SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

31 October 2012

IKLAN BIASISWA PENERAJU TUNAS GELIGA

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA ada menawarkan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga bagi lepasan UPSR yang berpotensi dari persekitaran yang mencabar, kawasan luar Bandar dan berprestasi sederhana. Pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan dalam suasan yang lebih kondusif untuk pembelajaran dan juga pembangunan jati diri mereka. Disamping program akademik, pelajar-pelajar akan diasuh dari segi kemahiran berkomunikasi, penguasaan Bahasa Inggeris, pemupukkan nilai-nilai murni, pembinaan kemahiran serta pemerkasaan keyakinan diri.
Pemohon adalah melalui laman web www.penerajuedu.com. Tarikh permohonan adalah dari 29 Oktober, 2012 hingga 29 Oktober, 2012.
Jasa baik semua guru kelas Tahun 6 (Tahun 2012) dipohon untuk menghebahkan perkara ini untuk makluman dan tindakan pelajar masing-masingdan seterusnya membantu mereka yang berminat memohon melalui online (jika perlu). Sila dapatkan salinan iklan tersebut dari email masing-masing atau dari PK HEMK/KPT sekolah pada waktu pejabat.

25 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga SK SEDC, Sibu, semua ahli STU semua pensyarah UKM, semua rakan PKPGB UKM (Kohort 1, 2, 3 & 4), semua rakan FB & individu yang mengenali diri saya yang beragama Islam. Semoga kita semua sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu.

PERINGATAN KEMASUKAN DATA LINUS NKRA SARINGAN 3, 6 DAN 9


Surat siaran dari PPD Sibu berbil. JPS(W)/PPDS(Upa)/153/06/08/09(07) bertarikh 20 September, 2012 dan Surat Peringatan juga dari PPDS Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Upa)/153/06/08/09(32) bertrarikh 24 Oktober 2012 bekenaan perkara yang sama seperti yang tertera di atas dirujuk.

Sehubungan dengan itu, diingatkan kepada semua guru yang terlibat dengan LINUS NKRA Saringan 3, 6 dan 9 supaya mengisi pencapaian saringan 3, 6 dan 9 pada atau sebelum 31 Oktober 2012. Ini memudahkan pihak PPD Sibu menyemak data sebelum portal ditutup pada 2 November, 2012

23 October 2012

TARIKH TUTUP PENGISIAN MARKAH SAPR16, SPPBS & SAPS PERINGKAT SEKOLAH

Salam sejahtera semua Warga SK SEDC, Sibu

Perhatian Khusus untuk semua guru kelas yang terlibat.
Sila ambil tindakan segera terhadap perkara-perkara seperti berikut:

1.  SAPR16 (Tahun 3, 4 dan 5) - Ofline - Tarikh Tutup diperingkat sekolah ialah pada 02 NOVEMBER, 2012
2. SPPBS (Online) KSSR Tahun 1 & 2 - Tarikh Tutup Peringkat sekolah:10 November, 2012

3. SAPS (Online) Tahun 3, 4, 5 dan 6 (Keputusan Akhir Tahun)  Tarikh Tutup Peringkat Sekolah:    10 November, 2012

SEMUA GURU YANG TERLIBAT/BERKAITAN, DIPOHON UNTUK MENYEMPURNAKAN KERJA-KERJA PENGISIAN MARKAH SEBELUM TARIKH-TARIKH TUTUP PERINGKAT SEKOLAH  YANG DINYATAKAN DI ATAS SEBELUM PERGI UNTUK BERCUTI.


Sekiranya, tuan/puan menghadapi sebarang masalah semasa proses "key in" data-data tersebut di atas, sila rujuk kepada SU Sekolah, Puan Emily dengan seberapa segera untuk mendapat bantuan

22 October 2012

PROGRAM TID KENDALIAN MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN)

Hari ini 22 Oktober, 2012, Isnin, SK SEDC, Sibu sungguh bertuah kerana sekali lagi dipilih Majlis Sukan Negara (MSN) untuk program TID yang berlangsung di sekolah ini. Seramai lebih daripada 150 pelajar telah dipilih untuk menyertai program tersebut yang dikendalikan oleh dua orang pegawai khas dari MSN. Kuala Lumpur dengan dibantu oleh 20 tenaga pengajar sekolah ini. Program ini dijangka akan berlangsung untuk setengah hari

Para guru membuat persediaan peralatan sebelum bermula
Para pelajar yang mengambil bahagian dalam program ini membuat aktiviti memanaskan badan sebelum bermula

19 October 2012

PENGGUNAAN SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SARP16 UNTUK KEPUTUSAN AKHIR TAHUN - TAHUN 3, 4 DAN 5 TAHUN 2012

Surat siaran dari PPD Sibu bil JPS(W)PPDS(Upa)153/06/04/22/(01) bertarikh 17 Oktober 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Untuk makluman, Pejabat Pelajaran Daerah Sibu masih memerlukan maklumat SAP16 untuk keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012 untuk kelas Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 (2012) untuk di analisia serta membuat perancangan strategik dan merancang aktiviti-aktiviti tinda susulan berdasarkan keputusan untuk tujuan penambahbaikan bagi Tahun 2013 nanti.

Sehubungan dengan itu semua guru yang terlibat (Tahun 3, 4 dan 5) dikehendaki melengkapkan maklumat data SAP16 keputusan Akhir Tahun untuk Tahun 3, 4 dan 5 dalam bentuk text file sahaja dan serahkan data tersebut kepada Setiausha Peperiksaan sekolah, Puan Emily pada atau sebelum 02 November, 2012. bagi membolehkan beliau mengasingkan text file tersebut dalam folder mengikut kelas sebelum menghantarkan kesemuanya ke PPD Sibu (u.p. Encik Jerome Harry) untuk tindakan selanjutnya. Tarikh akhir hantar ke PPD Sibu ialah pada 16 November, 2012

MANUAL SENARAI SEMAK DISLEKSIA (ISD) DAN INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA (ISD)

Surat siaran dari JPN Sarawak bil JPS(W)/SPKPS(PKHAS)/153/06/05/17/Jld.4(4) bertarikh 02 Oktober 2012 dan surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/06/09/08/Jld.6(03) bertarikh 09 Oktober 2012 berkenaan perkara tersebut diatas dirujuk.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan Manual dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) yang bertujuan untuk membantu guru-guru membuat saringan bagi mengenalpasti kebarangkalian seseorang murid itu mengalami masalah pembelajaran spesifik.

Manual Instrumen Senarai Semak Disleksia dan Instrumen Senarai Semak Disleksia boleh dimuat turun dari www.edusibu.gov.my untuk kegunaan guru/pihak sekolah.

PELAKSANAAN INSTRUMENT PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN (IPMBDP) DAN INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA (ISD) KOHORT 2 DAN 3 TAHUN 2012

Surat siaran dari JPN Sarawak bil JPS(W)/SPKPS(PKHAS)/153/06/05/17/Jld.4(5) bertarikh 15 Oktober, 2012 dan surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/06/09/08/Jld.6(04) bertarikh 17 Oktober, 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa selepas murid Kohort 2 (Tahun2) dan Kohort 3 (Tahun 1) ini menduduki Saringan 6 dan 3, Guru Pemulihan perlu melaksanakan Instrumen Pengesahan Murid Bermasalah Dalam Pengajaran (IPMBDP) dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) kepada murid LINUS Kohort 2 dan 3 yang masih berada di konstruk 1 dan 2

Oleh itu, mohon semua guru kelas dan guru matapelajaran berkerjasama dengan guru pemulihan  sekolah untuk mentadbir instrumen tersebut terhadap murid-murid yang berkenaan mulai 17 hingga 22 Oktober, 2012. "Softcopy" rumusan yang telah dilengkapisi hendaklah diserah kepada pihak sekolah (Pen. Kanan Pentadbiran) pada atau sebelum 24 Oktober, 2012 bagi membolehkan pihak sekolah membuat rumusan dan dihantar kepada PPD Sibu pada 25 Oktober, 2012

"Softcopy" rumusan boleh dimuat rurun dari www.edusibu.gov.my

18 October 2012

SURAT SIARAN PENGUMPULAN DATA PPPS GRED DG 44 YANG BERADA DI TANGGA GAJI P1 T11 HINGGA P1 T17 PADA 31 OKTOBER 2002 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Surat siaran KPM bil KP(PP)SULIT 0063/57/8.JILID 31(21) bertarikh 05 April, 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Antara intipati kandungan surat siaran tersebut adalah seperti berikut:

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang mengumpul data PPPS Gred 44 yang berada di tangga gaji P1T11 hingga PiT17 pada 31 Oktober 2002 yang tidak mempunyai pengalaman Ex-PPPLD

Bagi guru yang berada dalam kategori tersebut, sila ambil tindakan dengan mendapatkan sesalinan lengkap surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat untuk urusan perakuan.

SURAT SIARAN PERMOHONAN PROGRAM SIJIL KELAYAKAN PROFESIONAL UNTUK PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) BAGI TAHUN 2013 ANJURAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB)

Surat siaran dari IAB bil KP.IAB.04/07/002/02.Jld 5 (16) bertarikh 24 September 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk dan berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IB) akan menganjurkan Program Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan/National Profesional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) di bawah Program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Akademik 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan bahawa IAB akan membuka permohonan program NPQEL bagi tahun 2013 mulai 26 September, 2012. Permohonan ini dibuka sepanjang tahun secara talian di http://www,iab.moe.gov.my/npqel. Ambilan bagi kursus ini akan dibuat sebanyak dua (2) kali setahun.

Sasaran peserta adalah kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan di Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagi guru-guru yang berkelayakan dan berminat, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan program ini bolehlah menghubungi terus urus setia di talian 03-61056137 / nikmarini@iab.edi.my atau di talian 03-61056296

15 October 2012

PENCALONAN TENAGA PENGAJAR & PEMBANTU TENAGA PENGAJAR BAGI PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH (PCS) PUSAT PERMATApintar NEGERI TAHUN 2012

Surat siaran dari JPN Sarawak bil JPS(W)/SPS(Men)/153/02/06/09/14 Jld.5(4) bertarikh 03.10.2012 dan surat iringan dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/14(19) bertarikh 08.10.2012 bekenaan perkara tersebut dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat PERMATApintar akan mengadakan Program Perkhemahan Cuti Sekolah pada akhir bulan November 2012 sehingga pertengahan Disember 2012 yang memerlukan Tenaga Pengajar dan Pembantu Tenaga Pengajar dalam kalangan guru-guru sekolah selama sebulan.

Oleh itu, bagi guru-guru yang berminat dikehendaki untuk melengkap isi Lampiran A dan Lampiran 2 atau Lampiran 3 yang boleh didapati dari KPT sekolah pada waktu pejabat dan seterusnya mengembalikan lampiran-lampiran tersebut ke pihak sekolah secepat mungkin untuk dikembalikan ke JPN negeri untuk tindakan.

12 October 2012

MAKLUMAN PENGGUNAAN SEPENUHNYA APLIKASI SISTEM PELAPORAN ISU DISIPLIN & PENDIDIKAN SECARA ATAS TALIAN (e-PIDP)

Surat siaran dari KPM bil KP(BPSH-SPKD) 603 JJil 3(    ) bertarikh 18 September 2012, surat siaran bil JPS(W)/SPS/(pp)/153/08/09/07/01/Jld.5 (51) bertarikh 10 Oktober 2012 dan Surat iringan bil JPS(W)/PPDS(UPS)/153/07/02/08/07 Jld.8(8) bertarikh 11 Oktober 2012 bekenaan perkara tersebut di atas dirujuk. Intipati surat-surat siaran tersebut adalah seperti berikut:

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merintis aplikasi sistem tersebut di sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor bermula 01 Jun 2012. Mulai 1 Januari 2013, KPM akan melaksanakan sepenuhnya aplikasi sistem tersebut ke semua sekolah di seluruh Malaysia bagi melapor aduan atau kejadian yang berlaku di sekolah.

Sistem tersebut boleh diakses menerusi laman web : http//apps.moe.gov.my/sad/training/ sehingga 15 Disember 2012 sebagai latihan sistem berkenaan.

11 October 2012

CUTI & HARI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu.

Berikut adalah Jadual Hari Cuti  & Jadual Hari Pesekolahan Tahun 2013 untuk tatapan & rujukan kalian semua.