SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

24 March 2009

CERAMAH BAHASA OLEH DBP SARAWAK




Warga SK SEDC, Sibu berasa bertuah kerana pada 17 Mac 2008 (Selasa) sekolah ini telah dipilih sebagai tempat untuk mengadakan Ceramah Bahasa bertajuk "Penggunaan Bahasa Malaysia Yang Baik Dan Betul Dalam Urusan Rasmi" oleh Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sarawak. Ceramah itu telah disampaikan oleh Ketua Unit Pengembangan Bahasa, Dewan Bahasa & Pustaka, Cawangan Sarawak, Encik Zasran bin Abdullah. Seramai 30 orang guru sekolah ini telah mengikuti ceramah ini. Ceramah ini telah banyak memberi input kepada guru-guru khususnya guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dan guru-guru yang banyak terlibat dalam pentadbiran sekolah. Sesi perkongsian ilmu ini juga banyak mendedahkan kepada guru tentang penggunaan Bahasa Malaysia yang baik dan betul dalam penulisan dan percakapan kita seharian. Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa & Pustaka yang telah mengambil insiatif mengadakan ceramah sedemikian. Pihak sekolah juga tidak lupa merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru-guru yang telah meluangkan masa menghadiri ceramah ini. Sama-samalah kita berasa bangga dengan Bahasa Malaysia, Bahasa rasmi negara kita yang kita cintai ini.
(Gambar atas menunjukkan Guru Besar, SK SEDC, Sibu En Tan Kuang Wui bersama penceramah, Encik Zasran bin Abdullah, Ketua Unit Pengembangan Bahasa, Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sarawak dalam sesi ceramah tersebut dan Gambar bawah menunjukkan sebahagian daripada guru yang mengambil bahagian dalam ceramah tersebut)