SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

23 January 2013

PERMOHONAN PROGRAM SIJIL KELAYAKAN PROFESIONAL UNTUK PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) BAGI TAHUN 2013 ANJURAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB)


Salam sejahtera semua staf SK SEDC, Sibu

Surat iringan dari Pegawai Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/04/Jld.5(04) bertarikh 18 Januari 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan Program Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan / “National Profesional Qualification for Education Leaders” (NPQEL) di bawah Program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Akademik untuk Pegawai Perkhidmatan (PPP) yang layak. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning supaya PPP yang memohon tidak perlu mohon Cuti Belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Mulai tahun 2013 peserta daripada Sarawak yang terpilih akan mengikuti program ini di pusat pembelajaran yang bertempat di Sarawak. Selain itu, segala kos perjalanan perserta Ambilan 2013 dan ambilan seterusnya akan ditanggung oleh pihak IAB.

Bermula tahun 2013 juga, permohonan bagi mengikuti Kursus NPQEL boleh dibuat sepanjang tahun secara atas talian di laman sesawang http://www.iab.moe.gov.my/npqel.

Permohonan yang dibuat hendaklah memenuhi syarat yang telah ditetapkan dan dikemukakan kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan dengan menghubungi pegawai-pegawai berikut:

Encik Kuswady Bin Chil (082-473410)
Puan Noorlela Bt Mohd Suhaili (082-473425)

PERUBAHAN TARIKH TAKLIMAT MENGENAI PROGRAM AKADEMIK EKSEKUTIF SARJANA PENDIDIKAN DARIPADA UNIVERSITI SULTAN IDRIS


Salam sejahtera semua staf SK SEDC, Sibu

Surat iringan dari Pegawai Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/03/Jld.10(22) bertarikh 18 Januari 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa UPSI Holdings Sdn Bhd dengan kolaborasi Universiti Pendidikan Sultan Idris sedang mempromosikan Program Eksekutif Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan), Sarjana Awal Kanak-Kanak, Sarjana Pendidikan Sains Sukan, Sarjana Pendidikan TESL, Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu, Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan lain-lain lagi program mengikut permintaan kepada guru-guru di kawasan Sibu yang berminat untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana.

Merujuk surat UHSN/COO/1338, tarikh taklimat adalah pada 26.01.2013 (Sabtu) tetapi pihak UHSB mendapat maklumat bahawa pada tarikh tersebut guru-guru di kawasan Sibu terpaksa menghadiri kelas ganti sempena Tahun Baru Cina. Oleh disebabkan itu, tarikh taklimat akan diubah seperti butiran-butiran berikut:

Tarikh : 27 Januari, 2013 (Ahad)
Waktu : 10.30 pagi
Tempat : Hotel RH, Sibu, Sarawak

09 January 2013

SIBU KIDNEY FOUNDATION OPEN HOUSE


Sukacitnya dimaklumkan bahawa "SIBU KIDNEY FOUNDATION" akan mengadakan HARI TERBUKA pada tarikh berikut:

Tarikh : 12.01.2013 (Sabtu)
Tempat : Sibu Kidney Foundation
Masa : 7.00 pagi - 9.00 pagi
No. Kontek: 084-343500 

Semua warga sekolah dijemput untuk menyertai pemeriksaan kesihatan dengan bayaran istimewa sambil menderma & membuat kerja amal kepada yayasan tersebut sempena hari terbuka tersebut.
Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan brocer yang sudah dihantar ke email masing-masing.

07 January 2013

KAJIAN PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DALAM TALIAN



Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(ups)/153/06/05/20 (   ) bertarikh Januari 2013 adalah berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa semua Pentadbir Sekolah dan guru-guru KSSR TAHUN 1 dan TAHUN 2 dikehendaki untuk menjawab Instrumen Soal Selidik secara dalam talian. Terdapat 2 borang soal-selidik yang berasingan untuk pentadbir dan guru. Untuk mengekseskan talian tersebut, berikut adalah pautan tersebut:

Borang soal selidik untuk pentadbir:

Borang soal selidik untuk guru :

Untuk makluman, tarikh akhir untuk menjawab soal selidik adalah sebelum atau pada 30 Januari, 2013. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Encik Abg. A’zman Bin Abg. Chek di talian 084-330544 untuk bantuan selanjutnya.

TAKLIMAT SARJANA PENDIDIKAN/PhD



Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat iringan bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.21 (02) bertarikh  26 Disember, 2012 dan surat siaran dari Education Training Center bertarikh 18.12.2012 juga berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Education Training Center dengan kerjasama UPSI Holding akan menganjurkan kursus Sarjana Pendidikan UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS di Sarawak/Sabah. Dua jururunding iaitu Tan Sri Prof. Dr. Khoo Kay Kim dan Dr. Laurence John akan menyelaras program sarjana ini.

Oleh itu  satu sesi taklimat untuk menyampaikan maklumat ini kepada guru-guru sekolah menengah/rendah yang berminat akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh  :           19 Januari 2013
Masa    :           4.30 pm
Tempat:           Institut Methodist Pilley, Sibu