SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

04 March 2011

SUMBANGAN WAJIB MAJLIS TADARUS AL-QURAN BAHAGIAN SIBU 2011

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia kepada semua staf SK SEDC, Sibu.

Surat iringan daripada PPD Sibu bil. JPBS/(W)?PPGS(upim)/153/05/06/46/0Jld.2(36) bertarikh 25 Februari 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Untuk makluman semua warga sekolah khususnya yang beragama Islam, bahawa  Jawatankuasa Majlis Tadarus Al-Quran Bahagian Sibu pada 17 Januari 2011 telah bersetuju menetapkan kutipan untuk tahun 2011 dipanjangkan ke semua sekolah yang ada kakitangan Islam seperti berikut:

1. Guru Islam - RM 10.00 seorang
2. Kakitangan Sokongan (Islam) - RM 5.00 seorang dan
3. Guru dan Kakitangan bukan Islam Seikhlasnya.

Semua wang kutipan dan sumbangan hendaklah dibayar kepada KPT Sekolah (En. Haji Saini) pada waktu pejabat sebelum 25 Mac, 2011 bagi membolehkan pihak sekolah menghantar kutipan & sumbangan tersebut ke Unit Pendidikan Islam & Moral, Pejabat Pelajaran Daerah Sibu sebelum 28 Mac, 2011.
Kerjasama semua warga sekolah dalam menjayakan kutipan ini sangat-sangatlah diharapkan dan didahului dengan ribuan terima kasih.



PRODUK BARU YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD (YGMB)

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu  
Dengan segala hormatnya surat iringan daripada PPD, Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.9(65) bertarikh 25 Februari 2011 dan surat daripada Pengarah pelajaran Sarawak, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak bil. JPS(W)/SPS(pp)/153/07/09/03/Jld.10(18) bertarikh 31 Januari 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Bersama ini disertakan Brosur yang berketerangan sendiri untuk makluman dan rujukan kalian semua.

03 March 2011

JEMPUTAN PERTANDINGAN ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2011

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua  warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran bil. JPS(W)/PPGS(Upk)153/05/06/24/Jld.(23) bertarikh 28 Februari 2011 bekenaan perkara tersebut berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan mulai tahun 2005, Kerajaan telah mengisytiharkan 26 April sebagai hari Harta Intelek Negara. Pada masa yang sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah mempekenalkan Anugerah Harta Intelek Negara sejak 2005. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada perekacipta/pencipta harta intelek atas subangan harta intelek mereka dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Bersempena sambutan Hari harta Intelek negara 2011 (HHIN11), KPDNKK menerusi MyIPO, sekali lagi menganjurkan Anugerah Harta Intelek Negara 2011 (AHIN'11)

Sehubungan itu, semua staf dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Tarikh akhir penerimaa pentertaan ialh pada 25 Mac, 2011. Iklan dan borang penyertaan pertandingan boleh didapati di laman web MyIPO di www.myIpo.gov.my.

02 March 2011

PERMOHONAN PERTUKARAN BAGI ANGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN DALAM BAHAGIAN SIBU

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu.
Surat siaran bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/13/03/03/Jld.6(152) bertarikh 24 Februari, 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sehubungan itu, sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan pertukaran Anggota Kakitangan Sokongan untuk tahun 2010 telah selesai diedarkan. namun bagi pemohon yang belum menerima jawapan sehingga tarikh surat ini dikeluarkan sila maklum bahawa permohonan tuan/puan adalah tidak diluluskan.

Dengan ini permohonan pertukaran Anggota Kakitangan Sokongan untuk tahun 2011 boleh dikemukakan kepada Pegawai pelajaran Daerah Sibu mulai sekarang sehingga tarikh tutup 31 Oktober 2011. Sila dapatkan borang permohonan dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu.

Sekian, harap maklum.

23 February 2011

GARIS PANDAN MENGIKUT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAGI PPPBS SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH/SAMBILAN

Surat siaran bil. JPS(W)/SK2P(Lat)/153/08/03/01/07(3) dari Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan, Jabatan Pelajaran Sarawak bertarikh 09 Februari 2011 bekenaan perkara tersebut di atas berkaitan.

Adalah dimaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini, didapati ada sebilangan PPPBS yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Pendidikan Jarak Jauh/Sambilan (Persendirian) tidak mengikut garis panduan yang telah disediakan. Oleh yang demikian, Garis Panduan Bagi Mengikut Program Ijazah Sarjana Muda PPPBS Secara Pendidikan Jarak jauh/Sambilan (Persendirian) telah dikemaskini mengikut keperluan semasa mulai Januari 2011.

Untuk makluman,  semua PPPBS yang ingin mendaftar di IPTA/IPTS hendaklah terlebih dahulu mengisi borang PJJ A (Pindaan 2009) yang telah disahkan oleh ketua jabatan dan disokong oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sehubungan dengan itu juga, PPPBS yang ingin mengikuti program tersebut secara persendirian hendaklah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Garis panduan tersebut boleh didapati dengan melayari laman web Bahagian Pendidikan Guru di alamat http://apps.moe.gov.my/bpg atau KLIK SINI.


18 February 2011

PERADUAN MENULIS ESEI KRITIKAN SASTERA 2011

PERADUAN MENULIS 
ESEI KRITIKAN SASTERA 2011

Anjuran

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 
CAWANGAN SARAWAK

KATEGORI
MENULIS ESEI KRITIKAN SASTERA 2011

SYARAT PENYERTAAN

Penyertaan terbuka kepada semua golongan masyarakat di Sarawak.

Esei kritikan mestilah berkisar pada beberapa sudut pandangan dan aspek tertentu dalam mendefinisikan, mengelas, menghurai dan menilai novel, cerpen atau puisi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Esei hendaklah sesuai untuk bacaan umum dan tidak menyentuh perkara-perkara yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum, kepercayaan dan budaya di negara ini.

Esei ditulis menggunakan Bahasa Melayu Baku dan panjangnya hendaklah tidak kurang daripada 3,500 patah perkataan atau 15 halaman A4 jika ditaip dan mempunyai rujukan bibliografi. 

Penyertaan hendaklah disertakan sekali dengan borang peraduan.

TARIKH TUTUP : 30 JUN 2011

HADIAH

Pertama
Wang Tunai RM 2000.00
Warkah Penghargaan

Kedua
Wang Tunai RM 1500.00
Warkah Penghargaan

Ketiga
Wang Tunai RM 1000.00
Warkah Penghargaan

3 Hadiah Sagu Hati
Wang Tunai RM 500.00
Warkah Penghargaan


Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

Urus Setia,
Peraduan Menulis Esei Kritikan Sastera 2011,
Unit Promosi dan Pengiktirafan,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Cawangan Sarawak
Peti Surat 1390
93728 KUCHING

atau

Encik Ja'afar Haji Hamdan
Puan Marriya Haji Yusup
Tel; 082-444711 (309/312)
Faxs: 082-440260

e-mel: jfar@dbp.gov.my
          ymarriya@dbp.gov.my
Laman Web: www.dbp.gov.my

Bagi warga sekolah SK SEDC, Sibu yang berminat menyertai peraduan tersebut, sila dapatkan maklumat terperinci dan borang penyertaan daripada Kerani Sekolah pada waktu pejabat. 

17 February 2011

UJIAN SARINGAN PERMATApintar UKM1 VERSI 2011: 1 FEB - 30 APRIL 2011

Salam sejahtera & salam Satu Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.9(61) bertarikh 11 Februari 2011 berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan.

Dengan itu dimaklumkan bahawa Ujian PERMATApintar UKM1 versi 2011 secara atas talian telah bermula pada 1 Februari 2011 dan akan berakhir pada 30 April 2011. Ujian tersebut digunakan untuk mengenalpasti murid pintar-cerdas berusia 8 hingga 15 tahun bagi menyertai Perkhemahan PERMATApintar Negara.

Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik semua guru sekolah ini untuk mengalakkan penglibatan murid semaksimun mungkin untuk mengambil Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 Versi 2011 secara atas talian melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my dan boleh diambil di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, rumah, siber kafe dan tempat-tempat lain yang boleh mencapai rangkaian internet.

Semua guru juga diminta untuk membantu pihak sekolah menyebar luas maklumat ini kepada semua ibu bapa murid agar mereka juga akan memberi dorongan dan galakan kepada anak-anak mereka menjalani ujian saringan tersebut.

Kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini sangat-sangat diharapkan dan dihargai oleh pihak sekolah.

10 February 2011

SURAT TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI TANPA BIASISWA DI BAWAH PROGRAM SALURAN KEDUA/UPU BAGI PPPLD AMBILAN TAHUN 2011

Bagi guru yang berminat, sila dapatkan maklumat terperinci/salinan surat siaran tersebut daripada kerani sekolah pada waktu pejabat.

PERADUAN PENULISAN SEMULA CERITA RAKYAT SARAWAK 2011

PERADUAN PENULISAN SEMULA 
CERITA RAKYAT SARAWAK 2011

Anjuran

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 
CAWANGAN SARAWAK

KATEGORI
CERITA JENAKA DAN CERITA BINATANG

SYARAT PENYERTAAN

Penyertaan terbuka kepada semua golongan masyarakat di Sarawak.

Cerita hendaklah ditulis berdasarkan cerita asal (asli) yang ada dalam masyarakat atau kumpulan etnik berkenaan sama ada yang diketahui daripada informan atau tukang cerita ataupun yang diketahui umum dan bukan yang sengaja direka cipta sendiri.

Peserta perlu memperakukan keaslian ini dalam borang penyertaan. bagi cerita-cerita yang diketahui khusus daripada tukang cerita atau informan tertentu, butiran peribadi tukang cerita atau informan seperti nama penuh dan alamat lengkap perlu disertakan.

Cerita hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu baku. Sebarang kata dalam bahasa asal yang digunakan (kalau tiada padanan) hendaklah disediakan glosari dan lain lagi.

Penyertaan hendaklah disertakan sekali dengan borang peraduan.

TARIKH TUTUP : 30 JUN 2011

HADIAH

Pertama
Wang Tunai RM 1500.00
Warkah Penghargaan

Kedua
Wang Tunai RM 1200.00
Warkah Penghargaan

Ketiga
Wang Tunai RM 800.00
Warkah Penghargaan

5 Hadiah Sagu Hati
Wang Tunai RM 350.00
Warkah Penghargaan

Sagu Hati Penyertaan
Wang Tunai RM 50.00
Warkah Penghargaam
(Karya dinilai berdasarkan mutu cerita dan masih memenuhi ciri-ciri cerita rakyat dan boleh diterbitkan)

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

Unit Penyelidikan dan Pembinaan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Cawangan Sarawak
Peti Surat 1390
93728 KUCHING

atau

Encik Abdul Rasid Haji Subet
Encik Mohd Amizi Ikman Amran
Tel; 082-444711 (308/326)
Faxs: 082-440260

e-mel: rassid12@dbp.gov.my
          amizi@dbp.gov.my
Laman Web: www.dbp.gov.my

Bagi warga sekolah SK SEDC, Sibu yang berminat menyertai peraduan tersebut, sila dapatkan maklumat terperinci dan borang penyertaan daripada Kerani Sekolah pada waktu pejabat. 

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BIL. 2 TAHUN 2010

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.
Surat bil. JPS(W)/PPGS(Perk)/153/07/06/04/(31) bertarikh 01 Februari 2011 berkenaan perkara berikut berkaitan:

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BIL.2 TAHUN 2010: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 9 TAHUN 2010 : PERMOHONAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK PPPS GRED 41 – GRED 48 YANG BERTUGAS DI INSTITUSI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN MALAYSIA.

Untuk mendapatkan salinan surat pekeliling tersebut, sila layari laman sesawang berikut:

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2010

Salam Sejahtera warga SK SEDC, Sibu.
Surat bil. PDS(W)/PPDS(KEW)/153/04/35/05/JLD.2 [51] bertarikh 08 Februari, 2011 berkenaan PINDAAN KADAR BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOJING KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI  berkaitan.
Untuk mendapatkan kandungan lengkap pekeliling tersebut, sila klik di sini

26 January 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA - TAHUN ARNAB (2011)


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA WARGA SK SEDC, SIBU YANG MERAYAKANYA. SEMOGA TAHUN ARNAB INI AKAN MEMBAWA TUAH, REZEKI DAN KESIHATAN YANG BAIK KEDAPA SEMUA.

HAPPY CHINESE NEW YEAR. YEAR OF THE RABBIT.


Greeting From: Tan Kuang Wui & Family.

25 January 2011

TAKWIM KURSUS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2011

Surat bil. KP(PP)0047/228(47) dari Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 06 Januari 2011 berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan.
Bagi staf yang ingin mengikuti kursus yang terdapat dalam senarai Takwim tersebut , sila dapatkan salinan senarai tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.
Adalah diharapkan agar kursus-kursus yang disediakan ini dapat membantu meningkatkan prestasi, produktiviti dan kualiti perkhidmatan warga sekolah ini.

19 January 2011

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2011

Berikut disertakan takwim peperiksaan awam Tahun 2011 untuk makluman dan tindakan semua staf SK SEDC, Sibu (untuk mendapatkan takwim tersebut, sila  klik di sini)

18 January 2011

CADANGAN TEMA PERAYAAN HARI GURU 2011

Surat bil. JPS(W)/PPDS(ups)/153/PPDS(Ups)/02/13/07/Jld.9(29) dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bertarikh 10 Januari 2011 berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan.

Sehubungan dengan itu, semua guru digalakkan untuk mengemukan cadangan tema perayaan (dua sahaja) kepada Urus setia Peringkat Negeri di sektor Pengurusan Sekolah. Semua tema yang bakal diterima oleh Jabatan Negeri Sarawak akan dinilai dan disaring sebelum dipanjangkan kepada Urus Setia Jawatankuasa Induk Peringkat kebangsaan. Tarikh akhir hantar ialah pada  20 Januari 2011. Bagi guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

25 December 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL (MERRY CHRISTMAS)

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL (MERRY CHRISTMAS) & SELAMAT TAHUN BARU (2011) KEPADA SEMUA WARGA SK SEDC, SIBU


16 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

SELAMAT HARI RAYA ADIL ADHA KEPADA SEMUA WARGA MUSLIM SK SEDC, SIBU


26 October 2010

PELAKSANAAN SISTEM ePENYATA GAJI DAN eLAPORAN

Untuk Makluman Semua Staf SK SEDC, Sibu

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai Oktober 2010, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan Sistem ePenyata gaji dan eLaporan. Ini juga bermakna JANM tidak akan lagi menghantar Penyata Gaji kepada individu mulai bulan Oktober 2010. Individu boleh mengakses dan mencetak sendiri penyata gaji masing-masing sehari sebelum tarikh pembayaran gaji setiap bulan dengan melayari laman sesawang Jabatan akauntan Negara Malaysia seperti berikut:


Jika ada kemusykilan berhubung perkara di atas, sila hubungi En. Fadzillah atau En. Fadilah Bin Sophian di Pejabat Pelajaran Daerah Sibu pada waktu pejabat (Tel: 084-330544)

22 October 2010

KEPUTUSAN UJIAN KHAS PTK 2010 BAGI ANGGOTA KHIDMAT SOKONGAN (AKS) GRED 1-16

Untuk makluman dan tindakan semua AKS SK SEDC, Sibu yang berkaitan.

Surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak bil. JPS(W)/SPPP(upk)/153/08/03/05Jld.3(65) bertarikh 05 Oktober 2010 berkenaan perkara tersebut diatas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa calon-calon yang telah menduduki ujian tersebut boleh menyemak Keputusan Ujian Khas PTK  Tahun 2010 di laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan melayari laman web http://apps.emoe.gov.my/bppk di bawah ruangan Ujian Khas PTK.

Satu (1) Salinan Keputusan Ujian tersebut mesti dihantar ke Unit Penilaian Kompetensi, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak untuk tujuan rekod.

MEMUAT TURUN DAN MENCETAK KEPUTUSAN PENILAIAN PEMAHAMAN PTK TAHUN 2010 SECARA ONLINE

Untuk makluman semua staf SK SEDC, Sibu.

Surat siaran bil. JPS/(W)SPPP(upk)/153/08/03/08/Jld.2 (20) dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak bertarikh 30 September 2010 berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan.

Untuk makluman, calon-calon yang telah menduduki Ujian Penilaian Pemahaman PTK Tahun 2010 boleh memuat turun dan mencetak keputusan PTK masing-masing di laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia di http://apps.emoe.gov.my/bppk/.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Unit Penilaian Kompetensi Jabatan di talian 082-276292 atau 082-276315

18 October 2010

LIPUTAN KEMBARA SENI 2010 DALAM RANCANGAN KOPA KOPI - TV1 RADIO TELEVISYEN MALAYSIA

Untuk makluman dan tindakan semua staf SK SEDC, Sibu,
Sukacita dimaklumkan bahawa tentang perubahan tarikh penyiaran kembara seni melalui Rancangan Kopa Kopi TV1 RTM pada 18 Oktober 2010 (Isnin) jam 2.15 petang diubah kepada 1 November 2010, Isnin jam 2.15 petang.

Sekian, harap maklum.

07 October 2010

INSTITUSI SEKOLAH SEBAGAI TEMPAT MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM

Untuk makluman dan tindakan semua staf SK SEDC, Sibu.

Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan terdapatnya segolongan kecil warga sekolah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman serta tidak sensitif kepada usaha-usaha Kerajaan untuk menjadikan sekolah sebagai tapak untuk menyemai Semangat 1 Malaysia.

Sekiranya wujud serta ada kebenaran akan perkara seperti ini berlaku, Kementerian tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana warga pendidikan sama ada Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru serta kakitangan sekolah yang mempunyai sikap rasis sama ada dengan menggunakan kata-kata, perbuatan atau penulisan. Tindakan tegas akan diambil jika terbukti kesalahn mereka. Ini selaras dengan peringatan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran supaya tindakan tegas harus diambil terhadap sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman agar ia tidak menimbulkan natijah yang buruk.

Sekolah adalah merupakan tempat untuk mengukuhkan perpaduan kaum, justeru Ketua Pengarah Pelajaran menyeru serta meningatkan semua warga sekolah supaya sentiasa berhemah semasa melaksanakan tugas dan sentiasa sensitif kepada hasrat Kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini sesuai dengan Konsep 1 Malaysia.

23 September 2010

PERAKUAN PENGURNIAAN PINGAT PERKHIDMATAN SETIA

Dimaklumkan bahawa Unit Pentadbiran Am (UPA), Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS) telah mengemukakan perakuan untuk Pengurniaan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) bagi pegawai dan kakitangan Jabatan ini secara berperingkat ke Unit Pengurusan Sumber Manusia, JKM melalui surat Jabatan bil.JPS(W)/SK2P(Pam)/153/08/15/05/JId.5(23) bertarikh 06 September 2010 untuk pertimbangan serta kelulusan pihak Urusetia selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, status perakuan bagi pegawai dãn kakitangan di bawah seliaan masing-masing boleh disemak melalui laman sesawang Jabatan di alamat www.moe.gov.my/jpnsarawak. Pegawai dan kakitangan yang diluluskan akan dimaklumkan sebaik sahaja keputusan pengurniaan tersebut diterima daripada pihak berkenaan. Sebarang kemusykilan, pihak tuan boleh menghubungi pegawai-pegawai di Jabatan ini di talian 082-276232 / 082-276342 /082- 276228 

22 September 2010

TAKLIMAT / KAUNTER ZAKAT

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Tabung Baitulmal Sarawak ada menyediakan Skim Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji bagi memudahkan kakitangan yang beragama Islam menunaikan kefardhuan berzakat. Di antara kelebihan-kelebihan skim ini adalah seperti berikut:-

i.    Menyempurnakan Rukun Islam
ii.   Membayar Zakat Pendapatan secara beransur-ansur dan sangat mudah
iii.  Mengelak daripada terlalai atau terlupa
iv.  Mendapatkan rebat cukai pendapatan secara automatik sama ada mengurangkan atau memberhentikan Potongan Cukai Berjadual (PCB) bulanan
v.  Pendapatan bersih, berkat, suci dan subur

Sehubungan dengan itu Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Sibu akan mengadakan Taklimat / Kaunter Zakat di sekolah SK SEDC, Sibu seperti tarikh dan masa berikut. Semua kakitangan sekolah (kakitangan akademik & bukan akademik) yang beragama Islam diwajib hadir.

Tarikh : 05 Oktober, 2010 (Khamis)
Masa :  10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Bilik Perkembangan Staf Sekolah

Sekian. Harap maklum.

09 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA WARGA SK SEDC, SIBU YANG BERAGAMA ISLAM.

DARIPADA:
GURU BESAR,
SK SEDC, SIBU