SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

26 February 2014

PENANGGUHAN TAKLIMAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua staf SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(UPP)/153/06/04/017/10/Jld.5(11) bertarikh 24 Februari 2014 & Surat siaran dari Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bil. KP/KPPM/LPM/JLD3(12) bertarikh 17 Februari 2014 kedua-duanya berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Intipati surat siaran tersebut adalah seperti berikut:

Dimaklumkan bahawa, susulan daripada pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan pada 12 Februari 2014 supaya kaedah pelaksanaan PBS dikaji semula, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan untuk mengadakan bengkel bagi mengkaji kefahaman dan kebolehlaksanaan PBS di semua peringkat. Hasil daripada bengkel tersebut, KPM akan mengeluarkan dokumen panduan yang komprehensif dan dipersetujui oleh semua pihak untuk dirujuk oleh guru serta ibu bapa.

Sehubungan dengan itu, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah diarah untuk menangguhkan sebarang taklimat berkaitan PBS. Hal ini adalah untuk mengurangkan kekeliruan berterusan dalam kalangan pelaksana dan juga ibu bapa tentang kaedah penilaian murid yang dilaksanakan di bawah dasar pelaksanaan PBS

Justeru, semua pihak yang terlibat hendaklah mengambil tindakan segera dengan serta merta menangguhkan semua taklimat berkaitan PBS dan meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian murid seperti yang dihasratkan dalam objektif mata pelajaran.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG4` DAN DG44 DI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua staf SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/05/07/Jld.3(07) bertarikh 24 Februari 2014 & Surat siaran dari JPN Sarawak bil. JPS(W)/SK2P(unp)/153/08/13/04 bertarikh 17 Februari 2014 kedua-duanya berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Bagi guru-guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran dan borang permohonan dari KPT sekolah pada waktu pejabat. Surat siaran dalam bentuk salinan lembut (soft copy) juga telah dihantar ke email staf masing-masing melalui sksedc @yahoogroups.com

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari 2014

17 January 2014

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT REKOD PERIBADI DAN PROFIL PERKHIDMATAN DALAM SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS)

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua staf  SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/07/05/04/Jld.5(02) bertarikh 15 Januari 2014 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.


Semua staf SK SEDC, Sibu (Staf Akademik & Staf Sokongan) di kehendaki mengisi Borang Pengemaskinian Maklumat Profil Perkhidmat dengan lengkap dan dihantar kepada PT sekolah (Puan Nor Zalila) selewat-lewatnya pada atau sebelum 29 Januari, 2014 untuk dikumpul, dirumus dan dihantar ke PPD Sibu untuk tindakan selanjutnya.

MAKLUMAN LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu


Surat siaran dari KPM bil. KPM.BKP.100-2/1/2(12) bertarikh 07 November 2013 dan surat iringan dari  PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/07/02/09(05) bertarikh 15 Januari 2014 kedua-duanya berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk

Untuk keterangan lanjut berkenaan logo tersebut sila klik di sini atau bagi staf SK SEDC, Sibu surat siaran dan bentuk logo KPM bersertakan penerangan logo tersebut telah dihantar ke email masing-masing melalui sksedc@yahoogroups.com

16 January 2014

KAJIAN KEBERKESANAN MAKLUMAT PRA PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) DI SEKOLAH DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran bil JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.25(11) bertarikh 02 Januari 2014 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Intipati/kandungan surat siaran tersebut adalah seperti berikut:

Sukacitanya dimaklumkan, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) sedang menjalankan kajian keberkesanan maklumat yang disebarkan dan mengenal pasti isu-isu berbangkit semasa pra pelaksanaan PBPPP. Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah secara atas talian. Responden kajian adalah terdiri daripada pegawai-pegawai PPD dan semua Pengetua, Guru Besar dan guru di sekolah yang terlibat dalam pra pelaksanaan PBPPP

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Pengetua, Guru Besar dan guru yang terlibat dalam pra pelaksanaan PBPPP untuk melengkapkan soal selidik secara atas talian pada link berikut pada atau sebelum 31 Januari 2014:

https://docs.google.com/forms/d/1694181PuKZHIWjkNV_OjPVEV8uKd4YMHU20nWFl8L9M/viewform

06 January 2014

TAWARAN PENGANUGERAHAN DERMASISWA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KEPADA PELAJAR-PELAJAR LUAR NEGERI BAGI SESI AKADEMIK 2014-2015

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu,

Dengan penuh hormat & sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Banginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menawarkan Biasiswa kepada pelajar-pelajar asing untuk mengikuti program-program diperingkat Kedoktoran (PhD), Sarjana (Masters), Sarjana Muda (BA/BSc) dan kursus-kursus Diploma di Institut-Institut Pengajian Tinggi di Negara Brunei Darussalam iaitu di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Teknologi Brunei (ITB) bagi sesi akademik 2014/2015

Untuk makluman, semua permohonan hendaklah memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan. Borang permohonan boleh dimuat turun atas talian (online) dilaman sesawang www.mofat.gov.bn/index.php/announcement dan permohonan ini tutup pada 17 Januari 2014.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada KONSULAT AGUNG NEGARA BRUNEI DARUSSALAN di talian 082-417616 atau ke alamat emel scholarship@mfa.gov.bn