Surat siaran dari JPN Sarawak bil JPS(W)/SPS(Men)/153/02/06/09/14 Jld.5(4) bertarikh 03.10.2012 dan surat iringan dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/14(19) bertarikh 08.10.2012 bekenaan perkara tersebut dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat PERMATApintar akan mengadakan Program Perkhemahan Cuti Sekolah pada akhir bulan November 2012 sehingga pertengahan Disember 2012 yang memerlukan Tenaga Pengajar dan Pembantu Tenaga Pengajar dalam kalangan guru-guru sekolah selama sebulan.
Oleh itu, bagi guru-guru yang berminat dikehendaki untuk melengkap isi Lampiran A dan Lampiran 2 atau Lampiran 3 yang boleh didapati dari KPT sekolah pada waktu pejabat dan seterusnya mengembalikan lampiran-lampiran tersebut ke pihak sekolah secepat mungkin untuk dikembalikan ke JPN negeri untuk tindakan.
No comments:
Post a Comment