SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

18 April 2013

HEBAHAN : LAGU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA (BERSAMA LIRIK)



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.21(61) bertarikh 01 April, 2013 dan surat siaran dari JPN Sarawak bil. JPS(W)/SPS(pp)/153/07/09/07/03/Jld.18(68) bertarikh 21 Mac 2013 serta kandungan email dari Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Seperti yang disarankan oleh KPM, lagu tersebut digalakkan untuk dinyanyikan di majlis-majlis rasmi anjuran bahagian dan agensi KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.

Berikut merupakan pautan untuk memuat turun lagu tersebut:

URUSAN PEMANGKUAN HAKIKI BIDANG UMUM / TEKNIKAL / PENDIDIKAN ISLAM



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/09/03/15(06) bertarikh 12 April 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dingatkan kepada semua guru bahawa urusan kenaikan pangkat seperti yang tersebut diatas akan dijangka dilaksanakan pada bulan April dengan menggunakan data dalam portal ePangkat.

Sehubungan dengan itu, untuk memastikan setiap orang guru mempunyai data yang terkini dan tepat dalam portal epangkat bagi mengelakkan tercicir daripada urusan kenaikan pangkat kali ini, semua guru (semak data masing-masing) dan guru data sekolah dipohon untuk mengemaskini semua data dalam portal tersebut secepat mungkin.

Panduan untuk menyemak data dalam portal tersebut telah diemail kepada semua staf melalui email kumpulan ia iti sksedc@yahoogroups.com.

SURAT SIARAN BAGI PROGRAM DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH/SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) SESI 2013/2014



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari Bahagian Tajaan Pendidikan , KPM  bil. KPM.BT 700-19/1 Jld.4(10) bertarikh 03 April 2013 dan surat iringan dari PPD Sibu bilJPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/06/Jld.3(58) bertarikh 15 April, 2013 berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Sehubungan dengan itu, guru yang berkhidmat sebagai kaunselor dan berminat dipohon untuk memohon. Sila layari laman sesawang http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan keterangan lanjut serta borang permohonan

Kesemua dokumen berkaitan dengan surat siaran ini telah di email kepada semua warga sekolah melalui sksedc@yahoogroups.com.

BROSUR PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari JPN Sarawak bil. JPS(W)/SK2P(LAT)/153/08/02/01/Jld2(36) dan surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/04/ld.5(11) bertarikh 12 April, 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan /National Profesional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) merupakan satu inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasa pengurusan dan kepimpinan sekolah dengan menyediakan satu kelompok pemimpin pelapis sekolah yang bersedia memikul tanggungjawab kepimpinan sekolah yang kian mencabar.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, salah satu inisiatif untuk melonjakan kualiti pendidikan Negara ialah dengan memantapkan kepimpinan serta pengurusan sekolah dan NPQEL menjadi satu wadah terpenting kearah merealisasikan hasrat ini.

Sehubungan dengan itu, pegawai di peringkat sekolah yang berminat laluan kerjaya sebagai bakal pemimpin peringkat sekolah digalakkan untuk memohon kursus ini.

Bagi pegawai/guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat untuk rujukan dan tindakan.

Salinan surat siaran dalam bentuk “soft copy” juga telah dihantar melalui email kumpulan sekolah (sksedc@yahoogroups) kepada kepada semua staf sekolah ini.

Sekiranya tuan/puan menghadapi sebarang masalah/kemusykilan tentang perkara ini, sila berhubung terus dengan Puan Noorlela bt. Mohd Suhaili di talian 082-473425 atau Encik Shahrinaz Bin Barahim di talian 082-473424.

BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH SARAWAK (PPPPSS)



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/09/06/01(02) bertarikh 15 April, 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Semua pegawai siswazah diseru supaya mendaftar sebagai ahli Persatuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Sarawak yang sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Pegawai Perkhidmatan Siswazah Malaysia Cawangan Sarawak.

Sila dapatkan borang Permohonan Menjadi Ahli dan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat untuk tindakan.

Surat siaran tersebut dan salinan Borang Permohonan Menjadi Ahli juga telah dihantar kepada semua guru dalam bentuk “soft copy” melalui email kumpulan sekolah iaitu sksedc@yahoogroups.com.


10 April 2013

KEKOSONGAN JAWATAN NAZIR SEKOLAH GRED DGA32 DI JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI CAWANGAN SIBU


Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Cawangan Sibu bil. KP(JNJKCSBU) 500-22/1(26) bertarikh 25 Mac, 2013 mengenai perkara tersebut di atas dirujuk
Dimaklumkan bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma, Gred DGA32 dipelawa untuk memohon dua kekosongan jawatan Nazir Sekolah, Gred DGA32 di Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Sibu.
Bagi guru yang layak dan berminat untuk berbuat demikian, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

Salinan surat siaran tersebut (dalam bentuk "soft copy" ) juga telah dihantar kepada semua staf melalui email sksedc@yahoogroup.com