SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

06 September 2012

SURAT SIARAN JEMPUTAN MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA DAN MENYERTAI KONVENSYEN KEBANGSAAN PENDIDIKAN GURU 2012

Surat siaran dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/06/Jld.3(48) bertarikh 03 September, 2012, surat siaran dari JPN Sarawak bil.JPS(W)/SK@P(Lat)/153/08/03/15/01(83) bertarikh 09 Ogos 2012 dan surat siaran dari BPG, KPM bil. KP(BPG)9330/100/11/4(03) bertarikh 09 Julai 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Untuk makluman tuan/puan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) akan mengadakan Konvensyen kebangssan Pendidikan Guru (KKPG) 2012 pada 15 hingga 17 Oktober 2012 di Kuantan, Pahang. Tema KKPG 2012 adalah "Pembangunan Watak Profesionalisme Gru Melalui Latihan Keguruan" Sehubungan dengan itu, guru -guru dijemput untuk membentang kertas kerja di konvensyen tersebut. Bagi guru-guru yang berminat untuk berbuat demikian, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dan salinan kertas konsep  serta syarat-syarat pembentangan dari KPT sekolah pada waktu pejabat..

30 August 2012

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM


Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari Klinik Kesihatan Jalan Lanang, bil. KK3L/PHC/1 bertarikh 19 Julai 2012 berkenaan perkara tersebut diatas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak klinik tersebut sedang melaksanakan perkara tersebut di atas untuk semua penjawat awam yang berumur 40 tahun dan ke atas. Bagi staf SK SEDC, Sibu yang berminat, sila dapat salinan surat siaran & borang PK/03 yang dihantar ke email masing-masing (dalam soft copy) Sila lengkapkan borang tersebut dan hantar kepada KPT sekolah pada atau sebelum 04 September 2012 untuk dikumpul dan dihantar sekaligus ke Poliklinik Jalan Lanang bagi urusan Penetapan Tarikh Temujanji Pemeriksaan

PERMOHONAN GURU-GURU ALIRAN PERDANA MENGAJAR DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran JPS/(W)/PPDS(Ups)/153/06/09/06 bertarikh 23 Mac, 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Bagi guru-guru yang berminat sila ambil tindakan seperti yang terkandung dalam surat siaran tersebut dan hantar melalui sekolah pada atau sebelum 05 September 2012.

Salinan surat siaran & borang permohonan telah dihantar ke email masing-masing. Salinan surat siaran & borang permohonan juga dapat diperolehi dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

28 August 2012

SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Salam hormat & salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran dari KPM bil KP.LP.003.11.2(1) bertarikh 14 Ogos 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah menyediakan soal selidik bagi mengenalpasti kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS. Oleh yang demikian, Lembaga peperiksaan MEWAJIBKAN semua guru yang mengajar Tahun 1, 2, dan 3 (semua matapelajaran) memberi respon kepada soal selidik tersebut. Soal selidik tersebut boleh dicapai melalui laman sesawang Lembaga peperiksaan di alamat http:www.moe.gov.my/lp di pautan "Kajian" mulai 15 Ogos 2012 hingga 03 September, 2012.

PINDAAN TARIKH & TEMPAT KURSUS PENYEBARAN PELAKSANAAN KSSR & PBS TAHUN 3 2012 PERINGKAT DAERAH SIBU

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(upa)/153/06/03/07/(   ) bertarikh 27. Ogos 2012 berkenaan perkara tersebut dirujuk

Berikut adalah jadual baru kursus untuk rujukan dan tindakan tuan/puan.

Sekian, harap maklum.


16 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua Warga SK SEDC, Sibu, rakan seuniversiti di UKM (Peserta PKPGB Kohort 1, 2, 3 & 4), semua ahli STU seluruh Sarawak, rakan FB dan rakan-rakan lain yang mengenali diri saya tidak kira di mana tuan-tuan dan puan-puan berada. Semoga di hari yang baik, bulan yang baik akan membawa rezeki yang melimpah-limpah kepada tuan-tuan dan puan-puan serta sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan yang penting sentiasa riang dan ceria.
Daripada:
Tan Kuang Wui & keluarga

14 August 2012

PENDAFTARAN SEBAGAI AHLI PERSATUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH MALAYSIA (PPPPSM) CAWANGAN SARAWAK

Surat iringan dari PPD bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.18(68) bertarikh 11 Ogos 2012  berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Bagi guru-guru siswazah yang berminat untuk menyertai persatuan ini, sila dapatkan salinan surat siaran dan borang pendaftaran daripada Penolong Kanan 1 sekolah pada waktu pejabat.

13 August 2012

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU TERLATIH ANTARA BAHAGIAN/NEGERI, ANTARA DAERAH & DLM DAERAH SECARA ATAS TALIAN (e-Tukar) BAGI SR & SM JAN 2013

Surat saiaran bil JPS(W)/PDS(Ups)/153/08/13/07/02/Jld.4(02) dari PPD Sibu bertarikh 08 Ogos 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Bagi guru yang berminat untuk membuat permohonan pertukaran kali ini, sila didapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

15 June 2012

PEMILIHAN PEMAIN PSKPP CAWANGAN SIBU

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pasukan PSKPP Cawangan Sibu akan memilih pemain untuk mewakili Pasukan PSKPP Bahagian Sibu bagi acara Menyumpit & Scrabble bagi tahun 2012. Bagi warga pendidikan yang berbakat dan berminat sila hadir di tempat pemilihan/pertandingan seperti berikut:

MENYUMPIT: (Pemilihan)

Tarikh ; 16 & 23 Jun 2012 (Sabtu)
Masa :2.00 petang
Tempat : SJK Methodist, Sibu
(Sila hubungi En. Bustamin di talian 016-8556702 jika ada pertanyaan)

SCRABBLE (Pertandingan)

Tarikh :13 Jun, 2012
Masa : 0800 pagi - 5.00 petang
Tempat: SMK Lanang, Sibu
Penyertaan : 2 orang pemain setiap regu
Sistem pertandingan : Liga Kumpulan
(Sila hubungi En.Jarawi Jompot di talian084-215540 atau 013-8017795 untuk keterangan lanjut)

31 May 2012



SELAMAT HARI GAWAI KEPADA SEMUA KAUM DAYAK WARGA SK SEDC, SIBU
GAYU GURU GERAI NYAMAI, LANTANG SENANG, SEPANJANG MASA
&
SELAMAT CUTI GAWAI KEPADA WARGA SK SEDC, SIBU YANG LAIN

DARIPADA: TAN KUANG WUI (GURU BESAR, SK SEDC, SIBU) & KELUARGA.

10 May 2012

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) BAHASA ARAB & JAWI TAHUN 3, 4, 5 & 6 TAHUN 2012

Surat siaran daripada PPD Sibu bil JPS(W)PPDS(UPIM)/153/06/07/03/04/Jld.2(7) bertarikh 08 Mei, 2101 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa soalan PKSR Bahasa Arab dan Jawi Tahun 3, 4, 5 dan 6 untuk kegunaan pertengahan tahun 2012 boleh dimuat turun di laman web : http://www.bpi.edu.mu atau http://www.spisarawak.com. Untuk mendapatkan user name & password, sila dapatkan dari Penolong Kanan 1 sekolah pada waktu persekolahan.
Untuk tujuan penyelarasan maka dicadangkan perlaksanaan PKSR Bahasa Arab dan Jawi tahun ini adalah seperti berikut:
a) Pelaksanaan Ujian Lisan Bahasa Arab mulai 07 Mei, 2012
b) Pelaksanaan Ujian Bertulis Bahasa Arab dan Jawi pada 21 Mei 2012.
Sekian, harap maklum.

PENGISIAN JAWATAN PK, PK HEM, PK KK & PK PETANG DI SK & SJKC DI SARAWAK - PENGHAKIKIAN PPPLD GRED DGA32 (KUP)

Surat siaran dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPGS(Perk)/153/08/09/03/02/Jld.10(09) bertarikh 08 Mei, 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
 Bagi guru-guru yang DGA 32 (KUP) yang berminat untuk dihakikikan bagi membolehkan mereka  menjawat jawatan yang tersebut di atas dipohon untuk memohon dengan mengisi lampiran A yang boleh didapat daripada KPT sekolah pada waktu pejabat.
Kekosongan jawatan Penolong Kanan untuk Bahagian Sibu adalah seperti berikut:
1. Penolong Kanan KK (SJK Tong Ah, Selangau) - kosong sejak 30.06.2011
2. Penolong Kanak KK (SK Bandaran Sibu No. 2, Sibu) - akan mulai kosong pada 01.10.2012
3. Penolong Kanan HEM (SJK Chung Sing, Sibu) - akan mulai kosong pada 12.12.2012

Tarikh tutup ialah pada 15 Jun 2012

17 April 2012

PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT PPPLD GRED DGA 29, DGA 32 DAN DGA 34 YANG TELAH BERKHIDMAT SELAMA 10, 9, 8 DAN 5 TAHUN PADA TAHUN 2012 DI KPM - secara Time-Based (KUP)

Surat saiaran dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/09/03/03/Jld.38(09) bertarikh 16 April 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Bagi guru-guru yang layak dan berminat, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut daripada KPT sekolah pada waktu pejabat.
Tarikh tutup ialah pada 18 April 2012.

MAKLUMAT PENCAPAIAN PRAUJIAN PROTIM UNTUK TAHUN4, 5 DAN 6 2012 DAERAH SIBU

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)PPDS(upa)153/06/04/10/01 Jld.3(19) bertarikh 12 April 2012 bekenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Semua guru yang terlibat dengan Program PROTIM Tahun 4, 5 dan 6 dikehendaki mengisi maklumat keputusan Praujian PROTIM untuk Tahun 4, 5 dan 6 dengan melayari internet melalui alamat berikut

http://tinyurl.com/protimPraujian2012

pada atau sebelum 18 April; 2012 dan sila hantar "hard copy" Borang Rumusan Data Pascaujian seperti berikut::
2.1 Kemahiran Membaca dan Menulis (2M)- Borang 1 dan Borang 3
2.2 Kemahiran Mengira (M3) - Borang 2 dan Borang 3
untuk rekod dan rujukan pejabat ke Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Sibu.

16 April 2012

PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN DI JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI (JNJK)

Surat siaran dari PPD Sibu  bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/05/07/Jld.3(08) bertarikh 05. April 2012 dan surat siaran dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Sibu berbil. KP(JNJKCSIBU) 500-221/1 (24) bertarikh 02 April 2012 berkenaan perkara tersebut di atas di rujuk.
Bagi guru-guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dan salinan borang permohonan daripa KPT sekolah pada waktu pejabat.

03 April 2012

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED 32 KE GRED DGA 34 TAHUN 2012 BAGI NEGERI SARAWAK

Surat siaran dari Pengarah Pelajaran Sarawak (Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan) bil .JPS(W)/SK2P(unp)/153/07/06/04/01/Jld.2(02) bertarikh 27 Mac 2012 dan surat iringan daripada PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/09/03/01/Jld.8(02) bertarikh 29 Mac, 2012 berkenaan perkara tersebut diatas dirujuk.
Bagi guru (PPDL Gred DGA 32 (hakiki) atau DGA 32 (kup) yang berminat, sila dapat sesalinan surat siaran tersebut daripada KPT sekolah pada waktu pejabat.
Borang permohonan bersertakan dokumen-dokumen seperti yang tercatat dalam senarai semak hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pelajaran Daerah Sibu (u.p. Unit pengurusan Organisasi) melalui Guru Besar sekolah pada atau sebelum 09.April 2012 (Isnin) dalam dua (2) salinan.

29 March 2012

SURAT SIARAN KURSUS SIJIL KELAYAKAN PROFESIONAL UNTUK PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) BAGI KEMASUKAN AMBILAN 2 TAHUN 2012

Surat iringan dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/04/Jld.4(05) bertarikh 27 Mac, 2012 dan surat siaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak bil JPS(W)/SK2P(Lat)/153/08/02/01 Jld.2(01) bertarikh 14 Mac, 2012 berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Bagi guru-guru yang berminat untuk memohon kursus tersebut, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat. Maklumat berhubung Kursus ini juga sedang disiarkan di laman sesawang rasmi IAB www..iab.edu.my mulai 15 Mac, 2012 hingga 15 April 2012

19 March 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU TEMA SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2012

Surat iringan dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Ups)/153/08/05/08/07(02) bertarikh 14 Mac 2012 berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan.
Sehubungan dengan itu,  warga sekolah yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

14 March 2012

PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEMPENA HARI GURU 2012 PERINGKAT KEBANGSAAN

Surat iringan dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/07/08/01/Jld.11(50) bertarikh 08 Mac 2012 berkenaan perkara tersebut dirujuk
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengelolakan Peraduan Menulis cerita Kanak-Kanak Sempena Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Sarawak (JNJK) sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk mengurus peraduan tersebut di peringkat negeri.
Untuk makluman semua, peraduan ini terbahagi kepada empat kategori bahasa pengantar (Bahasa Malysia atau bahasa Inggeris) iaitu:
i) Kategori Guru;
ii) Kategori Murid Sekolah Menegah Atas;
iii) Kategori Sekolah Menengah Rendah dan
iv) Kategori Murid Sekolah Rendah.
Bagi guru yang mempunyai murid yang berminat atau guru sendiri yang berminat untuk menyertai, sila dapatkan brosur dan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat
Tarikh tutup penyertaan di peringkat Urusetia Peraduan Peringkat Negeri ialah pada 14 Mac, 2012.

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU TELATIH DALAM DAERAH/ANTARA DAERAH/BAHAGIAN/NEGERI SECARA ATAS TALIAN (e-GTukar) BAGI SEK REN. DAN SEK MEN. JUN 2012

Surat siaran dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/08/13/07/02/Jld.4(13) bertarikh 08 Mac 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri / Bahagian (KPM) dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) bagi pertukaran Jun 2012 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 01 hingga 30 April 2012 yang boleh dicapai melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/epgo.
Permohonan pertukaran melalui sistem e-GTukar ini dibuka kepada guru yang berada dalam Gred DGA29, DG41, DGA32(KUP time base), DG44 (KUP time based) dan DG48 (KUP time based). Sementara permohonan pertukaran guru yang memegang jawatan hakiki naik pangkat Gred DGA32, DGA34, DG44 dan DG48 (termasuk gred jawatan pemangkuan) perlu memohon secara manual dengan menggunakan borang offline. Borang tersebut boleh dimuat turun dari laman web KPM yang sama dan dihantar melalui sekolah ke Jabatan ini (u.p Unit Kenaikan Pangkat, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan) / bahagian (KPM) yang berkenaan untuk dimajukan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.
Dimaklumkan semua pertukaran guru kekal dilaksanakan secara berjadual 2 kali setahun iaitu pada awal tahun (1 Januari) dan pertengahan tahun (1 Jun). 
Bagi guru yang berminat untuk membuat permohonan dan untuk mendapatkan maklumat terperinci, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

28 February 2012

SKIM PENDAFTARAN HAJI AHLI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

Surat siaran dari embaga Tabung Haji Daerah Sibu bil w429/286/7 (54) bertarikh 12 Januari 2012 berkenaa perkara tersebut di atas dirujuk.

Antara intipati surat siaran tersebut adalah seperti berikut:

Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk memberi kemudahan kepada ahli KWSP yang beragama Islam untuk membuat pendaftrana haji, pihak Tabung Haji bermula 03 Januaei 2012 yang lalu telah membuka SKIM PENDAFTARAN HAJI AHLI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP). Skim ini merupakan salah satu kaedah yang membolehkan ahli KWSP membuat pendaftaran haji tanpa memindahkan wang simpanan KWSP ke TH. Ini bermakna, apabila mereka terpilih untuk menunaikan fardu Haji, bayaran haji sepenuhnya adalah dibawah tanggungan bakal haji. Bagi staf Islam yang berminat, sila dapatkan maklumat lanjut dalam surat siaran tersebut dari Ketua Pembantu Tadbir sekolah pada waktu pejabat

SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2012-MAKLUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2012

Surat siaran dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia bil KP.LP.003.07.14(13) bertarikh 25 Januari 2012 berkenaan perkara tersebut berkaitan.

Intipati kandungan surat siaran tersebut adalah seperti berikut:

1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan - Bertulis) - 12 hingga 13 Jun 2012
2. Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (Lisan) - 09 hingga 12 Julai 2012 & 16 hingga 19 Julai 2012
3. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (Bertulis) - 11 - 13 September 2012
4. Penilaian Menengah Rendah (Bertulis) - 09 hingga 11 Oktober 2012 & 15 hingga 16 Oktober 2012
5. Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (Bertulis) - 16 hingga 18 Okt. 2012 & 22 hingga 23 Okt. 2012
6. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Bertulis) - 05 November 2012 hingga 06 Disember 2012

07 February 2012

PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA 2012

Surat iringan dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia bil. KP(BPG)9577/600/164(01) bertarikh 16 Januari 2012 dan surat iringan dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil.JPS(W)/PPDS(ujq)/153/07/04/13/02/Jld.2(72) bertarikh 03 Februari, 2012 bekenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM sedang melaksanakan Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM) kepada semua warga pendidik. SGM menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru di samping bertindak sebagai panduan dan rujukan kepada guru dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.
Untuk makluman semua guru, merujuk kepada surat bil KP(BPG)9099/876/Jld.2(144) bertarikh 08hb November 2011 mengarahkan semua warga pendidik supaya membuat penarafan kendiri dengan menjawab item-item yang terkandung dalam instrument SGM. Maklum balas secara talian ini hendaklah dibuat secara jujur agar penilaian yang tepat terhadap pencapaian standard keguruan masing-masing dapat diperolehi. Tempoh pengisian instrument berlangsung sehingga 31hb Disember, 2011. Maklum balas ini amat penting dan diperlukan oleh pihak BPG bagi tujuan merangka program peningkatan profesionalisme perguruan.

Bagaimanapun, bilangan maklum balas yang diterima daripada warga pendidik masih belum mencapai sasaran yang diharapkan. Sehubungan dengan itu pihak BPG memohon kerjasama baik semua warga pendidik supaya  maklumat ini dapat diisi sebelum 31hb Mac 2012. Maklumat dan instrument SGM dalam talian ini boleh dicapai menerusi URL: http://apps.moe.gov.my/sgm

02 December 2011

PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM 100 - SK SEDC, SIBU

Dimaklumkan kepada semua ibu bapa pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 - 2011 SK SEDC supaya datang ke sekolah pada 05.12.2011 atau 06.12.2011 untuk mendaftarkan diri sama ada dapat menuntut wang terebut daripada pihak sekolah pada jam 2.30 petang 08.12.2011. Semua guru kelas dipohon untuk menghubungi PT sekolah secepat mungkin untuk membantu menyegerakan pengagihan bantuan tersebut.

PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA TAHUN 2011

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran bil: JPS(W)/PPDS(SJQ)/153/07/04/13/01/Jld.2( ) bertarikh 30 November 2011 dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu dan surat siaran bil. JPS(W)/SJQ/153/07/09/06(6) bertarikh 11 November 2011 dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak serta surat siaran bil. KP(BPG)9099/8/6 Jld.2(144) bertarikh 08 November 2011 berkaitan dengan perkara tersebut dirujuk.

Intipati ketiga-tiga surat siaran yang tersebut di atas mengkehendakkan semua guru membuat penarafan kendiri dengan menjawab item-item yang terkandung dalam instrumen Standard Guru Malaysia (SGM) dalam talian secara jujur agar penilaian yang tepat terhadap pencapaian standard keguruan masing-masing dapat di perolehi. Tempoh pengoperasian SGM dalam talian ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2011. Maklumat dan instrumen SGM dalam talian (online) boleh dicapai menerusi URL:http://apps.moe.gove.my/sgm

Sehubungan dengan itu, semua guru SK SEDC, Sibu dipohon untuk mengambil tindakan segera dengan pembuat penarafan masing-masing dan seterusnya membantu pihak sekolah menyebarluas maklumat ini kepada semua guru sekolah kita yang lain  seandainya masih ada dikalangan kita yang belum mengetahui perkara ini.