SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

31 May 2012



SELAMAT HARI GAWAI KEPADA SEMUA KAUM DAYAK WARGA SK SEDC, SIBU
GAYU GURU GERAI NYAMAI, LANTANG SENANG, SEPANJANG MASA
&
SELAMAT CUTI GAWAI KEPADA WARGA SK SEDC, SIBU YANG LAIN

DARIPADA: TAN KUANG WUI (GURU BESAR, SK SEDC, SIBU) & KELUARGA.

10 May 2012

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) BAHASA ARAB & JAWI TAHUN 3, 4, 5 & 6 TAHUN 2012

Surat siaran daripada PPD Sibu bil JPS(W)PPDS(UPIM)/153/06/07/03/04/Jld.2(7) bertarikh 08 Mei, 2101 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa soalan PKSR Bahasa Arab dan Jawi Tahun 3, 4, 5 dan 6 untuk kegunaan pertengahan tahun 2012 boleh dimuat turun di laman web : http://www.bpi.edu.mu atau http://www.spisarawak.com. Untuk mendapatkan user name & password, sila dapatkan dari Penolong Kanan 1 sekolah pada waktu persekolahan.
Untuk tujuan penyelarasan maka dicadangkan perlaksanaan PKSR Bahasa Arab dan Jawi tahun ini adalah seperti berikut:
a) Pelaksanaan Ujian Lisan Bahasa Arab mulai 07 Mei, 2012
b) Pelaksanaan Ujian Bertulis Bahasa Arab dan Jawi pada 21 Mei 2012.
Sekian, harap maklum.

PENGISIAN JAWATAN PK, PK HEM, PK KK & PK PETANG DI SK & SJKC DI SARAWAK - PENGHAKIKIAN PPPLD GRED DGA32 (KUP)

Surat siaran dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPGS(Perk)/153/08/09/03/02/Jld.10(09) bertarikh 08 Mei, 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
 Bagi guru-guru yang DGA 32 (KUP) yang berminat untuk dihakikikan bagi membolehkan mereka  menjawat jawatan yang tersebut di atas dipohon untuk memohon dengan mengisi lampiran A yang boleh didapat daripada KPT sekolah pada waktu pejabat.
Kekosongan jawatan Penolong Kanan untuk Bahagian Sibu adalah seperti berikut:
1. Penolong Kanan KK (SJK Tong Ah, Selangau) - kosong sejak 30.06.2011
2. Penolong Kanak KK (SK Bandaran Sibu No. 2, Sibu) - akan mulai kosong pada 01.10.2012
3. Penolong Kanan HEM (SJK Chung Sing, Sibu) - akan mulai kosong pada 12.12.2012

Tarikh tutup ialah pada 15 Jun 2012