inggeris) iaitu:
i) Kategori Guru;
ii) Kategori Murid Sekolah Menegah Atas;
iii) Kategori Sekolah Menengah Rendah dan
iv) Kategori Murid Sekolah Rendah.
Bagi guru yang mempunyai murid yang berminat atau guru sendiri yang berminat untuk menyertai, sila dapatkan brosur dan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat
Tarikh tutup penyertaan di peringkat Urusetia Peraduan Peringkat Negeri ialah pada 14 Mac, 2012.

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU TELATIH DALAM DAERAH/ANTARA DAERAH/BAHAGIAN/NEGERI SECARA ATAS TALIAN (e-GTukar) BAGI SEK REN. DAN SEK MEN. JUN 2012

Surat siaran dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/08/13/07/02/Jld.4(13) bertarikh 08 Mac 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri / Bahagian (KPM) dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) bagi pertukaran Jun 2012 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 01 hingga 30 April 2012 yang boleh dicapai melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/epgo.
Permohonan pertukaran melalui sistem e-GTukar ini dibuka kepada guru yang berada dalam Gred DGA29, DG41, DGA32(KUP time base), DG44 (KUP time based) dan DG48 (KUP time based). Sementara permohonan pertukaran guru yang memegang jawatan hakiki naik pangkat Gred DGA32, DGA34, DG44 dan DG48 (termasuk gred jawatan pemangkuan) perlu memohon secara manual dengan menggunakan borang offline. Borang tersebut boleh dimuat turun dari laman web KPM yang sama dan dihantar melalui sekolah ke Jabatan ini (u.p Unit Kenaikan Pangkat, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan) / bahagian (KPM) yang berkenaan untuk dimajukan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.
Dimaklumkan semua pertukaran guru kekal dilaksanakan secara berjadual 2 kali setahun iaitu pada awal tahun (1 Januari) dan pertengahan tahun (1 Jun). 
Bagi guru yang berminat untuk membuat permohonan dan untuk mendapatkan maklumat terperinci, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.