SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

20 February 2013

LAMAN WEB “ENGAGING MALAYSIAN SCHOOL IN ENGLISH”(EMSE)



Salam sejahtera semua Warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(w)/PPDS(upa)/153/06/08/17(01) bertarikh 18 Februari, 2013 dan surat siaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia bil KP(BPK)700-10 Jld.3(14) bertarikh 23 Januari 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak British Council Malaysia dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah siap membangunkan satu laman web yang dikenali sebagai “Engaging Malaysian Schools In English” (www.emse.com.my). Laman web ini dibangunkan sebagai salah satu inisiatif untuk menjayakan dasar MBMMBI.

Pihak sekolah berharap semua guru bahasa Inggeris sekolah dapat mendaftar sebagai ahli laman web tersebut dan mengoptimunkan penggunaannya bagi membantu meningkatkan profesionalisme mereka.

Sebarang pertanyaan tentang laman web tersebut boleh diajukan kepada Encik Rosdy B. Wahid di talian 03-88842089 atau 03-88842336

01 February 2013

BENGKEL UJIAN PENILAIAN DISLEKSIA


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Disleksia Malaysia akan mengadakan Bengkel Ujian Penilaian Disleksia seperti pada buturan berikut:

Tarikh : 13 & 14 April, 2013 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dewan Besar,
Tingkat 22, Bangunan LPPKN,
Jalan Raja Laut,
53502 Kuala Lumpur

Yuran : RM 450 (dibiayai oleh peserta sendiri)

Bagi guru-guru yang berminat sila dapatkan salinan surat dari Persatuan Disleksia Malaysia bertarikh 20 Disember. 2012 daripada KPT sekolah pada waktu pejabat.

Sekian, harap maklum.

NOTIS PEMBAYARAN KEPADA PENERIMA BAYARAN


Salam sejahtera kepada semua staf SK SEDC, Sibu. 

Memo perhubungan dari PPD Sibu bertarikh 30.01.2013 berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Notis daripada Jabatan Akauntan Cawangan Sibu mengkehendakkan semua borang tuntutan yang dihantar ke pejabat PPD Sibu wajiblah dilengkapi dengan alamat e-mail atau nombor telefon bimbit mulai Januari 2013. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan borang tuntutan tersebut dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses untuk pembayaran.

Sekian, harap maklum.

23 January 2013

PERMOHONAN PROGRAM SIJIL KELAYAKAN PROFESIONAL UNTUK PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) BAGI TAHUN 2013 ANJURAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB)


Salam sejahtera semua staf SK SEDC, Sibu

Surat iringan dari Pegawai Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/04/Jld.5(04) bertarikh 18 Januari 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan Program Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan / “National Profesional Qualification for Education Leaders” (NPQEL) di bawah Program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Akademik untuk Pegawai Perkhidmatan (PPP) yang layak. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning supaya PPP yang memohon tidak perlu mohon Cuti Belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Mulai tahun 2013 peserta daripada Sarawak yang terpilih akan mengikuti program ini di pusat pembelajaran yang bertempat di Sarawak. Selain itu, segala kos perjalanan perserta Ambilan 2013 dan ambilan seterusnya akan ditanggung oleh pihak IAB.

Bermula tahun 2013 juga, permohonan bagi mengikuti Kursus NPQEL boleh dibuat sepanjang tahun secara atas talian di laman sesawang http://www.iab.moe.gov.my/npqel.

Permohonan yang dibuat hendaklah memenuhi syarat yang telah ditetapkan dan dikemukakan kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan dengan menghubungi pegawai-pegawai berikut:

Encik Kuswady Bin Chil (082-473410)
Puan Noorlela Bt Mohd Suhaili (082-473425)

PERUBAHAN TARIKH TAKLIMAT MENGENAI PROGRAM AKADEMIK EKSEKUTIF SARJANA PENDIDIKAN DARIPADA UNIVERSITI SULTAN IDRIS


Salam sejahtera semua staf SK SEDC, Sibu

Surat iringan dari Pegawai Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/03/Jld.10(22) bertarikh 18 Januari 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa UPSI Holdings Sdn Bhd dengan kolaborasi Universiti Pendidikan Sultan Idris sedang mempromosikan Program Eksekutif Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan), Sarjana Awal Kanak-Kanak, Sarjana Pendidikan Sains Sukan, Sarjana Pendidikan TESL, Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu, Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan lain-lain lagi program mengikut permintaan kepada guru-guru di kawasan Sibu yang berminat untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana.

Merujuk surat UHSN/COO/1338, tarikh taklimat adalah pada 26.01.2013 (Sabtu) tetapi pihak UHSB mendapat maklumat bahawa pada tarikh tersebut guru-guru di kawasan Sibu terpaksa menghadiri kelas ganti sempena Tahun Baru Cina. Oleh disebabkan itu, tarikh taklimat akan diubah seperti butiran-butiran berikut:

Tarikh : 27 Januari, 2013 (Ahad)
Waktu : 10.30 pagi
Tempat : Hotel RH, Sibu, Sarawak

09 January 2013

SIBU KIDNEY FOUNDATION OPEN HOUSE


Sukacitnya dimaklumkan bahawa "SIBU KIDNEY FOUNDATION" akan mengadakan HARI TERBUKA pada tarikh berikut:

Tarikh : 12.01.2013 (Sabtu)
Tempat : Sibu Kidney Foundation
Masa : 7.00 pagi - 9.00 pagi
No. Kontek: 084-343500 

Semua warga sekolah dijemput untuk menyertai pemeriksaan kesihatan dengan bayaran istimewa sambil menderma & membuat kerja amal kepada yayasan tersebut sempena hari terbuka tersebut.
Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan brocer yang sudah dihantar ke email masing-masing.