Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan syabas serta tahniah kepada Pen. Kanan KK dan jurulatih-jurulatih hoki sekolah yang terdiri daripada Ustaz Dzulkhaini Tajudin, Cikgu Geraman ak. Jengging dan Cikgu Azmi bin Kadir kerana telah berjaya membimbing dan melatih 10 pemain hoki sekolah yang mewakili Bahagian Sibu dalam Pertandingan Hoki (L/P) 12 Tahun Kebawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak 2010 di mana Pasukan Sibu sekali lagi dinorbatkan sebagai Juara (Lelaki & Perempuan).
Pemain-pemain sekolah kita yang membentuk Pasukan Sibu 2010 adalah seperti berikut:
1. Norman Juing ak. Douglas (L12TKB)
2. Hazizul bin Suhaimie (L12TKB)
3. Clement ak. James (L12TKB)
4. Muhamad Hisyhamrahman (L12TKB)
5. Melvin ak. Jeep (L12TKB)
6. Johanes ak. Hairrison (L12TKB)
7. Eddie Wong Pak Soon (L12TKB)
8. Boniface Renggie (L12TKB)
9. Mohd Fauzi (L12TKB)
10.Eugene Hilda ak. Raymond (P12TKB)
SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU
10 May 2010
07 May 2010
MUAT TURUN SOALAN PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) BAHASA ARAB TAHUN 3 DAN TAHUN 6 SEMESTER 1 UNTUK KEGUNAAN TAHUN 2010
Sukacitanya dimaklumkan bahawa soalan PKSR Bahasa Arab Tahun 3 dan Tahun 6 Semester 1 boleh dimuat turun di laman web berikut:
http//www.moe.gov.my/bpk/ (pilih menu download SP & HSP)
Kata laluan untuk membuka fail PKSR: Sila dapatkan daripada PK 1 (Encik Basri)
http//www.moe.gov.my/bpk/ (pilih menu download SP & HSP)
Kata laluan untuk membuka fail PKSR: Sila dapatkan daripada PK 1 (Encik Basri)
MUAT TURUN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA ARAB TAHUN 4 UNTUK KEGUNAAN 2011
Sukacita dimaklumkan bahawa Huraian Sukatan Bahasa Arab Tahun 4 boleh dimuat turun di laman Web berikut:
http//www.moe.gov.my/bpk/ (pilih menu download SP & HSP)
Guru-guru berkaitan, sila berbuat demikian untuk persediaan tahun 2011.
http//www.moe.gov.my/bpk/ (pilih menu download SP & HSP)
Guru-guru berkaitan, sila berbuat demikian untuk persediaan tahun 2011.
UJIAN SARINGAN PERMATApintar UKM1 VERSI 2010: 1 MAC - 31 MEI 2010 (MAKLUMAT TAMBAHAN)
* Murid pintar-cerdas berusia 8 tahun hingga 15 tahun
* Laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my/
* Penyertaan dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010
* Mengandungi 148 soalan IQ
* Menjalani ujian ini sekaligus atau bersambung-sambung sehingga lengkap
* Tempoh masa dijangkakan untuk lengkapkan ujian ini paling lama ialah 3 jam
* Boleh diakses dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam
* Ujian ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja yang terdapat capaian internet
*Seorang pelajar dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja
* Tidak dibenarkan mendapat bantuan dari orang lain kecuali memasukkan maklumat
* Semakan layak atau tidak layak untuk meneruskan Ujian UKM2 boleh dibuat mulai 6 Jun 2010 melalui laman web yang sama.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Leong Beng Keong, Penyelia Kumpulan, Sektor Pengurusan Sekolah melalui telefon - 082-276378
* Laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my/
* Penyertaan dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010
* Mengandungi 148 soalan IQ
* Menjalani ujian ini sekaligus atau bersambung-sambung sehingga lengkap
* Tempoh masa dijangkakan untuk lengkapkan ujian ini paling lama ialah 3 jam
* Boleh diakses dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam
* Ujian ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja yang terdapat capaian internet
*Seorang pelajar dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja
* Tidak dibenarkan mendapat bantuan dari orang lain kecuali memasukkan maklumat
* Semakan layak atau tidak layak untuk meneruskan Ujian UKM2 boleh dibuat mulai 6 Jun 2010 melalui laman web yang sama.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Leong Beng Keong, Penyelia Kumpulan, Sektor Pengurusan Sekolah melalui telefon - 082-276378
PROGRAM PERKONGSIAN ILMU (TAZKIRAH) KEDUA 2010 GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN SIBU
TARIKH: 14 MEI 2010 (JUMAAT)
TEMPAT : MASJID DARUL AMILIN, TAMAN PERMAI, SIBU
MASA : 6.30 PM - 8.30 PM
KEHADIRAN : SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM
(RUJ. SURAT JPS(W)PPGS(UPIM)/153/05/11/02/(57) BERTARIKH 22 FEBRUARI 2010)
TEMPAT : MASJID DARUL AMILIN, TAMAN PERMAI, SIBU
MASA : 6.30 PM - 8.30 PM
KEHADIRAN : SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM
(RUJ. SURAT JPS(W)PPGS(UPIM)/153/05/11/02/(57) BERTARIKH 22 FEBRUARI 2010)
05 May 2010
MESYUARAT KEWANGAN SEKOLAH 1/2010
TARIKH: 05 MEI 2010 (RABU)
MASA: 2.30 PM
TEMPAT: BILIK MESYUARAT SEKOLAH
KEHADIRAN: SEMUA STAF (AKADEMIK & SOKONGAN)
MASA: 2.30 PM
TEMPAT: BILIK MESYUARAT SEKOLAH
KEHADIRAN: SEMUA STAF (AKADEMIK & SOKONGAN)
04 May 2010
PEMANTAUAN PROGRAM LINUS (Literasi & Numerasi) OLEH PEGAWAI DARI PPD SIBU
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pegawai dari PPD Sibu akan menjalankan pemantauan Program LINUS (Literasi & Numerasi) di sekolah ini mulai 10 Mei 2010 hingga 12 Mei 2010.
Sehubungan dengan itu, semua guru sekolah ini yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini dikehendaki mengemaskini segala rekod dan dokumentasi masing-masing sebelum tarikh tersebut serta bersedia untuk pemantauan tersebut.
30 April 2010
MUAT TURUN LATIH TUBI BAHASA ARAB TAHUN 5 DAN TAHUN 6
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah memuat turunkan Latih Tubi Bahasa Arab Tahun 5 dan Tahun 6 yang boleh didapati dengan muat di laman web : http://www.moe.gov.my/bpk/
Sehubungan itu, semua guru yang terlibat dalam pengajaran bahasa tersebut, sila muat turun untuk kegunaan P & P kelas masing-masing.
29 April 2010
NOTICE OF THE 45th ANNUAL GENERAL MEETING OF THE SARAWAK TEACHERS' UNION SIBU DIVISION CUM OFFICIAL LAUNCHING OF THE 45th STU ANNIVERSARY CELEBRATION STU SIBU DIVISION/SARAWAK 2010
Please be informed that the 45th Annual General Meeting of The Sarawak Teachers' Union Sibu Division cum launching of the 45th STU Anniversary celebration Sibu Division/Sarawak will be held on 8th May 2010 (Saturday) at Paramount Hotel, Sibu, commencing 11.00 am
A banquet lunch will be served in conjuction with the opening of The Sarawak Teachers' Union 45th AGM and the official launching of 45th STU Anniversary Celebration Sibu Division/Sarawak. Members who are attending the lunch will have to buy the lunch ticket at a subsidized rate of RM 15.00 per ticket. The tickets will also be used for Lucky Draws.
Lunch tickets are available from PK 1 (school union representative).
For your information, this year the children academic achievement awards will only be collected by their parents concerned.
A special dialogue session will be held with the Principal and Working committees of The Sarawak Teachers' Union from the headquaters after the AGM on the topics :
a) Service Matters,
b) Insurance Matters &
c) Other related issues.
UJIAN SARINGAN PERMATApintar UKM1 VERSI 2010: 1 MAC - 31 MEI 2010
Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu
Adalah dimaklumkan bahawa Ujian PERMATApintar UKM1 versi 2010 secara atas talian telah bermula pada 01 Mac hingga 31 Mei 2010. Ujian tersebut digunakan untuk mengenalpasti murid pintar-cerdas berusia 8 hingga 15 tahun bagi menyertai Perkhemahan PERMATA pintar Negara.
Sila galakkan murid-murid masing-masing yang dalam lingkungan umur tersebut untuk mengambil ujian tersebut secara atas talian melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my dan boleh diambil di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan tempat-tempat lain yang boleh mencapai rangkaian internet. Proses menjalani ujian ini adalah terbuka kerana murid boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula ujian tersebut sehingga tamat.
Untuk keterangan yang lebih terperinci, sila hubungi En. Basri bin Haji Wasli (Pen. Kanan 1) SK SEDC, Sibu
TEMA PERAYAAN HARI GURU 2010
Sukacitanya dimaklumkan tema Perayaan Hari Guru 2010 adalah seperti berikut:
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU (PENERANGAN)-KHAS UNTUK PEMIMPIN/GURU PEMBIMBING PENGAKAP
Adalah dimaklumkan bahawa kursus tersebut di atas yang pada asalnya dijadualkan pada 24 April 2010 telah ditangguh dan akan dijalankan semula pada 31 Julai 2010 (Sabtu).
Bagi guru berminat dan belum menghantar borang permohonan untuk mengikuti kursus ini, sila isi borang yang boleh didapati dari PK KK SK SEDC, Sibu dan hantar bersama yuran kepada Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Sibu (u.p En. January Ruby - 0138090790) pada atau sebelum 29 Mei 2010 (Sabtu). Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan kursus tersebut, sila hubungi En. Mohd Salleh (PK KK)
28 April 2010
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 3/2010 - KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAN YANG MENDERMA ORGAN
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu.
Pekeliling seperti yang tersebut di atas bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan untuk memberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menderma organ. Bagi pegawai yang berkaitan dan ingin mendapatkan keterangan yang lebioh terperinci tentang kandungan pekeliling tersebut, sila hubungi terus KPT sekolah untuk mendapatkan surat pekeliling tersebut.
Pekeliling seperti yang tersebut di atas bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan untuk memberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menderma organ. Bagi pegawai yang berkaitan dan ingin mendapatkan keterangan yang lebioh terperinci tentang kandungan pekeliling tersebut, sila hubungi terus KPT sekolah untuk mendapatkan surat pekeliling tersebut.
10 March 2010
PERMOHONAN PERTUKARAN GURU JUN 2010
Salam Sejahtera Semua Warga SK SEDC,
Sukacitanya dimaklumkan bahawa semua permohonan pertukaran guru bagi tahun 2010 (pertukaran dalam daerah, antara daerah, antara negeri) akan dibuat melalui "on-line" (e-GTukar). Permohonan pertukaran ini akan dibuka mulai 01 April 2010 hingga 25 April 2010 melalui http://apps.emoe.gov.my/epgo atau http://www.moe.gov.my. Bagi guru yang berminat untuk membuat permohonan, sila cetak permohonan anda yang lengkap diisi itu dan serahkan kepada guru besar untuk pengesahan belum 26 April, 2010. Pihak sekolah tidak akan melayan pemohon yang lewat menyerahkan cetakan permohanan mereka.
26 February 2010
ATLET YANG MENJALANI LATIHAN INTENSIF MEWAKILI ZON BANDAR SIBU
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua staf khususnya Penolong Kanan KK, Encik Mohd Salleh dan guru-guru sukan SK SEDC, Sibu kerana berjaya melahirkan 5 orang atlet untuk menjalani latihan intensif bagi persediaan mewakili Zon bandar Sibu untuk temasya Olahraga Antara Zon/Daerah tahun ini. Kepada atlet-atlet yang berjaya dipilih itu juga diucapkan tahniah dan diharap mereka ini janganlah melepaskan peluang keemasan ini dan harus bekerja lebih keras lagi semasa latihan supaya mereka dapat terus terpilih untuk temasya sukan yang lebih besar nanti. Syabas dan Tahniah sekali lagi kepada semua. Teruskan Perjuangan Kamu. Genggam bara api biar sampai jadi arang. SEDC Boleh!!!!!! ........ SEDC Boleh!!!!......... SEDC Boleh!!!
SELAMAT MENYAMBUT HARI CHAP GOH MEI
Salam sejahtera kepada semua Warga SK SEDC, Sibu,
Hari Chap Goh Mei akan menjelang Ahad ini (28.02.2010). Hari tersebut ialah hari kelima belas kalender Cina dan ia juga menandakan berakhirnya secara rasmi sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Melalui blog ini, saya dan keluarga ingin mengambil peluang untuk mengucapakan SELAMAT MENYAMBUT HARI CHAP GOH MEI kepada semua guru yang merayakannya dan semoga Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini dan hari yang berbahagia dan mengembirakan ini (Hari Chap Goh Mei) akan mengeratkan tali silaturahim sesama kita warga sekolah. Saya juga ingin mendoakan kita semua supaya sentiasa bahagia dan dikurniakan kesihatan yang baik oleh tuhan.
10 February 2010
RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA
Salam Sejahtera Semua Warga SK SEDC, Sibu,
Semua staf & ahli keluarga SK SEDC, Sibu (Staf Akademik & Staf Sokongan) dijemput ke Rumah Terbuka saya pada hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina Tahun ini di alamat seperti berikut:
4E LORONG KIEW NANG 9A,
OFF JALAN SALIM,
96000 SIBU
TEL: 0198183703
GURU BESAR,
SK SEDC, SIBU
96000 SIBU
Semua staf & ahli keluarga SK SEDC, Sibu (Staf Akademik & Staf Sokongan) dijemput ke Rumah Terbuka saya pada hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina Tahun ini di alamat seperti berikut:
4E LORONG KIEW NANG 9A,
OFF JALAN SALIM,
96000 SIBU
TEL: 0198183703
GURU BESAR,
SK SEDC, SIBU
96000 SIBU
04 February 2010
01 February 2010
MINGGU PENGHAYATAN ALAM SEKITAR SK SEDC, SIBU TAHUN 2010
Projek Minggu Penghayatan Alam Sekitar SK SEDC, Sibu Tahun 2010 (Projek Untuk Subjek Sains Kehidupan - Kump. Tan/Idahap/Abang/Aliza) telah dijalankan di perkarangan sekolah SK SEDC, Sibu mulai 25 Januari 2010 hingga 30 Januari 2010. Projek tersebut melibatkan lebih kurang 80 orang pelajar tahun lima dan guru-guru serta staf sokongan sekolah ini. Projek ini dianjurkan dengan kerjasama 4 orang peserta Program PKPGB Kohort 3 Universiti Kebangsaan Malaysia ia itu En. Tan Kuang Wui yang juga Guru Besar SK SEDC, Sibu, Encik Abang Khadari bin Abang Bolhassan (Guru Besar, SK Batu 10, Sibu), Encik Idahap @ Masyhor bin Busrah (Guru Besar, SK Kampung Baru, Kapit) dan Puan Aliza binti Abdul Manan (Pembantu Pegawai Pengurusan HEP dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor) Di antara pengisian aktiviti sepanjang minggu tersebut ialah seperti berikut:
1. Pertandingan Membuat Buku Folio dan Poster bertemakan Penghayatan Alam Sekitar
2. Pertandingan Bunga Tercantik
3. Pertandingan Menanam Bunga Dalam Pasu
4. Ceramah "Alam Sekitar: Harta Yang Dipinjam"
5. Ceramah "Kaedah Menanam dan Menjaga Pokok Bunga dengan Betul"
Diharapkan melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar dapat mula dilatih untuk lebih menghayati dan peka terhadap Alam Sekitar serta tahu serba sedikit tentang mengapa dan bagaimana hendak memelihara dan memulihara alam sekitar agar bumi kita ini akan sentiasa menjadi suatu tempat yang kekal dan menarik untuk generasi seterusnya.
Gambar Paling Atas: Acara Simbolik - Penanaman Pokok Bunga Di Kawasan Sekolah Oleh Pengerusi Bersama Projek Minggu Penghayatan Alam Sekitar yang terdiri daripada En.Tan Kuang Wui (GB, SK SEDC, Sibu), En. Abang Khadari bin Abang Bolhassan (GB, SK Batu 10, Sibu), En. Idahap @Masyhor bin Busrah (GB, SK Kampung Baru, Kapit) dan Puan Aliza binti Abdul Manan (Pembantu Pegawai Pengurusan HEP dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor)
Gambar Kedua dari Atas: Pelajar-pelajar membuat persediaan mengisi tanah dalam pasu bunga masing-masing dan dibantu oleh guru-guru mereka
Gambar Ketiga dari Atas: Guru-guru menyelia dan membantu pelajar-pelajar menanam bunga dalam pasu bunga masing-masing.
Gambar Keempat dari Atas: Pelajar-pelajar bergotong royong menyusun pasu bunga yang siap ditanam dengan bunga untuk dihakimi oleh para hakim pertandingan.
Gambar Kelima dari Atas: Pelajar yang memenangi pertandingan menyiapkan folio/poster menerima hadiah daripada Cikgu Abang Khadari.(Guru Besar, SK Batu 10, Sibu)
Gambar Paling Bawah: Gambar berkumpulan pelajar, guru-guru dan staf sokongan SK SEDC, Sibu serta 4 orang peserta PKPGB Kohort 3 UKM, Bangi yang terlibat sama dalam Projek Minggu Penghayatan Alam Sekitar di SK SEDC, Sibu
03 January 2010
UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH
Saya ingin mengambil peluang melalui blog ini untuk menyampaikan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staf SK SEDC, Sibu atas derma dan ucapan takziah mereka kepada keluarga saya semasa pemergian bapa mertua saya pada 31 Disember,2009. Jasa baik kalian semua sudah pasti akan menjadi ingatan saya sekeluarga untuk selama-lamanya. Semoga juga jasa baik kalian semua juga akan mendapat berkat daripada TUHAN yang maha Esa.
Daripada:
Tan Kuang Wui
Guru Besar,
SK SEDC, Sibu
03.Januari 2010
26 December 2009
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 & MESYUARAT STAF 1/2010
PENGUMUMAN
SUKACITANYA DIMAKLUMKAN BAHAWA TARIKH MELAPOR DIRI PELAJAR PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 SESI PESEKOLAHAN 2010 AKAN DIADAKAN PADA 02.01.2010 (SABTU) MULAI 0730 PAGI HINGGA 0930 PAGI, KERJA-KERJA PEMBELIAN BUKU,PENGAGIHAN BUKU TEKS, PEMBAYARAN YURAN-YURAN DAN LAIN LAIN JUGA AKAN DILAKUKAN PADA WAKTU TERSEBUT.
SUKACITA DIMAKLUMKAN JUGA KEPADA SEMUA STAF SK SEDC, SIBU BAHAWA MESYUARAT STAF 1/2010 AKAN DIAKAN PADA 02.01.2010 MULAI JAM 0930 PAGI BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT SEKOLAH.
KEHADIRAN SEMUA STAF (AKADEMIK & SOKONGAN) ADALAH WAJIB.
SEKIAN. HARAP MAKLUM
&
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010
25 December 2009
11 October 2009
PROGRAM RANCANGAN INTERGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) TAHUN 2009
Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP)Tahun 2009 antara guru-guru dan pelajar-pelajar SK SEDC, Sibu dengan para guru dan pelajar SJK Thai Kwang, Sibu telah diadakan pada 10 Oktober, 2009. Antara pengisian aktiviti untuk program tersebut ialah sukaneka yang melibat guru-guru serta murid-murid dari kedua-dua buah sekolah. Aktiviti ini telah dikelolakan oleh SJK Thai Kwang, Sibu dan dijalakan di Dewan sekolah tersebut. Aktiviti seterusnya ialah Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri yang dikelolakan oleh SK SEDC, Sibu. Antara jemputan yang dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut ialah guru besar, guru-guru dan murid-murid dari SJK Thai Kwang, Sibu serta warga sekolah SK SEDC, Sibu sendiri yang terdiri daripada guru besar, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid sekolah ini.
(Gambar Paling atas: Pertukaran Cendermata antara Guru Besar SK SEDC, Sibu - En. Tan Kuang Wui (kanan) dengan Guru Besar, SJK Thai Kwang, Sibu - En, Ting Siew Nguong (kiri)
(Gambar kedua dan ketiga dari atas: Aktiviti yang dijalankan di SJK Thai Kwang, Sibu manakala Gambar paling bawah: Murid dan staf dari kedua-dua buah sekolah menjamu selera semasa Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri di SK SEDC, Sibu)
12 September 2009
03 September 2009
PROGRAM IHYA RAMADHAN PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2009
Salam sejahtera kepada semua warga SK SEDC, Sibu.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam & Moral, Pejabat Pelajaran Daerah Sibu akan menganjurkan aktiviti tersebut di atas di bawah program Jawatankuasa Perancangan Strategik Guru Pendidikan Islam Bahagian Sibu mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 11 September 2009 (Jumaat)
Masa: 4.30 petang hingga 9.15 malam
Tempat: SK Bandaran No. 3, Sibu
Penyelaras Program : Ustazah Samrah binti Shamsuddin - SK Agama Sibu
(Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh berhubung dengan penyeleras program)
Sehubungan itu, sebagai pengisiannya, pihak jawatankuasa telah bersetuju untuk mengadakan Tadarus al-Quran di kalangan Guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Bahagian Sibu sempena bulan Ramadhan ini. Guru-guru Islam dan kakitangan Islam juga adalah DIGALAKKAN turut serta dalam program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


