SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

29 October 2013

KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPPLD GRED DGA29 KE GRED DGA 32 SECARA TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN TAHUN 2013 DI KPM

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia buat semua warga SK SEDC, Sibu.


Seluruh warga SK SEDC, Sibu ingin merakamkan ucapan Syabas & Tahniah kepada guru-guru yang tersenarai di bawah ini kerana telah berjaya dinaikkan pangkat dari gred DGA 29 ke gred DGA32 secara Time Based berasaskan kecemerlangan tahun 2013.Semoga kejayaan  dan kenaikan pangkat mereka ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang. Kejayaan dan kenaikan pangkat mereka ini juga diharap akan menjadi pembakar semangat dan contoh serta tauladan kepada rakan-rakan yang lain untuk bekerja dengan lebih cemerlang lagi bagi memburu kejayaan yang serupa pada masa akan datang.

Guru-Guru yang tersebut adalah seperti berikut:

1. PUAN KONGAI HUNG (BERKUATKUASA 03.01.2013)
2. USTAZAH NURAIN BINTI ARSHAD (BERKUATKUASA 12.01.2013)

08 October 2013

MAKLUMAT TAMBAHAN YANG PENTING DARI JABATAN AKAUNTAN NEGARA

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu.

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 11 September 2013, Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan dalam laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah ditambahbaik dengan beberapa ciri keselamatan seperti berikut:

1. Pengguna perlu kemaskinikan maklumat nombor telefon bimbit dan alamat email masing-masing. Maklumat ini bertujuan untuk membolehkan sistem menghantar notifikasi melalui emel dan sms sekiranya pengguna reset katalaluan dan mendaftar semula.

2. Pengguna yang ingin mendaftar semula perlu menguncimasuk (key in) satu lagi maklumat tambahan iaitu nombor akaun bank (sebelum ini hanya perlu nombor KP dan No. Gaji sahaja untuk mendaftar semula) Ini bertujuan untuk mengelakkan orang yang tidak bertanggungjawab/sepatutnya reset katalaluan dan daftar semula akaun anda.

3. Pengemaskinian maklumat di atas MESTI melalui sistem ePenyata Gaji dan eLaporan sahaja.

03 October 2013

KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPPLD GRED DGA32 KE GRED DGA 34 SECARA TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN TAHUN 2013 DI KPM

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia buat semua warga SK SEDC, Sibu.

Seluruh warga SK SEDC, Sibu ingin merakamkan ucapan Syabas & Tahniah kepada guru-guru yang tersenarai di bawah ini kerana telah berjaya dinaikkan pangkat dari gred DGA 32 ke gred DGA34 secara Time Based berasaskan kecemerlangan tahun 2013 berkuatkuasa 01 Januari, 2013.. Semoga kejayaan  dan kenaikan pangkat mereka ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Kejayaan dan kenaikan pangkat mereka ini juga diharap akan menjadi pembakar semangat dan contoh serta tauladan kepada rakan-rakan yang lain untuk bekerja dengan lebih cemerlang lagi bagi memburu kejayaan yang serupa pada masa akan datang.

Guru-Guru yang tersebut adalah seperti berikut:

1. PUAN MARIAN@MARIAM BT SAIBON
2. PUAN RABI'AH BINTI BUSRAN
3. PUAN JASMIN BT SHAIKH ABDULLAH
4. PUAN HALIMAH BT. NADZAM
5. EN. MORRIS AK BELAYONG
6. PUAN HADIAH BT LENG
7. PUAN HANITA BT HAMDAN