Salam sejahtera & salam 1
Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu
Surat siaran dari JPN Sarawak bil.
JPS(W)/SK2P(LAT)/153/08/02/01/Jld2(36) dan surat iringan dari PPD Sibu bil.
JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/04/ld.5(11) bertarikh 12 April, 2013 berkenaan
perkara tersebut di atas dirujuk.
Program Kelayakan Profesional
Pemimpin Pendidikan Kebangsaan /National Profesional Qualification for
Educational Leaders (NPQEL) merupakan satu inisiatif Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk memperkasa pengurusan dan kepimpinan sekolah dengan menyediakan
satu kelompok pemimpin pelapis sekolah yang bersedia memikul tanggungjawab
kepimpinan sekolah yang kian mencabar.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2015, salah satu inisiatif untuk melonjakan kualiti pendidikan
Negara ialah dengan memantapkan kepimpinan serta pengurusan sekolah dan NPQEL
menjadi satu wadah terpenting kearah merealisasikan hasrat ini.
Sehubungan dengan itu, pegawai di
peringkat sekolah yang berminat laluan kerjaya sebagai bakal pemimpin peringkat
sekolah digalakkan untuk memohon kursus ini.
Bagi pegawai/guru yang berminat,
sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat
untuk rujukan dan tindakan.
Salinan surat siaran dalam bentuk
“soft copy” juga telah dihantar melalui email kumpulan sekolah (sksedc@yahoogroups) kepada kepada semua
staf sekolah ini.
Sekiranya tuan/puan menghadapi
sebarang masalah/kemusykilan tentang perkara ini, sila berhubung terus dengan
Puan Noorlela bt. Mohd Suhaili di talian 082-473425 atau Encik Shahrinaz Bin
Barahim di talian 082-473424.
No comments:
Post a Comment