SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

11 October 2009

PROGRAM RANCANGAN INTERGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) TAHUN 2009


Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP)Tahun 2009 antara guru-guru dan pelajar-pelajar SK SEDC, Sibu dengan para guru dan pelajar SJK Thai Kwang, Sibu telah diadakan pada 10 Oktober, 2009. Antara pengisian aktiviti untuk program tersebut ialah sukaneka yang melibat guru-guru serta murid-murid dari kedua-dua buah sekolah. Aktiviti ini telah dikelolakan oleh SJK Thai Kwang, Sibu dan dijalakan di Dewan sekolah tersebut. Aktiviti seterusnya ialah Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri yang dikelolakan oleh SK SEDC, Sibu. Antara jemputan yang dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut ialah guru besar, guru-guru dan murid-murid dari SJK Thai Kwang, Sibu serta warga sekolah SK SEDC, Sibu sendiri yang terdiri daripada guru besar, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid sekolah ini.
(Gambar Paling atas: Pertukaran Cendermata antara Guru Besar SK SEDC, Sibu - En. Tan Kuang Wui (kanan) dengan Guru Besar, SJK Thai Kwang, Sibu - En, Ting Siew Nguong (kiri)
(Gambar kedua dan ketiga dari atas: Aktiviti yang dijalankan di SJK Thai Kwang, Sibu manakala Gambar paling bawah: Murid dan staf dari kedua-dua buah sekolah menjamu selera semasa Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri di SK SEDC, Sibu)

12 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA WARGA
SK SEDC, SIBU YANG BERAGAMA ISLAM

03 September 2009

PROGRAM IHYA RAMADHAN PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2009

Salam sejahtera kepada semua warga SK SEDC, Sibu.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam & Moral, Pejabat Pelajaran Daerah Sibu akan menganjurkan aktiviti tersebut di atas di bawah program Jawatankuasa Perancangan Strategik Guru Pendidikan Islam Bahagian Sibu mengikut ketetapan berikut:
Tarikh:   11 September 2009 (Jumaat)
Masa:    4.30 petang hingga 9.15 malam
Tempat: SK Bandaran No. 3, Sibu
Penyelaras Program : Ustazah Samrah binti Shamsuddin - SK Agama Sibu
(Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh berhubung dengan penyeleras program)
Sehubungan itu, sebagai pengisiannya, pihak jawatankuasa telah bersetuju untuk mengadakan Tadarus al-Quran di kalangan Guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Bahagian Sibu sempena bulan Ramadhan ini. Guru-guru Islam dan kakitangan Islam juga adalah DIGALAKKAN turut serta dalam program ini.

28 August 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSR ZON BANDAR SIBU KE 37 TAHUN 2009






Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.
Seramai 28 buah Sekolah Rendah (SK & SJK) dalam bandar Sibu telah berentap dalam Kejohanan Olahraga Antara Sekolah (MSS Bandar Sibu) selama dua hari mulai 05 Ogos 2009 hingga 06 Ogos 2009 di Stadium Tun Ahmad Zaidi, Sibu.
Dalam kejohanan tersebut, SK SEDC, Sibu telah mencipta sejarah tersendiri dengan menduduki tempat ketiga secara keseluruhan daripada 28 buah sekolah yang mengambil bahagian. Ini merupakan pencapaian terbaik yang pernah dihasilkan oleh sekolah ini. Dalam kejohanan tersebut, atlet-atlet lelaki kategori B dan perempuan kategori B sekolah ini telah mengharumkan nama sekolah dengan masing-masingnya menjadi johan dan menduduki tempat ketiga secara keseluruhan. Pelari berganti-ganti 4 X 100 meter & 4 X 200 meter lelaki kategori B sekolah ini juga layak mendapat pujian kerana telah berjaya memadamkan rekod kejohanan untuk kedua-dua acara tersebut.
Secara keseluruhannya, kontigen sekolah tahun ini telah berjaya merangkul 6 pingat emas, 4 pingat perak dan 5 pingat gangsa. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet dan semua jurulatih sekolah yang telah berusaha dengan begitu gigih untuk mencapai kejayaan ini. Semoga kejayaan yang kita capai tahun ini menjadi titik permulaan dan perangsang bagi sekolah kita mencapai keputusan yang lebih gemilang pada tahun-tahun akan datang.
TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA WARGA SK SEDC, SIBU . SEDC BOLEH !
(Gambar Pertama-Dari Atas: Kontigen SK SEDC, Sibu bersama jurulatih dan Guru Besar - En. Tan Kuang Wui. Kelihatan juga dalam gambar dua piala yang berjaya dimenangi tahun ini, Gambar Kedua : Kelihatan Jurulatih Kontigen SK SEDC, Sibu-Ustaz Mohd Azrul dan Cikgu Geraman bersama atlet-atlet yang lain bersorak kegembiraan ketika melihat anak didik mereka mengecapi kejayaan di garisan penamat, Gambar Ketiga : Debaran jelas kelihatan di air muka dua jurulatih SK SEDC, Sibu - Cikgu Morris & Cikgu Hanita ketika melihat atlet-atlet didikan mereka bersaing sengit di trak, Gambar Keempat : Wira-wira SK SEDC, Sibu yang berjaya memadamkan rekod kejohanan 4 x 100 meter dan 4 X 200 meter lelaki Kategori B.

HEBAHAN PENGAMBILAN PEG. PERKHIDMATAN AWAM UNTUK BERKHIDMAT SBG. JURULATIH SENI GRED 29-44 (JAW TERBUKA) DI SEK. SENI M'SIA JOHOR BAHRU & KUCHING

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu dan Selamat berpuasa untuk warga sekolah yang beragama Islam.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) KPM bertanggungjawab dalam urusan pengambilan Jurulatih Seni bagi kedua-dua Sekolah Seni, iaitu Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru (SSeMJB) dan Sekolah Seni Malaysia Kuching (SSeMK). Sehubungan itu, Bahagian BSSK mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Jurulatih Seni di SSeMJB dan SSeMK mulai Januari 2010. Bagai guru-guru yang berminat, sila dapatkan Jadual Kerja Pengambilan Jurulatih Seni 2010 bagi Sekolah Seni Malaysia, Syarat-Syarat Kemasukan dan Borang Permohonan dari kerani sekolah pada waktu pejabat. Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dihantar melalui Guru Besar untuk mendapat sokongan sebelum dipanjangkan ke Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) di JPN dan seterusnya dihantar ke BSSK, KPM untuk pertimbangan dan kelulusan. Tarikh tutup permohonan di peringkat JPN, Sarawak ialah pada 02 September, 2009
Sebarang pertanyaan mengenai urusan pengambilan ini bolehlah menghubungi Urusetia Pengambilan, Puan Sazlina binti Mohad Tajri di Talian 03-888441026 / 0123536244
Sekian, harap maklum.

24 August 2009

SEAMEO - JASPER RESEARCH AWARD 2009

Salam Sejahtera dan Selamat berpuasa untuk semua warga SK SEDC, Sibu
Sekretariat SEAMEO menawarkan SEAMEO JASPER AWARD 2009 yang bertemakan Teachers: Professional Development in Southeast Asia.
SEAMEO JASPER RESEARCH AWARD merupakan geran tahunan yang disumbangkan oleh Kerajaan Kanada dan Sekretariat SEAMEO untuk kajian yang dijalankan oleh warga-warga dari Negara Anggota SEAMEO. Kajian yang terpilih akan menerima hadiah Cdn 250,000.00 dan sebuah plak penghargaan yang akan disampaikan semasa Persidangan Majlis SEAMEO di Filipina pada Januari 2010
Bagi warga sekolah ini yang berminat, sila dapatkan SEAMEO-JASPER RESEARCH AWARD ANNOUNCEMENT 2009 dan SUBMISSION FORM dari kerani sekolah pada waktu pejabat.. Submission Form bolehlah dihantar terus ke SEAMEO Sekretariat pada atau sebelum 30 Oktober 2009 seperti alamat berikut:
2009 SEAMEO-JASPER RESEARCH AWARD
THE DIRECTOR
SEAMEO SECRETARIAT
MOM LUANG PIN MALAKUL CENTENARY BUILDING
920 SUKHUMVIT ROAD
BANGKOK 10110, THAILAND
Tel: +66 (0) 2391-0144
Fax: +66 (0) 23812587

LARANGAN MENGGUNAKAN PENGARUH LUAR UNTUK MENDAPATKAN SESUATU JAWATAN NAIK PANGKAT DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Salam sejahtera dan selamat berpuasa kepada semua warga SK SEDC, Sibu.
Berikut di sampaikan intipati surat siaran/ surat pekeliling dari KPM berkenaan perkara yang tertera di atas merujuk kepada surat bil. KP. SULIT(TT)0163 JLD.2(41) bertarikh 12 Jun 2009 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk makluman semua staf.
Intipati surat:
Peraturan 4(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh
"(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, samada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain"
Walau bagaimanapun masih terdapat segelintir warga KPM yang terdiri daripada PPPS, PPPDL dan AKS yang telah cuba menggunakan pengaruh-pengaruh luar supaya nama mereka dipertimbangkan untuk menyandang sesuatu jawatan gred kenaikan pangkat di Kementerian ini. Jika perkara ini tidak dibendung dan dikawal, dikhuatiri ia boleh memberi satu gambaran yang kurang sihat di kaca mata orang ramai bahawa prinsip-prinsip pemangkuan dan penempatan seseorang PPPS atau PPPDL atau AKS untuk menyandang sesuatu jawatan gred kenaikan pangkat di Kementerian ini dibuat tanpa berasaskan kepada sesuatu kriteria yang jelas dan 'transparent' tetapi boleh dipengaruhi oleh pihak-pihak luar yang berpengaruh serta berkepentingan.
Mesyuarat Pengurusan KPM pada 03 Jun 2009 telah memutuskan mana-mana PPPS, PPPDL dan AKS yang berkhidmat di KPM yang cuba menggunakan pengaruh-pengaruh luar untuk mendapatkan sesuatu jawatan gred kenaikan pangkat di kementerian ini akan diambil tindakan prosiding tatatertib ke atas mereka.

29 June 2009

SURAT PEKELILING SPP BIL 2 TAHUN 2009 - TARIKH KUATKUASA PELANTIKAN TETAP BAGI CALON YANG GAGAL HADIR TEMUDUGA

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Surat daripada PPD Sibu bil. JPS(W)/PPGS(Perk)/153/07/06/05/(12) bertarikh 26 Jun 2009 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Sila dapatkan kandungan penuh pekeliling tersebut di atas dengan "clik di sini"
Sekian, terima kasih.

05 June 2009

TARIKH BARU PROGRAM KDP 14 MINGGU PRASARJANA MUDA PENGAJARAN AMBILAN JUN 2009

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu
Sukacitanya dimaklumkan bahawa tarikh semakan bagi calon yang berjaya ditawarkan ke dalam program tersbut boleh dibuat mulai 15 Jun 2009 di laman web KPM (www.moe.gov.my). Program tersebut akan bermula pada 29 Jun 2009 hingga 02 Oktober 2009
Sekian, harap maklum.

SIARAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (KDP) 14 MINGGU PENINGKATAN PROFESIONALISME AMBILAN 2009

Salam Sejahtera dan Selamat Hari Gawai Kepada Semua warga SK SEDC, Sibu
Untuk makluman, permohonan KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme boleh dibuat secara dalam talian sahaja dengan melayari internet di alatan URL, http://www.moe.gov.my. Borang yang telah dimuat turun hendaklah dicetak dalam 2 salinan dan hantar kepada Pengarah Pelajaran , Jabatan Pelajaran Sarawak (u.p. Unit Latihan Dan Kemajuan Staf) melalui Guru Besar sebelum atau pada 19 Jun 2009. Borang yang tidak lengkap dan borang yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan diproses.
Pemohon dinasihatkan melawat dan melayari dahulu laman web untuk meneliti e-panduan permohonan dan memahami dahulu cara-cara mengemukakan permohonan secara dalam talian ini.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembanguan dengan menghubungi pegawai-pegawai berikut:
ENCIK KUSWADY BIN CHIL 082-276235
ENCIK MUSTAFA BIN WASLI 082-276337

Sekian, harap maklum dan semoga berjaya.

05 April 2009

KURSUS KEJURULATIHAN HOKI PERINGKAT 1 ANJURAN PERSATUAN HOKI SARAWAK (SHA) DENGAN KERJASAMA GABUNGAN HOKI MALAYSIA (MHF)


Jurulatih Hoki SK SEDC, Sibu, Ustaz Dzulkhaini bin Mohamad Tajuddin merupakan salah seorang daripada 26 jurulatih hoki dari seluruh pelusuk negeri Sarawak yang dipilih untuk mengikuti Kursus Kejurulatihan Hoki Peringkat 1 anjuran Persatuan Hoki Sarawak (SHA) dengan kerjasama Gabungan Hoki Malaysia, Majlis Sukan Negara (NSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak yang berlangsung di Stadium Hoki Sarawak dari 24 Mac 2009 hingga 27 Mac 2009.

Kursus ini merangkumi undang-undang permainan, Perkeadahan dan Perancangan Melatih, Sains Sukan, Pemakanan, Psikologi Sukan, Pengurusan Kecederaan, Biomekanik dan Sesi Amali berkenaan kemahiran asas dan lanjutan dalam permaianan hoki.
Penyertaan Ustaz Dzulkhaini dalam kursus ini juga membanggakan seluruh warga sekolah ini kerana dalam kursus tersebut, beliau telah dipilih sebagai peserta terbaik keseluruhan dengan menjuarai bahagian Ujian Kemahiran, Pengajaran Amali dan Peperiksaan Teori.
Seluruh warga sekolah ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah atas kecemerlangan beliau itu. Kecemerlangan dan kepakaran yang dimiliki oleh beliau sudah tentu menjadi aset yang sangat berguna kepada sekolah khususnya dalam perkembangan hoki sekolah ini. Syabas dan tahniah sekali lagi Ustaz. SEDC Boleh !

24 March 2009

CERAMAH BAHASA OLEH DBP SARAWAK




Warga SK SEDC, Sibu berasa bertuah kerana pada 17 Mac 2008 (Selasa) sekolah ini telah dipilih sebagai tempat untuk mengadakan Ceramah Bahasa bertajuk "Penggunaan Bahasa Malaysia Yang Baik Dan Betul Dalam Urusan Rasmi" oleh Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sarawak. Ceramah itu telah disampaikan oleh Ketua Unit Pengembangan Bahasa, Dewan Bahasa & Pustaka, Cawangan Sarawak, Encik Zasran bin Abdullah. Seramai 30 orang guru sekolah ini telah mengikuti ceramah ini. Ceramah ini telah banyak memberi input kepada guru-guru khususnya guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dan guru-guru yang banyak terlibat dalam pentadbiran sekolah. Sesi perkongsian ilmu ini juga banyak mendedahkan kepada guru tentang penggunaan Bahasa Malaysia yang baik dan betul dalam penulisan dan percakapan kita seharian. Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa & Pustaka yang telah mengambil insiatif mengadakan ceramah sedemikian. Pihak sekolah juga tidak lupa merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru-guru yang telah meluangkan masa menghadiri ceramah ini. Sama-samalah kita berasa bangga dengan Bahasa Malaysia, Bahasa rasmi negara kita yang kita cintai ini.
(Gambar atas menunjukkan Guru Besar, SK SEDC, Sibu En Tan Kuang Wui bersama penceramah, Encik Zasran bin Abdullah, Ketua Unit Pengembangan Bahasa, Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sarawak dalam sesi ceramah tersebut dan Gambar bawah menunjukkan sebahagian daripada guru yang mengambil bahagian dalam ceramah tersebut)

01 February 2009

URUSAN PEMANGKUAN ANGGOTA KHIDMAT SOKONGAN (AKS) TAHUN 2009 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu,
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Pemangkuan Pembantu Am Pejabat Gred N1 ke Gred N4, Pembantu Tadbir Rendah N11 ke Gred N14, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 ke Gred N22 dan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 ke Gred N26 di Negeri Sarawak. Bagi staf sokongan yang berminat sila dapatkan maklumat terperinci tentang syarat-syarat permohonan yang ditetapkan dalam surat siaran yang boleh didapati dari Pembantu Tadbir sekolah.

16 January 2009

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN TAHUN 2009

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.
Berikut adalah maklumat yang dirasai boleh dikongsi bersama dengan semua staf untuk makluman

1. Penilaian UPSR Tahun 2009 - 08 - 10 September 2009
2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Ulangan) - 23 -24 Jun 2009
3. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Lisan - 13 - 24 Julai 2009
Bertulis - 19 - 21 Oktober 2009
26 - 27 Oktober 2009
4. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
(Amali Matapelajaran Aliran Vokasional) - 05 - 07 Oktober 2009
Untuk mendapatkan Takwin Peperiksaan 2009 Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, sila klik di sini.

13 January 2009

KEMUDAHAN TAMBANG PERCUMA MENGUNJUNG WILAYAH ASAL BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

Salam sejehtera semua warga SK SEDC, Sibu

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian semua staf SK SEDC, Sibu terhadap perkara tersebut di atas. Untuk mendapatkan keterangan yang lebih terperinci mengenai perkara ini sila dapatkan, baca dan fahami kandungan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Tahun 2008 yang boleh di muat turun di bawah ini.

Untuk memuat turun Pekeliling Perkhidmatam Bilangan 22 Tahun 2008 sila 'clik' di sini

SALAM TAHUN BARU 2009 DARIPADA GURU BESAR SK SEDC, SIBU

Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru semua warga SK SEDC, Sibu,

Terlebih dahulu, inzinkan saya sekali lagi mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua warga sekolah. Semoga tahun 2009 ini akan membawa lebih banyak tuah dan kebaikan kepada kita semua. Sama-samalah kita menadah tangan memohon kepada yang Maha Esa agar Tahun 2009 ini akan membawa tuah dan kita semua dikuniakan dengan kesihatan yang baik. Dengan kesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cikgu Sofiah binti Kapa yang telah berpindah ke stesyen baru di bahagian Sarikei. Segala jasa yang beliau taburkan selama perkhidmatan di sekolah ini akan menjadi ingatan abadi seluruh warga sekolah ini. Saya bagi pihak semua warga sekolah ini mengucapkan selamat maju jaya di stesyen baru beliau. Tidak lupa juga saya ingin mengambil peluang ini untuk mengalu-alukan kemasukan lima guru baru yang berpindah menjadi ahli baru sekolah ini. Mereka ini adalah seperti berikut:

1. Cikgu Madelene Anak Bilun (dari SK Abang Ali, Sibu)
2. Cikgu Wong Khiu Sieng (dari SK Sungai Passin, Daro)
3. Cikgu Norfatehah Teoh Abdullah (dari SK sentosa, Sibu)
4. Cikgu King Ai Hung (dari SK Ulu Sungai Siong, Sibu)
5. Cikgu Magdaline Emily Fraude (dari SJK Methodist, Sibu)

Saya yakin dan percaya dengan pengalaman luas dan kepakaran yang mereka berlima ini miliki boleh menjadi aset yang berharga kepada sekolah ini untuk terus meningkat dalam pelbagai bidang. Saya juga berharap mereka ini dapat cepat menyesuaikan diri dengan budaya kerja, keadaan sekeliling baru sekolah ini dan pergaulan profesional yang rapat sesama warga sekolah agar kehadiran mereka di stesyen baru ini akan membawa kebahagian kepada mereka berlima dan sekaligus dapat meningkatkan semangat kerja mereka untuk menyumbang kepada kemajuan dan peningkatan dalam semua bidang di sekolah ini.
SELAMAT BERTUGAS DAN SELAMAT MAJU JAYA.

19 November 2008

SURAT SIARAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN 14 MINGGU, PRASARJANA MUDA PENGAJARAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH AMBILAN FEB 09

Surat daripada Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia bil. kp(bpg)9131/15 Jld.6 (19) bertarikh 21 Oktober 2008 berkaitan.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru akan mengendalikan Program Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS). Program ini akan dikendalikan di semua Institut Pendidikan Guru yang kan bermula pada 23 Februari hingga 29 Mei, 2009
Kursus 14 Minggu ini bertujuan untuk memberi peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) memperkukuhkan pengetahuan asa dalam bidang tertentu sebelum meneruskan pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Jarak Jauh KPM OUM
Bagi guru-guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran yang lengkap daripada keranai sekolah pada waktu pejabat.
Setiap permohonan hendaklah dibuat secara 'online' dengan melayari internet http;//www.moe.gov.my (mulai 24 November 2008). Borang yang telah dimuat turun hendaklah dicetak dan dihantar kepada Pengarah pelajaran Sarawak (u.p Latihan dan Kemajuan Staf) melalui dan salinan Pegawai Pelajaran Gabungan Sibu dan Guru Besar (Sediakan 3 salinan borang permohonan - 2 salinan ke HQ dan 1 salinan untuk PPG Sibu) Tarikh tutup permohonan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak adalah pada 26 Disember 2008.

SURAT SIARAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (KDP) KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS (KSPK) SATU TAHUN, AMBILAN 2009

Surat bil. KP(BPG)9131/55 Jld. 9 (77) bertarikh 24 Oktober 2998 berkaitan perkara tersebut di atas dirujuk.
Antara intipati surat siaran tersebut adalah seperti berikut:
1. Bahagian Pendidikan Guru akan melaksanakan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) iaitu Kursus Sijil Perguruanj Khas (KSPK) Satu tahun di Institut Pendidikan Guru. Kursus ini akan bermula pada 04 dan 05 Januari 2009 dan terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah.
2. Permohonan KSPK hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) iaitu dengan melayari internet di alamat URL, http:www.moe.gov.my yang boleh dilayari mulai 29 Oktober 2008.
3. Bagi guru yang berminat, sila dapatkan surat siaran lengkap kursus daripada kerani sekolah pada waktu pejabat. Bidang-bidang kursus dan syarat-syarat kelayakan Am kursus yang ditawarkan juga terdapat dalam surat siaran tersebut.

SURAT SIARAN SEKATAN MENDUDUKI KURSUS PTK KEPADA CALON YANG TIDAK HADIR KURSUS PTK

Surat daripada Bahagian pembangunan Dan Penilaian Kompentensi, Kementerian Pelajaran Malaysia berbil. KP(BPPK) 111/6 (56) bertarikh 20 Oktober 2008 berkaitan perkara tersebut di atas berkaitan.
Intipati kandungan surat tersebut adalah seperti berikut.
1. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan kursus PTK kepada calon yang mendaftar dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Tawaran ini dimuatkan dalam Laman Web Kementerian dan seterusnya surat tawaran dikeluarkan kepada calon empat (4) minggu sebelum kursus bermula. Calon dikehendaki mengesahkan kehadiran selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum kursus bermula. Sebarang penarikan diri hendaklah dibuat dalam tempoh sepuluh (10) hari sebelum kursus bermula.
2. Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) mendapati terdapat calon yang telah mengesahkan kehadiran etapi gagal berbuat demikian tanpa memberi notis atau sebab-sebab yang munasabah.
3. Kegagalan calon untuk hadir menyebabkan KPM menanggung kerugian kos kerana tidak dapat menawarkan tempat kursus kepada calon lain yang layak. Oleh yang demikian, Lembaga Penilaian Kompetensi KPM telah menetapkan bahawa calon yang telah mengesahkan kehadiran tetapi gagal berbuat demikian tanpa memberi notis menarik diri atau sebab- sebab yang munasabah dikenakan sekatan iaitu tidak dibenarkan menghadiri Kursus PTK sekamaenam (6) bulan atau satu siri kursus mengikut mana yang terkamudian dikira dari hari pertama kursus PTK yang sepatutnya dihadiri oleh calon berkenaan. Peraturan ini akan mula dilaksanakan pada tahun 2009.
4. mulai tahun 2009, notis penarikan diri hendaklah dikemukan kepada BPPK dengan menggunakan Borang Permohonan Pengecualian Sekatan PTK (BPPSPTK - 1/2009) yang boleh dimuat turun melalui portal BPPK http:/apps.emoe.gov.my/bppk
Sekian , harap maklum

29 October 2008

PENEMPATAN JAWATAN PEN. KANAN DI SEK. REN. PPS GRED 41 SECARA KUP

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat pada Mesyuarat Bil. 5/2007 bertarikh 09 November 2007 telah bersetuju untuk menempatkan Cikgu Basri bin Haji Wasli sebagai Penolong Kanan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred 41 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di SK SEDC, Sibu, jawatan hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred 32 berkuatkuasa 01 Januari 2008.
Sehubungan dengan itu, seluruh warga SK SEDC, Sibu ingin mengambil peluang untuk mengucapakan setinggi-tinggi tahniah dan turut bangga atas kejayaan beliau menyandang jawatan tersebut. Dengan perlantikan tersebut, sudah tentu akan menyuntik semangat beliau untuk meneruskan kecemerlangan tugas beliau.

24 October 2008

MESYUARAT PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH TAHUN 2008

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan perkara di atas akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 27 Oktober, 2008 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat: Bilik Perkembangan Staf Sekolah
Kehadiran : Semua Staf (Akademik & Sokongan)

22 October 2008

PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (SIDANG AKADEMIK 2009/2010

Salam Sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu
Berikut adalah iklan berkenaan peluang pendidikan di universiti tersebut di atas.
RANCANGAN IJAZAH YANG DITAWARKAN:
1. Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan
Major : Ekonomi, Sains politik atau Antropologi-Sosiologi
2. Sarjana Muda Sastera
Major : Sejarah, Kesusasteraan atau Geografi
3. Sarjana Muda Sains
Major : Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik
4. Sarjana Muda Pengurusan
Major : Kewangan, Pemasaran atau Pengurusan Organisasi

SYARAT KEMASUKAN
- STP/HSC/STPM - sekurang-kurangnya 3 prinsipal
- Diploma
- SPM/MCE/SPVM dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun

KAEDAH PEMBELAJARAN
- Modul Pembelajaran Kendiri
- Portal E-Pembelajaran
- Sidang Video
- Web Conferencing

PUSAT PEMBELAJARAN
Arau, Alor Star, Pulaiu Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu

Permohonan Secara Online : www.usm.my/kemasukan/ppjj
Tarikh Tutup Permohonan: 04 November 2008

Untuk keterangan lanjut berkenaan iklan ini, sila dapatkan salinan iklan tersebut daripada kerana sekolah pada waktu pejabat

07 October 2008

LARIAN 45 TAHUN SARAWAK

Sukacitanya dimaklumkan kepada semua warga SK SEDC, Sibu bahawa Persatuan Melanau Sibu akan menganjurkan Larian seperti yang tersebut di atas pada 1 November 2008 bertempat di Dataran Sibu, Sibu. Kategori pertandingan adalah seperti berikut:
1. Lelaki 16 tahun hingga 45 tahun (10 km)
2. Lelaki (pegawai kerajaan) 45 tahun (5 km)
3. Lelaki 12 tahun hingga 15 tahun (5 km)
4. Perempuan 16 tahun hingga 40 tahun (10 km)
5. Perempuan (pegawai kerajaan) 40 tahun (5 km)
6. Perempuan 12 tahun hingga 15 tahun (5 km)

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 oktober 2008

Bagi warga sekolah yang berminat, sila dapatkan borang penyertaan daripada Cikgu Salleh (Penolong Kanan KK)

08 September 2008

PENILAIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2009

Salam sejahtera semua warga SK SEDC,

Mulai esok ia itu 09.09.2008, selama tiga hari berturut-turut hingga 11.09.2008 semua pelajar tahun 6 sekolah ini akan mula menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mengukur pencapaian sebenar apa yang pelajar dapat selama 6 tahun belajar di sekolah rendah. Semua pelajar yang bakal menduduki ujian ini (UPSR) diharap sudah cukup bersedia untuk menempuh ujian ini. Bagi pihak sekolah, kita ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar kita. Kita juga berdoa kepada yang Maha Kuasa untuk memberi rahmat dan petunjuk serta menenangkan jiwa setiap pelajar kita agar mereka dapat menghadapi ujian ini dengan tenang dan akhirnya akan mendapatkan keputusan yang membanggakan.

Pihak sekolah juga ingin merakam setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan semua guru SK SEDC, Sibu khususnya guru-guru tahun enam yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga menyediakan kumpulan pelajar ini menghadapi ujian tahun ini.
Sama-sama kita berdoa semoga semua pelajar kita akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang tahun ini..

05 September 2008

PEMBERITAHU PENEMPATAN KE JAWATAN HAKIKI PPPLD GRED DGA32


Tahniah! Tahniah! Tahniah! Seluruh warga SK SEDC, Sibu ingin merakam ucapan tahniah dan berkongsi gembira serta bangga bersama-sama Cikgu Marian @ Mariam Binti Saibon (PPPLD Gred DGA32KUP) yang telah dinaikkan pangkat ke PPPLD Gred DGA32 (Hakiki) dan dikekalkan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah ini mulai 01 Januari 2008 melalui surat daripada Jabatan Pelajaran Sarawak bil. JPS(W)/SPPP(unp)/153/08/13/04/15(208) bertarikh 02 September 2008.

Dengan kenaikan pangkat ini sudah pasti akan menjadi dorongan dan perangsang kepada beliau untuk terus mengekalkan kecemerlangan prestasi kerjanya.