SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

13 March 2013

MAKLUMAT KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II MAJLIS SUKAN NEGERI (MSN) SARAWAK



Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari Majlis Sukan Negeri Sarawak bil. MSN(S’wak)/29(59) bertarikh 18 Februari, 2013 dan surat makluman dari JPN Sarawak bil. JPS(W)SPPK(Suk)/153/05/11/02/Jld.27(04) bertarikh 22 Februari, 2013 serta surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS/(W)/PPDS/(UPK)/153/05/01/10/Jld.2/(   ) bertarikh 07 Mac., 2013 kesemuanya berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negeri Sarawak akan menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap II MSN Sarawak seperti ketetapan berikut:-

Tarikh              :           25 – 30 Mac, 2013
Tempat            :           Hotel Premier, Sibu

Segala kos menghadiri kursus tersebut ditanggung sepenuhnya oleh peserta sendiri.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan kursus ini, sila berhubung dengan Mdm Hii King Hung di Majlis Sukan Bahagian Sibu di talian 084-218522 atau Puan Linda Ling di talian 02-233285 atau 013-8101998

Salinan ketiga-tiga surat seperti yang tercatat di atas telah juga diemail kepada semua staf sekolah melalui sksedc@yahoo.com.

12 March 2013

SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 5 TAHUN 2013 : MAKLUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2013



Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia bil. KP.LP.003.07.14(27) bertarikh 25 Februari, 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk


Untuk makluman,tuan/puan, tarikh Peperiksaan Awam ini telah dimaklumkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Penggal Persekolahan 2013 bil 4/2012 bertarikh 6 Disember 2012 adalah seperti berikut;

PEPERIKSAAN
TARIKH
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
11 hingga 12 Jun 2013
Ujian Lisan STAM
8 hingga 19 Julai 2013
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
10 hingga 12 September 2013
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
2 hingga 3 Oktober 2013
7 hingga 9 Oktober 2013
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
21 hingga 23 Oktober 2013
28 hingga 29 Oktober 2013
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM
6 hingga 29 November 2013
2 hingga 5 Disember 2013

08 March 2013

SAYEMBARA DEKON PERKHIDMATAN AWAM PIALA YAB KETUA MENTERI SARAWAK 2013



Surat iringan dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.2(44) bertarikh 28 Februari berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Borang permohonan, kertas konsep & maklumat penting berkenaan perkara tersebut telah dihantar secar email melalui sksedcyahoogroups kepada setiap staf.

SURAT SIARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR TANPA GAJI TANPA BIASISWA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PELAJARAN AMBILAN 2013



Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Surat iringan bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/08/Jld.2(04) bertarikh 01 Mac, 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Maklumat dan borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my. Borang permohonan yang telah diisi lengkap hendaklah dihantar kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak melalui dan salinan kepada Pegawai Pelajaran Daerah, Sibu 

Salinan surat siaran tersebut juga telah dimajukan kepada semua staf melalui email sksedcyahoogroups untuk rujukkan dan simpanan tuan/puan