SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

23 April 2013

SURAT SIARAN PEMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) AMBILAN TAHUN 2014


Dengan segala hormatnya surat daripada Pengarah Pelajaran Sarawak (Sektor Khidmatan Pengurusan dan Pembangunan) bil. JPS(W)SK2P(Lat)153/08/05/02/Jld.2(68) bertarikh 17 April 2013 dan surat daripada Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia bil KPM.BT700-3/10 Jld.4(35) bertarikh 11 April 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Maklumat dan borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web KPM : www.moe.gov.my. Borang permohonan yang telah diisi lengkap hendaklah dicetak dan dihantar kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatn pelajaran Negeri Sarawak melalui Guru Besar dan Pegawai Pelajaran Daerah Sibu sebelum atau pada 20 Mei 2013 (Isnin

SESI PEMILIHAN PEMAIN BOLASEPK SENIOR PSKPP DAERAH SIBU



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(UPK)/153/05/01/07/Jld.4/(  ) bertarikh 22 April, 2013 berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PSKPP Daerah Sibu akan mengadakan sesi pemilihan pemain untuk memilih wakil Pasukan PSKPP Daerah Sibu yang akan doadakan seperti di bawah ini.

TARIKH & MASA :
26 APRIL 2013 @ 4.00 PM – 6.00 PM
27 APRIL 2013 @ 8.00 AM – 10.00 AM
TEMPAT :
PADANG SMK LANANG, SIBU
SEBARANG PERTANYAAN
ENCIK LAWRENCE CHAN AH KUI,
PENGERUSI TEKNIK
BOLA SEPAK PSKPP CAWANGAN SIBU
(013-8015861)

Bagi warga pendidikan yang berminat, sila hadirkan diri di pusat/sekolah tersebut seperti tarikh dan masa yang dinyatakan di atas.

18 April 2013

HEBAHAN : LAGU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA (BERSAMA LIRIK)



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.21(61) bertarikh 01 April, 2013 dan surat siaran dari JPN Sarawak bil. JPS(W)/SPS(pp)/153/07/09/07/03/Jld.18(68) bertarikh 21 Mac 2013 serta kandungan email dari Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Seperti yang disarankan oleh KPM, lagu tersebut digalakkan untuk dinyanyikan di majlis-majlis rasmi anjuran bahagian dan agensi KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.

Berikut merupakan pautan untuk memuat turun lagu tersebut:

URUSAN PEMANGKUAN HAKIKI BIDANG UMUM / TEKNIKAL / PENDIDIKAN ISLAM



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/09/03/15(06) bertarikh 12 April 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dingatkan kepada semua guru bahawa urusan kenaikan pangkat seperti yang tersebut diatas akan dijangka dilaksanakan pada bulan April dengan menggunakan data dalam portal ePangkat.

Sehubungan dengan itu, untuk memastikan setiap orang guru mempunyai data yang terkini dan tepat dalam portal epangkat bagi mengelakkan tercicir daripada urusan kenaikan pangkat kali ini, semua guru (semak data masing-masing) dan guru data sekolah dipohon untuk mengemaskini semua data dalam portal tersebut secepat mungkin.

Panduan untuk menyemak data dalam portal tersebut telah diemail kepada semua staf melalui email kumpulan ia iti sksedc@yahoogroups.com.

SURAT SIARAN BAGI PROGRAM DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH/SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) SESI 2013/2014



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari Bahagian Tajaan Pendidikan , KPM  bil. KPM.BT 700-19/1 Jld.4(10) bertarikh 03 April 2013 dan surat iringan dari PPD Sibu bilJPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/06/Jld.3(58) bertarikh 15 April, 2013 berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Sehubungan dengan itu, guru yang berkhidmat sebagai kaunselor dan berminat dipohon untuk memohon. Sila layari laman sesawang http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan keterangan lanjut serta borang permohonan

Kesemua dokumen berkaitan dengan surat siaran ini telah di email kepada semua warga sekolah melalui sksedc@yahoogroups.com.