SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

28 March 2013

LAPORAN PINJAMAN PERUMAHAN, KENDERAAN DAN KOMPUTER KERAJAAN



Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(kew)/153/04/13/02/(01) bertarikh 27 Mac. 23013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sehubungan itu, pegawai yang mendapat kelulusan pinjaman kerajaan seperti di atas dikehendaki melengkapisi borang-borang tertentu dan borang tertentu seperti yang tercatat di bawah ini perlu sampai ke KPT sekolah pada atau sebelum 10.00 pagi 05.04.2013 (Jumaat)  untuk dirumus dan seterusnya dipanjangkan ke PPD Sibu untuk tindakan.

            Laporan Pinjaman Perumahan (Lampiran A)
            Laporan Pinjaman Kenderaan (Lampiran B)
            Laporan Pinjaman Komputer (Lampiran C)

Tindakan segera semua staf yang ada kaitan dengan perkara ini sangat-sangatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

p/s Lampiran A, B dan C (dalam bentuk soft copy) telah dihantar kepada semua staf melalui email sksedc@yahoogroups.com.

15 March 2013

MAKLUMAN PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) TAHUN 2013



Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS(W)PPDS(Upp)/153/06/04/03/05/Jld.6(38) bertarikh 13 Mac,2013,suratsiaran dari JPN Sarawak bil. JPS(W)/SPP/153/06/04/22/01/JLD.1 (64) bertarikh 10 Mac 2013 dan surat siaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia bil. KP.L.P.002.03.01.6.Jld.3(09) bertarikh 28 Februari, 2013 ketiga-tiga berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Untuk makluman semua warga SK SEDC, Sibu, lampiran A & Lampiran B yang menyatakan secara terperinci tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh Pentadbir, Setiausaha Peperiksaan dan Guru-guru Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun3 (dalam bentuk soft copy) telah dihantar ke email masing-masing melalui sksedc@yahoogroups untuk rujukan dan panduan tuan/pian.

Sila ambil tindakan segera seperti yang terkandung dalam kedua-dua lampiran tersebut secepat mungkin.


PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN / NEGERI ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SESI JUN 2013, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/08/13/07/02/Jld.4(06) bertarikh 11 Mac, 2013 , surat siaran dari JPN Sarawak bil. JPS(W)/SPS(Men)/153/08/05/02/Jld.3(8) bertarikh 6 Mac, 2013 dan surat siaran dari KPM bil. KP(BPSH-SPSM) 301/01/01 Jld 7 (19) bertarikh 21 Februari, 2013 ketiga-tiaga bekenaan perkara tersebut dirujuk.

Bagi guru yang berminat untuk memohon pertukaran bagi sesi ini, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

Tarikh akhir memohon secara on-line (egtukar) ialah pada 30 April, 2013

Untuk makluman semua warga SK SEDC, Sibu.salinan surat siaran & lampiran-lampiran yang berkaitan (dalam bentuk soft copy) telah dihantar ke email masing-masing melalui sksedc@yahoogroups.com untuk rujukan dan tindakan tuan/puan.

13 March 2013

MAKLUMAT KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II MAJLIS SUKAN NEGERI (MSN) SARAWAK



Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari Majlis Sukan Negeri Sarawak bil. MSN(S’wak)/29(59) bertarikh 18 Februari, 2013 dan surat makluman dari JPN Sarawak bil. JPS(W)SPPK(Suk)/153/05/11/02/Jld.27(04) bertarikh 22 Februari, 2013 serta surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS/(W)/PPDS/(UPK)/153/05/01/10/Jld.2/(   ) bertarikh 07 Mac., 2013 kesemuanya berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negeri Sarawak akan menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap II MSN Sarawak seperti ketetapan berikut:-

Tarikh              :           25 – 30 Mac, 2013
Tempat            :           Hotel Premier, Sibu

Segala kos menghadiri kursus tersebut ditanggung sepenuhnya oleh peserta sendiri.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan kursus ini, sila berhubung dengan Mdm Hii King Hung di Majlis Sukan Bahagian Sibu di talian 084-218522 atau Puan Linda Ling di talian 02-233285 atau 013-8101998

Salinan ketiga-tiga surat seperti yang tercatat di atas telah juga diemail kepada semua staf sekolah melalui sksedc@yahoo.com.

12 March 2013

SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 5 TAHUN 2013 : MAKLUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2013



Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia bil. KP.LP.003.07.14(27) bertarikh 25 Februari, 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk


Untuk makluman,tuan/puan, tarikh Peperiksaan Awam ini telah dimaklumkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Penggal Persekolahan 2013 bil 4/2012 bertarikh 6 Disember 2012 adalah seperti berikut;

PEPERIKSAAN
TARIKH
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
11 hingga 12 Jun 2013
Ujian Lisan STAM
8 hingga 19 Julai 2013
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
10 hingga 12 September 2013
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
2 hingga 3 Oktober 2013
7 hingga 9 Oktober 2013
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
21 hingga 23 Oktober 2013
28 hingga 29 Oktober 2013
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM
6 hingga 29 November 2013
2 hingga 5 Disember 2013