SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

12 October 2012

MAKLUMAN PENGGUNAAN SEPENUHNYA APLIKASI SISTEM PELAPORAN ISU DISIPLIN & PENDIDIKAN SECARA ATAS TALIAN (e-PIDP)

Surat siaran dari KPM bil KP(BPSH-SPKD) 603 JJil 3(    ) bertarikh 18 September 2012, surat siaran bil JPS(W)/SPS/(pp)/153/08/09/07/01/Jld.5 (51) bertarikh 10 Oktober 2012 dan Surat iringan bil JPS(W)/PPDS(UPS)/153/07/02/08/07 Jld.8(8) bertarikh 11 Oktober 2012 bekenaan perkara tersebut di atas dirujuk. Intipati surat-surat siaran tersebut adalah seperti berikut:

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merintis aplikasi sistem tersebut di sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor bermula 01 Jun 2012. Mulai 1 Januari 2013, KPM akan melaksanakan sepenuhnya aplikasi sistem tersebut ke semua sekolah di seluruh Malaysia bagi melapor aduan atau kejadian yang berlaku di sekolah.

Sistem tersebut boleh diakses menerusi laman web : http//apps.moe.gov.my/sad/training/ sehingga 15 Disember 2012 sebagai latihan sistem berkenaan.

No comments: