SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

26 February 2014

PENANGGUHAN TAKLIMAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua staf SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(UPP)/153/06/04/017/10/Jld.5(11) bertarikh 24 Februari 2014 & Surat siaran dari Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bil. KP/KPPM/LPM/JLD3(12) bertarikh 17 Februari 2014 kedua-duanya berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Intipati surat siaran tersebut adalah seperti berikut:

Dimaklumkan bahawa, susulan daripada pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan pada 12 Februari 2014 supaya kaedah pelaksanaan PBS dikaji semula, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan untuk mengadakan bengkel bagi mengkaji kefahaman dan kebolehlaksanaan PBS di semua peringkat. Hasil daripada bengkel tersebut, KPM akan mengeluarkan dokumen panduan yang komprehensif dan dipersetujui oleh semua pihak untuk dirujuk oleh guru serta ibu bapa.

Sehubungan dengan itu, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah diarah untuk menangguhkan sebarang taklimat berkaitan PBS. Hal ini adalah untuk mengurangkan kekeliruan berterusan dalam kalangan pelaksana dan juga ibu bapa tentang kaedah penilaian murid yang dilaksanakan di bawah dasar pelaksanaan PBS

Justeru, semua pihak yang terlibat hendaklah mengambil tindakan segera dengan serta merta menangguhkan semua taklimat berkaitan PBS dan meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian murid seperti yang dihasratkan dalam objektif mata pelajaran.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG4` DAN DG44 DI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua staf SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/05/07/Jld.3(07) bertarikh 24 Februari 2014 & Surat siaran dari JPN Sarawak bil. JPS(W)/SK2P(unp)/153/08/13/04 bertarikh 17 Februari 2014 kedua-duanya berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Bagi guru-guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran dan borang permohonan dari KPT sekolah pada waktu pejabat. Surat siaran dalam bentuk salinan lembut (soft copy) juga telah dihantar ke email staf masing-masing melalui sksedc @yahoogroups.com

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari 2014

17 January 2014

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT REKOD PERIBADI DAN PROFIL PERKHIDMATAN DALAM SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS)

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua staf  SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/07/05/04/Jld.5(02) bertarikh 15 Januari 2014 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.


Semua staf SK SEDC, Sibu (Staf Akademik & Staf Sokongan) di kehendaki mengisi Borang Pengemaskinian Maklumat Profil Perkhidmat dengan lengkap dan dihantar kepada PT sekolah (Puan Nor Zalila) selewat-lewatnya pada atau sebelum 29 Januari, 2014 untuk dikumpul, dirumus dan dihantar ke PPD Sibu untuk tindakan selanjutnya.

MAKLUMAN LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu


Surat siaran dari KPM bil. KPM.BKP.100-2/1/2(12) bertarikh 07 November 2013 dan surat iringan dari  PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/07/02/09(05) bertarikh 15 Januari 2014 kedua-duanya berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk

Untuk keterangan lanjut berkenaan logo tersebut sila klik di sini atau bagi staf SK SEDC, Sibu surat siaran dan bentuk logo KPM bersertakan penerangan logo tersebut telah dihantar ke email masing-masing melalui sksedc@yahoogroups.com

16 January 2014

KAJIAN KEBERKESANAN MAKLUMAT PRA PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) DI SEKOLAH DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran bil JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.25(11) bertarikh 02 Januari 2014 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Intipati/kandungan surat siaran tersebut adalah seperti berikut:

Sukacitanya dimaklumkan, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) sedang menjalankan kajian keberkesanan maklumat yang disebarkan dan mengenal pasti isu-isu berbangkit semasa pra pelaksanaan PBPPP. Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah secara atas talian. Responden kajian adalah terdiri daripada pegawai-pegawai PPD dan semua Pengetua, Guru Besar dan guru di sekolah yang terlibat dalam pra pelaksanaan PBPPP

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Pengetua, Guru Besar dan guru yang terlibat dalam pra pelaksanaan PBPPP untuk melengkapkan soal selidik secara atas talian pada link berikut pada atau sebelum 31 Januari 2014:

https://docs.google.com/forms/d/1694181PuKZHIWjkNV_OjPVEV8uKd4YMHU20nWFl8L9M/viewform

06 January 2014

TAWARAN PENGANUGERAHAN DERMASISWA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KEPADA PELAJAR-PELAJAR LUAR NEGERI BAGI SESI AKADEMIK 2014-2015

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu,

Dengan penuh hormat & sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Banginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menawarkan Biasiswa kepada pelajar-pelajar asing untuk mengikuti program-program diperingkat Kedoktoran (PhD), Sarjana (Masters), Sarjana Muda (BA/BSc) dan kursus-kursus Diploma di Institut-Institut Pengajian Tinggi di Negara Brunei Darussalam iaitu di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Teknologi Brunei (ITB) bagi sesi akademik 2014/2015

Untuk makluman, semua permohonan hendaklah memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan. Borang permohonan boleh dimuat turun atas talian (online) dilaman sesawang www.mofat.gov.bn/index.php/announcement dan permohonan ini tutup pada 17 Januari 2014.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada KONSULAT AGUNG NEGARA BRUNEI DARUSSALAN di talian 082-417616 atau ke alamat emel scholarship@mfa.gov.bn

05 November 2013

KEMASKINIKAN E-OPERASI

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu.

Kemaskini E-Operasi anda dengan kadar segera.Pastikan anda semak dengan teliti maklumat peribadi masing-masing terutamanya yang berkaitan dengan Perkhidmatan, elaun, gaji dan kursus yg pernah anda hadiri.kemaskini dan sekiranya ada sebarang perubahan maklumkan kepada PK 1 atau saya dengan segera . Jangan lupa clik KOTAK bahagian Pengesahan diri sebelum log out.
MAKLUMAT ANDA ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA

29 October 2013

KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPPLD GRED DGA29 KE GRED DGA 32 SECARA TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN TAHUN 2013 DI KPM

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia buat semua warga SK SEDC, Sibu.


Seluruh warga SK SEDC, Sibu ingin merakamkan ucapan Syabas & Tahniah kepada guru-guru yang tersenarai di bawah ini kerana telah berjaya dinaikkan pangkat dari gred DGA 29 ke gred DGA32 secara Time Based berasaskan kecemerlangan tahun 2013.Semoga kejayaan  dan kenaikan pangkat mereka ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang. Kejayaan dan kenaikan pangkat mereka ini juga diharap akan menjadi pembakar semangat dan contoh serta tauladan kepada rakan-rakan yang lain untuk bekerja dengan lebih cemerlang lagi bagi memburu kejayaan yang serupa pada masa akan datang.

Guru-Guru yang tersebut adalah seperti berikut:

1. PUAN KONGAI HUNG (BERKUATKUASA 03.01.2013)
2. USTAZAH NURAIN BINTI ARSHAD (BERKUATKUASA 12.01.2013)

08 October 2013

MAKLUMAT TAMBAHAN YANG PENTING DARI JABATAN AKAUNTAN NEGARA

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu.

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 11 September 2013, Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan dalam laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah ditambahbaik dengan beberapa ciri keselamatan seperti berikut:

1. Pengguna perlu kemaskinikan maklumat nombor telefon bimbit dan alamat email masing-masing. Maklumat ini bertujuan untuk membolehkan sistem menghantar notifikasi melalui emel dan sms sekiranya pengguna reset katalaluan dan mendaftar semula.

2. Pengguna yang ingin mendaftar semula perlu menguncimasuk (key in) satu lagi maklumat tambahan iaitu nombor akaun bank (sebelum ini hanya perlu nombor KP dan No. Gaji sahaja untuk mendaftar semula) Ini bertujuan untuk mengelakkan orang yang tidak bertanggungjawab/sepatutnya reset katalaluan dan daftar semula akaun anda.

3. Pengemaskinian maklumat di atas MESTI melalui sistem ePenyata Gaji dan eLaporan sahaja.

03 October 2013

KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPPLD GRED DGA32 KE GRED DGA 34 SECARA TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN TAHUN 2013 DI KPM

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia buat semua warga SK SEDC, Sibu.

Seluruh warga SK SEDC, Sibu ingin merakamkan ucapan Syabas & Tahniah kepada guru-guru yang tersenarai di bawah ini kerana telah berjaya dinaikkan pangkat dari gred DGA 32 ke gred DGA34 secara Time Based berasaskan kecemerlangan tahun 2013 berkuatkuasa 01 Januari, 2013.. Semoga kejayaan  dan kenaikan pangkat mereka ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Kejayaan dan kenaikan pangkat mereka ini juga diharap akan menjadi pembakar semangat dan contoh serta tauladan kepada rakan-rakan yang lain untuk bekerja dengan lebih cemerlang lagi bagi memburu kejayaan yang serupa pada masa akan datang.

Guru-Guru yang tersebut adalah seperti berikut:

1. PUAN MARIAN@MARIAM BT SAIBON
2. PUAN RABI'AH BINTI BUSRAN
3. PUAN JASMIN BT SHAIKH ABDULLAH
4. PUAN HALIMAH BT. NADZAM
5. EN. MORRIS AK BELAYONG
6. PUAN HADIAH BT LENG
7. PUAN HANITA BT HAMDAN

09 July 2013

PERMOHONAN MENGISI PERJAWATAN HAKIKI SEBAGAI SISC+ DAN SIPARTNERS+ SEPENUH MASA DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.23(01) bertarikh 08 Julai, 2013 bekenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengisi perjawatan hakiki sebagai SISC+ dan SIPARTNERS+ sepenuh masa di PPD telah dibuka. Pihak tuan boleh merujuk laman web www.moe.gov.my (Warga KPM - Peluang Kerjaya). Bagi yang berminat, permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Sibu (u.p. ¦ Encik Joseph Jabu sebelum atau 07 Ogos 2013
Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi Encik Joseph Jabu di talian 084-330544

12 June 2013

BERITA SESI PEMILIHAN PEMAIN PSKPP CAWANGAN SIBU TAHUN 2013 UNTUK MENYERTAI PSKPP PERINGKAT NEGERI DI BINTULU PADA 27 – 29 JUN 2013



A. BOLA SEPAK VETERAN

Tarikh : 15 dan 16 Jun 2013
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Padang Bolasepak SMK Deshon, Sibu
Pengerusi Teknik : Encik Nicholas Bamphield (0198876590)

B. SEPAKTAKRAW SENIORDAN VETERAN

Tarikh : 15 dan 16 Jun 2013
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dewan Sepak Takraw, Jalan Bandung, Sibu
Pengerusi Teknik : Encik Morshidi Mondon (038365347)

C. BOLAJARING CAMPURAN (SENIOR & VETERAN)

Tarikh : 15 dan 16 Jun 2013
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Gelanggang Bola Jaring, SJK Su Lai, Sibu
Pengerusi Teknik : Cikgu Alice Ling (084-349300

D. FUTSAL WANITA

Tarikh : 12 dan 13 Jun 2013
Masa : 5.00 petangi – 7.00 petang
Tempat : TN Futsal Sports, Sibu
(Wanita berumur 41 keatasdigalakkan hadir)
Pengerusi Teknik : Norul (084-330544)

E. BOLA SEPAK SENIOR

Tarikh : 14 dan 15 Jun 2013
Masa : 14 Jun 2013 (3.30 – 5.30 ptg)
15 Jun 2013 (8.00 – 10.00 pagi & 3.00 – 5.00 ptg)
Tempat : Padang Bola sepak SMK Sacred Heart
Pengerusi Teknik : En. Lawrence Chan (013-8015861)

F. PING PONG

Tarikh : 15 Jun 2013
Masa : 8.30 pagi – 3.00 petang
Tempat : Dewan Sepak Persatuan Ping Pong Bahagian Sibu
Pengerusi Teknik : Encik Syvester Tan Chiang Wei (016-5257195)

G. BADMINTON

Tarikh : 15 Jun 2013
Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Sibu Super Bowl Centre, Sibu
Pengerusi Teknik : Encik Beruin Luang (019-8944035)

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUSI PENDIDIKAN GURU, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ MATRIKULASI DAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013


Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari KPM bil. KP(JNJK)600-60/B/1/4 Jld.5(11) bertarikh 23 Mei, 2013 dan surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/08/02/(44) bertarikh 06 Jun 2013 berkenaan perkaratersebut di atas berkaitan.

Sehubungan dengan itu, guru-guru yang berminat, sila dapatkan salinan suratsiaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

Salinan surat siaran tersebut (dalam bentuk softcopy) juga telah dihantar kepada setiap guru melalui sksedc@yahoogroups.com

Tarikh tutup permohonan di peringkat KPM ialah pada 21 Jun 2013



SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP) 2013


Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil JPS(W)/PPDS(Perk)/153/07/02/11/Jld.3(12) bertarikh 10 Jun 2013 berkenaan perkaratersebut di atas berkaitan.

Sehubungan itu, semua guru dan kakitangan bukan guru DIWAJIB hadir ke Seminar Intergriti Warga Pendidik (SIWP) 2013 yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 15 Jun 2013 (Sabtu)

Masa : 7.30 pagi (Pendaftaran Bermula jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi)

Tempat : SMK Sacred Heart, Sibu

Kehadiran : Wajib Untuk Semua Guru & Semua Kakitangan Bukan Akademik

Catatan : Bagi guru/staf yang gagal untuk hadir ke Seminar tersebut, sila tuliskan surat dengan menyatakan sebab mengapa tidak dapat hadir kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Sibu dengan melalui & salinan kepada Guru Besar, SK SEDC, Sibu

23 April 2013

SURAT SIARAN PEMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) AMBILAN TAHUN 2014


Dengan segala hormatnya surat daripada Pengarah Pelajaran Sarawak (Sektor Khidmatan Pengurusan dan Pembangunan) bil. JPS(W)SK2P(Lat)153/08/05/02/Jld.2(68) bertarikh 17 April 2013 dan surat daripada Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia bil KPM.BT700-3/10 Jld.4(35) bertarikh 11 April 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Maklumat dan borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web KPM : www.moe.gov.my. Borang permohonan yang telah diisi lengkap hendaklah dicetak dan dihantar kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatn pelajaran Negeri Sarawak melalui Guru Besar dan Pegawai Pelajaran Daerah Sibu sebelum atau pada 20 Mei 2013 (Isnin

SESI PEMILIHAN PEMAIN BOLASEPK SENIOR PSKPP DAERAH SIBU



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(UPK)/153/05/01/07/Jld.4/(  ) bertarikh 22 April, 2013 berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PSKPP Daerah Sibu akan mengadakan sesi pemilihan pemain untuk memilih wakil Pasukan PSKPP Daerah Sibu yang akan doadakan seperti di bawah ini.

TARIKH & MASA :
26 APRIL 2013 @ 4.00 PM – 6.00 PM
27 APRIL 2013 @ 8.00 AM – 10.00 AM
TEMPAT :
PADANG SMK LANANG, SIBU
SEBARANG PERTANYAAN
ENCIK LAWRENCE CHAN AH KUI,
PENGERUSI TEKNIK
BOLA SEPAK PSKPP CAWANGAN SIBU
(013-8015861)

Bagi warga pendidikan yang berminat, sila hadirkan diri di pusat/sekolah tersebut seperti tarikh dan masa yang dinyatakan di atas.