SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

26 January 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA - TAHUN ARNAB (2011)


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA WARGA SK SEDC, SIBU YANG MERAYAKANYA. SEMOGA TAHUN ARNAB INI AKAN MEMBAWA TUAH, REZEKI DAN KESIHATAN YANG BAIK KEDAPA SEMUA.

HAPPY CHINESE NEW YEAR. YEAR OF THE RABBIT.


Greeting From: Tan Kuang Wui & Family.

25 January 2011

TAKWIM KURSUS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2011

Surat bil. KP(PP)0047/228(47) dari Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 06 Januari 2011 berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan.
Bagi staf yang ingin mengikuti kursus yang terdapat dalam senarai Takwim tersebut , sila dapatkan salinan senarai tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.
Adalah diharapkan agar kursus-kursus yang disediakan ini dapat membantu meningkatkan prestasi, produktiviti dan kualiti perkhidmatan warga sekolah ini.

19 January 2011

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2011

Berikut disertakan takwim peperiksaan awam Tahun 2011 untuk makluman dan tindakan semua staf SK SEDC, Sibu (untuk mendapatkan takwim tersebut, sila  klik di sini)

18 January 2011

CADANGAN TEMA PERAYAAN HARI GURU 2011

Surat bil. JPS(W)/PPDS(ups)/153/PPDS(Ups)/02/13/07/Jld.9(29) dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bertarikh 10 Januari 2011 berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan.

Sehubungan dengan itu, semua guru digalakkan untuk mengemukan cadangan tema perayaan (dua sahaja) kepada Urus setia Peringkat Negeri di sektor Pengurusan Sekolah. Semua tema yang bakal diterima oleh Jabatan Negeri Sarawak akan dinilai dan disaring sebelum dipanjangkan kepada Urus Setia Jawatankuasa Induk Peringkat kebangsaan. Tarikh akhir hantar ialah pada  20 Januari 2011. Bagi guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

25 December 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL (MERRY CHRISTMAS)

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL (MERRY CHRISTMAS) & SELAMAT TAHUN BARU (2011) KEPADA SEMUA WARGA SK SEDC, SIBU


16 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

SELAMAT HARI RAYA ADIL ADHA KEPADA SEMUA WARGA MUSLIM SK SEDC, SIBU


26 October 2010

PELAKSANAAN SISTEM ePENYATA GAJI DAN eLAPORAN

Untuk Makluman Semua Staf SK SEDC, Sibu

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai Oktober 2010, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan Sistem ePenyata gaji dan eLaporan. Ini juga bermakna JANM tidak akan lagi menghantar Penyata Gaji kepada individu mulai bulan Oktober 2010. Individu boleh mengakses dan mencetak sendiri penyata gaji masing-masing sehari sebelum tarikh pembayaran gaji setiap bulan dengan melayari laman sesawang Jabatan akauntan Negara Malaysia seperti berikut:


Jika ada kemusykilan berhubung perkara di atas, sila hubungi En. Fadzillah atau En. Fadilah Bin Sophian di Pejabat Pelajaran Daerah Sibu pada waktu pejabat (Tel: 084-330544)

22 October 2010

KEPUTUSAN UJIAN KHAS PTK 2010 BAGI ANGGOTA KHIDMAT SOKONGAN (AKS) GRED 1-16

Untuk makluman dan tindakan semua AKS SK SEDC, Sibu yang berkaitan.

Surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak bil. JPS(W)/SPPP(upk)/153/08/03/05Jld.3(65) bertarikh 05 Oktober 2010 berkenaan perkara tersebut diatas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa calon-calon yang telah menduduki ujian tersebut boleh menyemak Keputusan Ujian Khas PTK  Tahun 2010 di laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan melayari laman web http://apps.emoe.gov.my/bppk di bawah ruangan Ujian Khas PTK.

Satu (1) Salinan Keputusan Ujian tersebut mesti dihantar ke Unit Penilaian Kompetensi, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak untuk tujuan rekod.

MEMUAT TURUN DAN MENCETAK KEPUTUSAN PENILAIAN PEMAHAMAN PTK TAHUN 2010 SECARA ONLINE

Untuk makluman semua staf SK SEDC, Sibu.

Surat siaran bil. JPS/(W)SPPP(upk)/153/08/03/08/Jld.2 (20) dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak bertarikh 30 September 2010 berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan.

Untuk makluman, calon-calon yang telah menduduki Ujian Penilaian Pemahaman PTK Tahun 2010 boleh memuat turun dan mencetak keputusan PTK masing-masing di laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia di http://apps.emoe.gov.my/bppk/.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Unit Penilaian Kompetensi Jabatan di talian 082-276292 atau 082-276315

18 October 2010

LIPUTAN KEMBARA SENI 2010 DALAM RANCANGAN KOPA KOPI - TV1 RADIO TELEVISYEN MALAYSIA

Untuk makluman dan tindakan semua staf SK SEDC, Sibu,
Sukacita dimaklumkan bahawa tentang perubahan tarikh penyiaran kembara seni melalui Rancangan Kopa Kopi TV1 RTM pada 18 Oktober 2010 (Isnin) jam 2.15 petang diubah kepada 1 November 2010, Isnin jam 2.15 petang.

Sekian, harap maklum.

07 October 2010

INSTITUSI SEKOLAH SEBAGAI TEMPAT MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM

Untuk makluman dan tindakan semua staf SK SEDC, Sibu.

Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan terdapatnya segolongan kecil warga sekolah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman serta tidak sensitif kepada usaha-usaha Kerajaan untuk menjadikan sekolah sebagai tapak untuk menyemai Semangat 1 Malaysia.

Sekiranya wujud serta ada kebenaran akan perkara seperti ini berlaku, Kementerian tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana warga pendidikan sama ada Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru serta kakitangan sekolah yang mempunyai sikap rasis sama ada dengan menggunakan kata-kata, perbuatan atau penulisan. Tindakan tegas akan diambil jika terbukti kesalahn mereka. Ini selaras dengan peringatan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran supaya tindakan tegas harus diambil terhadap sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman agar ia tidak menimbulkan natijah yang buruk.

Sekolah adalah merupakan tempat untuk mengukuhkan perpaduan kaum, justeru Ketua Pengarah Pelajaran menyeru serta meningatkan semua warga sekolah supaya sentiasa berhemah semasa melaksanakan tugas dan sentiasa sensitif kepada hasrat Kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini sesuai dengan Konsep 1 Malaysia.

23 September 2010

PERAKUAN PENGURNIAAN PINGAT PERKHIDMATAN SETIA

Dimaklumkan bahawa Unit Pentadbiran Am (UPA), Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS) telah mengemukakan perakuan untuk Pengurniaan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) bagi pegawai dan kakitangan Jabatan ini secara berperingkat ke Unit Pengurusan Sumber Manusia, JKM melalui surat Jabatan bil.JPS(W)/SK2P(Pam)/153/08/15/05/JId.5(23) bertarikh 06 September 2010 untuk pertimbangan serta kelulusan pihak Urusetia selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, status perakuan bagi pegawai dãn kakitangan di bawah seliaan masing-masing boleh disemak melalui laman sesawang Jabatan di alamat www.moe.gov.my/jpnsarawak. Pegawai dan kakitangan yang diluluskan akan dimaklumkan sebaik sahaja keputusan pengurniaan tersebut diterima daripada pihak berkenaan. Sebarang kemusykilan, pihak tuan boleh menghubungi pegawai-pegawai di Jabatan ini di talian 082-276232 / 082-276342 /082- 276228 

22 September 2010

TAKLIMAT / KAUNTER ZAKAT

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Tabung Baitulmal Sarawak ada menyediakan Skim Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji bagi memudahkan kakitangan yang beragama Islam menunaikan kefardhuan berzakat. Di antara kelebihan-kelebihan skim ini adalah seperti berikut:-

i.    Menyempurnakan Rukun Islam
ii.   Membayar Zakat Pendapatan secara beransur-ansur dan sangat mudah
iii.  Mengelak daripada terlalai atau terlupa
iv.  Mendapatkan rebat cukai pendapatan secara automatik sama ada mengurangkan atau memberhentikan Potongan Cukai Berjadual (PCB) bulanan
v.  Pendapatan bersih, berkat, suci dan subur

Sehubungan dengan itu Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Sibu akan mengadakan Taklimat / Kaunter Zakat di sekolah SK SEDC, Sibu seperti tarikh dan masa berikut. Semua kakitangan sekolah (kakitangan akademik & bukan akademik) yang beragama Islam diwajib hadir.

Tarikh : 05 Oktober, 2010 (Khamis)
Masa :  10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Bilik Perkembangan Staf Sekolah

Sekian. Harap maklum.

09 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA WARGA SK SEDC, SIBU YANG BERAGAMA ISLAM.

DARIPADA:
GURU BESAR,
SK SEDC, SIBU

26 August 2010

KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI MAMPU

Kajian ini dibuat bagi menkaji keberkesanan inisiatif promosi MAMPU, menilai tahap kesedaran orang ramai terhadap promosi Sistem Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam oleh MAMPU dan menambahbaik program promosi yang telah telah dibuat.

Sehubungan itu, memohon jasa baik semua kakitangan sekolah (guru dan staf sokongan) untuk menjawab soalan-soalan kajian dengan melayari Portal My Gov : www.malaysia.gov.my

PELANCARAN SALURAN PENDIDIKAN BARU ASTRO TUTOR TV

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kampus Astro telah melancarkan saluran pendidikan baru Astro yang dikenali sebagai "ASTRO TUTOR TV" pada 18 Julai 2010 dan akan tamat pada 23 September 2010. Rancangan ini akan dipancarkan melalui saluran 100. Saluran ini adalah satu saluran sementara yang akan menawarkan pembelajaran interaktif khususnya bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Astro Tutor TV adalah satu rancangan yang padat dengan program berbentuk format ulangkaji interaktif bagi matapelajaran utama UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Program ini diselitkan juga maklumat yang berguna kepada pelajar seperti penjagaan kesihatan, meningkatkan motivasi dan tip belajar secara efektif. Pelajar boleh menggunakan fungsi butang merah alat kawalan jauh Astro untuk fungsi interaktif bagi mendapatkan panduan dan kuiz. Tempoh setiap episod di antara 15 hingga 30 minit, sarikata dalam Bahasa Nalaysia dan Mandarin.

Diharapkan semua guru yang mengajar matapelajaran teras Tahun 6 mengetahui kewujudan program ini dan seterusnya menfaat sepenuhnya program ini.

JEMPUTAN MENYUMBANG DAN MENJADI PENILAI ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Surat dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.7 (88) bertarikh 23 Ogos 2010, surat dari JPN Sarawak Bil. JPS(W)/SPS(pp)/153/07/09/03/Jld.7(92) bertarikh 03 Ogos 2010 dan surat dari BPG, KPM bil. KP(BPG)9499/900/1(46) bertarikh 23 Jun 2010 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Bagi kakitangan akademik sekolah ini yang berminat untuk menyumbang artikel untuk dimuatkan dalam Jurnal ini, sila dapatkan maklumat  terperinci dan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat. Tarikh tutup penyerahan artikel kepada Ketua Editor adalah pada 30 Ogos 2010.

20 August 2010

SEKOLAH DAPAT DUA HARI CUTI TAMBAHAN AIDILFITRI

Artikel "Sekolah Dapat Dua Hari Cuti Tambahan Aidilfitri" dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Ogos 2010 dirujuk.
Maklumat terakhir yang diperolehi dari PPD Sibu mengatakan bahawa cuti tersebut hanya melibatkan sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah Asrama Harian yang mempunyai ramai pelajar Islam. Ia sama sekali tidak melibatkan sekolah-sekolah yang tidak mempunyai penghuni asrama.

Sekian, harap maklum.

PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM akan melaksanakan pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM) kepada semua warga pendidik.
Maklimat lanjut berhubung perkara di atas dapat dicapai dan muat turun dari laman web Bahagian Pendidikan Guru iaitu:

atau

18 August 2010

KUTIPAN DERMA IKHLAS BAGI KELUARGA MANGSA KEMALANGAN ALLAHYARHAMAH USTAZAH RASHIDAH BINTI MOHAMAD

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Ustazah Rashidah bt. Mohamad (No. KP: 891021-13-5732) yang bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih di SJK Kwong Hua, Sibu telah terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya pada 12 Ogos 2010. Beliau telahpun kembali ke rahmatullah pada hari tersebut juga.

Sehubungan itu, pihak pejabat PPD Sibu dengan rendah hati memohon kerjasama daripada semua Guru Pendidikan Islam sekolah dan semua warga sekolah yang lain menghulurkan derma ikhlas bagi meringankan beban keluarga allahyarhamah.

Semua derma ikhlas daripada warga sekolah boleh disampaikan kepada KPT sekolah sebelum atau selewat-lewatnya pada 27 Ogos 2010 supaya sumbangan tersebut dapat disampaikan ke Unit Pendidikan Islam PPD Sibu sebelum atau pada 30 Ogos, 2010.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD (YGMB)

Bagi guru-guru yang berminat untuk menjadi ahli kepada YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD (YGMB), sila dapatkan borang permohonan keahlian daripada Guru besar pada waktu pejabat. Yuran menjadi keahlian adalah seperti berikut:
a) Yuran Pendaftaran: RM 10.00
b) Yuran Tahunan      :RM 24.00
c) Yuran Ahli Seumur Hidup: 500.00

** Segala bayaran hendaklah atas nama "Yayasan Guru Malaysia Berhad" Sila tambah 50 sen komisen bank bagi cek luar Kuala Lumpur.

29 July 2010

LAMAN SESAWANG SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK (SBP)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) telah membangunkan laman sesawang Bahagian bagi tujuan hebahan dan pemberitahuan informasi terkini.
Sehubungan itu, semua warga sekolah boleh melayari sesawang Sektor Pengurusan Akademik SBP (SPA) melalui laman sesawang tersebut atau secara terus di alamat:

Sebagai makluman semua, SPA akan menggunakan laman sesawang ini sebagai salah satu medium untuk menyampai dan menghebahkan maklumat terkini. Pihak sekolah berharap semua warga sekolah akan dapat memanfaatkan sepenuhnya laman sesawang ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai laman sesawang SPA, sila hubungi terus Cik Suraya Hani bt. Mohd Lasim di talian 019-3300911 atau email kepada : surayasbp@gmail.com


22 July 2010

PERADUAN PENULISAN DAN KARYA KREATIF HARI GURU XXIV 2010/2011

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Peraduan Tahunan ini yang telah diadakan sejak 1988 telah dibuka semula tahun ini kepada semua kakitangan perkhidmatan pendidikan dan guru pelatih di institusi-institusi perguruan di Sarawak.
Semua genre hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja kecuali cerpen yang boleh ditulis dalam Bahasa Iban atau Bahasa Inggeris. Semua pemyertaan yang diterima selepas 30.01.2011 tidak akan dihakimi.
Bagi warga sekolah yang berminat menyertai peraduan ini, sila dapatkan salinan brosur untuk mengetaui maklumat terperinci dan borang penyertaan dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

TIP DAN LATIHAN KERTAS PERCUBAAN UPSR/PMR/SPM 2010

Sukacitanya dimaklumkan kepada semua staf sekolah khususnya guru-guru yang mengajar matapelajaran teras tahun enam bahawa kertas latihan percuma dari Jabatan Pelajaran setiap negeri dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan jawapannya sekali serta tip peperiksaan boleh didapati secara percuma di laman sesawang seperti berikut:

13 July 2010

URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DGA32, DGA38, DG44, DG48 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA32 (KUP) hingga Gred Khas C (KUP) bagi tahun 2010. Bagi guru-guru yang berminat dan berkelayakan sila layari laman web berikut untuk memuatturunkan surat siaran, borang permohonan dan lampiran-lampiran (lampiran A1-A3, B, C, D, E & t1) yang berkaitan atau dapatkan bahan-bahan tersebut dari Ketua Pembantu Tadbir Sekolah pada waktu pejabat. Tarikh tutup permohonan di peringkat PPD Sibu ialah pada 16 Julai 2010.