SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

05 December 2012

PERATURAN PERJALANAN PEGAWAI AWAM KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN – SURAT PEKELILING AM BILANGAN 3 TAHUN 2012



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia khususnya warga SK SEDC, Sibu 

Surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPGS(Perk)/153/07/06/07/(09) bertarikh 22 November, 2012 & surat siaran dari Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan, JPN Sarawak bil. JPS(W)SK2P(kmdh)/153/04/04/08 Jld.3(19) bertarikh 01 November 2012 masing-masing berketerangan sendiri berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Untuk makluman, kuasa melulus lawatan persendirian ke luar Negara adalah Pengarah Pelajaran Negeri dan permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk kelulusan sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tarikh lawatan.

Arahan ini berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan dan pihak Jabatan tidak akan meluluskan sebarang permohonan yang dihantar kurang daripada tempoh yang ditetapkan.

Untuk mendapat maklumat terperinci, sila rujuk kepada salinan surat serta borang-borang yang perlu  digunakan (Lampiran 1 & 2) untuk membuat permohonan yang telah dihantar ke email masing-masing. (untuk warga SK SEDC,Sibu Sahaja)

No comments: