SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

30 August 2012

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM


Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari Klinik Kesihatan Jalan Lanang, bil. KK3L/PHC/1 bertarikh 19 Julai 2012 berkenaan perkara tersebut diatas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak klinik tersebut sedang melaksanakan perkara tersebut di atas untuk semua penjawat awam yang berumur 40 tahun dan ke atas. Bagi staf SK SEDC, Sibu yang berminat, sila dapat salinan surat siaran & borang PK/03 yang dihantar ke email masing-masing (dalam soft copy) Sila lengkapkan borang tersebut dan hantar kepada KPT sekolah pada atau sebelum 04 September 2012 untuk dikumpul dan dihantar sekaligus ke Poliklinik Jalan Lanang bagi urusan Penetapan Tarikh Temujanji Pemeriksaan

PERMOHONAN GURU-GURU ALIRAN PERDANA MENGAJAR DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran JPS/(W)/PPDS(Ups)/153/06/09/06 bertarikh 23 Mac, 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Bagi guru-guru yang berminat sila ambil tindakan seperti yang terkandung dalam surat siaran tersebut dan hantar melalui sekolah pada atau sebelum 05 September 2012.

Salinan surat siaran & borang permohonan telah dihantar ke email masing-masing. Salinan surat siaran & borang permohonan juga dapat diperolehi dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

28 August 2012

SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Salam hormat & salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran dari KPM bil KP.LP.003.11.2(1) bertarikh 14 Ogos 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah menyediakan soal selidik bagi mengenalpasti kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS. Oleh yang demikian, Lembaga peperiksaan MEWAJIBKAN semua guru yang mengajar Tahun 1, 2, dan 3 (semua matapelajaran) memberi respon kepada soal selidik tersebut. Soal selidik tersebut boleh dicapai melalui laman sesawang Lembaga peperiksaan di alamat http:www.moe.gov.my/lp di pautan "Kajian" mulai 15 Ogos 2012 hingga 03 September, 2012.

PINDAAN TARIKH & TEMPAT KURSUS PENYEBARAN PELAKSANAAN KSSR & PBS TAHUN 3 2012 PERINGKAT DAERAH SIBU

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(upa)/153/06/03/07/(   ) bertarikh 27. Ogos 2012 berkenaan perkara tersebut dirujuk

Berikut adalah jadual baru kursus untuk rujukan dan tindakan tuan/puan.

Sekian, harap maklum.


16 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua Warga SK SEDC, Sibu, rakan seuniversiti di UKM (Peserta PKPGB Kohort 1, 2, 3 & 4), semua ahli STU seluruh Sarawak, rakan FB dan rakan-rakan lain yang mengenali diri saya tidak kira di mana tuan-tuan dan puan-puan berada. Semoga di hari yang baik, bulan yang baik akan membawa rezeki yang melimpah-limpah kepada tuan-tuan dan puan-puan serta sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan yang penting sentiasa riang dan ceria.
Daripada:
Tan Kuang Wui & keluarga

14 August 2012

PENDAFTARAN SEBAGAI AHLI PERSATUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH MALAYSIA (PPPPSM) CAWANGAN SARAWAK

Surat iringan dari PPD bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.18(68) bertarikh 11 Ogos 2012  berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Bagi guru-guru siswazah yang berminat untuk menyertai persatuan ini, sila dapatkan salinan surat siaran dan borang pendaftaran daripada Penolong Kanan 1 sekolah pada waktu pejabat.

13 August 2012

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU TERLATIH ANTARA BAHAGIAN/NEGERI, ANTARA DAERAH & DLM DAERAH SECARA ATAS TALIAN (e-Tukar) BAGI SR & SM JAN 2013

Surat saiaran bil JPS(W)/PDS(Ups)/153/08/13/07/02/Jld.4(02) dari PPD Sibu bertarikh 08 Ogos 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Bagi guru yang berminat untuk membuat permohonan pertukaran kali ini, sila didapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.