Surat siaran bil. JPS(W)/SK2P(Lat)/153/08/03/01/07(3) dari Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan, Jabatan Pelajaran Sarawak bertarikh 09 Februari 2011 bekenaan perkara tersebut di atas berkaitan.
Adalah dimaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini, didapati ada sebilangan PPPBS yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Pendidikan Jarak Jauh/Sambilan (Persendirian) tidak mengikut garis panduan yang telah disediakan. Oleh yang demikian, Garis Panduan Bagi Mengikut Program Ijazah Sarjana Muda PPPBS Secara Pendidikan Jarak jauh/Sambilan (Persendirian) telah dikemaskini mengikut keperluan semasa mulai Januari 2011.
Untuk makluman, semua PPPBS yang ingin mendaftar di IPTA/IPTS hendaklah terlebih dahulu mengisi borang PJJ A (Pindaan 2009) yang telah disahkan oleh ketua jabatan dan disokong oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
Sehubungan dengan itu juga, PPPBS yang ingin mengikuti program tersebut secara persendirian hendaklah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Garis panduan tersebut boleh didapati dengan melayari laman web Bahagian Pendidikan Guru di alamat http://apps.moe.gov.my/bpg atau KLIK SINI.
No comments:
Post a Comment