SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

13 September 2012

MAJLIS RAMAH TAMAH HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

Surat siaran/panggilan dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.19(33) bertarikh 12 September 2012 bekenaan perkara tersebut di atas dirujuk

Sehubungan itu dimaklumkan bahawa Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Perdana Menteri Malaysia anjuran Jawatankuasa nangka akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:    16 September, 2012 (Ahad)
Masa :    9.00 pagi
Tempat : Perkarangan Masjid An-Nur, Sibu
Pakaian : Baju Kebangsaan / Batik / Sopan

Bagi menjayakan majlis tersebut, SK SEDC, Sibu telah diamanahkan untuk menghantar 30 orang warga sekolah sebagai wakil ke majlis tersebut. Berikut adalah nama staf yang dipilih untuk ke majlis tersebut.


BIL
NAMA STAF
CATATAN
1.
BASRI BIN HAJI WASLI
KETUA ROMBONGAN SK SEDC, SIBU
2.
MARIAN @MARIAM BINTI SAIBON
PEN. KETUA ROMBONGAN
3.
MOHAMAD SALLEH BIN TAUPEK

4.
AZMI BIN KADIR

5.
DZULKHANI BIN MOHAMAD TAJUDIN

6.
HADIAH BINTI LENG

7.
HAFIZAH BINTI OSMAN

8.
DANIEL BARTHOLOMEW UJAH

9.
GERAMAN ANAK JENGGING

10.
JULIA BINTI APENG

11.
KALAIVANAN A/L ARUMUGAM

12.
LENNY DONALD SLAN

13.
MADELENE ANAK BILUN

14.
MAGDALINE EMILY FRAUDE

15.
MARGARET GOH

16.
MOHD AZRUL BIN UJANG

17.
MOHD FAHIZAN BIN MD ISA

18.
MUNIRAH BINTI RESMI

19.
NORFATEHAH TEOH ABDULLAH

20.
RABIAH BINTI BUSRAN

21.
SHAHIDA BINTI MEHAT

22.
SHIRLY WONG JIN EE

23.
SITI NURAIN BINTI ARSHAD

24.
SPENCER ANAK THOMAS SAUH

25.
YEO CHEE WEI

26.
LO TZO ING

27.
AHMAD ZAKARIA BIN ANOAR

28.
SULAIMAN BIN MESUUT

29.
MORRIS ANAK BELAYONG

30.
GEREVIVE AK GAWANG @ ENDI AK GAWAN

PERMOHONAN KELULUSAN CUTI TANPA GAJI ATAU URUSAN PERSENDIRIAN / MENJAGA ANAK / MENGIKUT PASANGAN


Surat siaran dari Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak bil JPS(W)/SK2P(kmdh)/153/08/02/05 Jld.10(210) bertarikh 30 Ogos 2012 berkaitan perkara tersebut di atas di rujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa semua permohonan Cuti Tanpa Gaji untuk kelulusan Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh pegawai mula bercuti. Pihak Jabatan tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh bercuti.
Sehubungan itu, mana-mana pegawai yang bercuti sebelum mendapat kelulusan terlebih dahulu adalah dianggap tidak hadir bertugas di bawah Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002

10 September 2012

MAKLUMAN TERKINI SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG) 2012 PENGISIAN MAKLUMAT SECARA ATAS TALIAN - MODUL e-PROFILE

Surat dari PPD Sibu Bil. JPS(W)PPDS(upa)153/06/03/03(02) berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan.

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan Modul e-Profile dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat kepakaran dan data asas warga pendidik disamping menyediakan maklumat-maklumat asas bagi pembangunan modul Continous Professional Development (CPD)

Sehubungan dengan itu, semua guru dikehendaki mengemaskini maklumat di dalam Portal e-SPLG melalui Modul Individu (sila klik di paparan e-Profile) pada atau sebelum 10 September 2012. Pengetua / Guru Besar / SULDP adalah dipohon untuk mengesahkan maklumat yang dimasukkan oleh guru-guru menerusi modul SULDP

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Jerome Harry di talian 084-330544 (Pej) / 019-8491215 (h/p) untuk penerangan lanjut.

06 September 2012

SURAT SIARAN JEMPUTAN MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA DAN MENYERTAI KONVENSYEN KEBANGSAAN PENDIDIKAN GURU 2012

Surat siaran dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/06/Jld.3(48) bertarikh 03 September, 2012, surat siaran dari JPN Sarawak bil.JPS(W)/SK@P(Lat)/153/08/03/15/01(83) bertarikh 09 Ogos 2012 dan surat siaran dari BPG, KPM bil. KP(BPG)9330/100/11/4(03) bertarikh 09 Julai 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Untuk makluman tuan/puan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) akan mengadakan Konvensyen kebangssan Pendidikan Guru (KKPG) 2012 pada 15 hingga 17 Oktober 2012 di Kuantan, Pahang. Tema KKPG 2012 adalah "Pembangunan Watak Profesionalisme Gru Melalui Latihan Keguruan" Sehubungan dengan itu, guru -guru dijemput untuk membentang kertas kerja di konvensyen tersebut. Bagi guru-guru yang berminat untuk berbuat demikian, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dan salinan kertas konsep  serta syarat-syarat pembentangan dari KPT sekolah pada waktu pejabat..