SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

06 September 2011

SURAT SIARAN KURSUS SIJIL KELAYAKAN PROFESIONAL UNTUK PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) BAGI KEMASUKAN JANUARI 2012

Surat siaran bil. JPS(W)SK2P(Lat)/153/08/02/01 bertarikh 19 Ogos dari JPN Sarawak berkenaan perkara tesebut, 
Untuk makluman kepada semua guru, maklumat berhubung Kursus Sijil Kelayakan Profesional Untuk pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) sedang disiarkan di laman sesawang www.iab.edu.my sepanjang bulan September 2011.
Semua permohonan hendaklah memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan dengan menghubungi pegawai-pegawai berikut:
1. Encik Kuswady Bin Chil (082-276235)
2. Puan Noorlela Binti Mohd Suhaili (082-276337)

PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH SESI 2012

Surat siaran bil JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/06/04/Jld.4(29) bertarikh 22 Ogos 2011 dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa di kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berminat untuk menyambung belajar ke peringkat Sarjana atau PHD, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari PT sekolah pada waktu pejabat.

PROGRAM POTONGAN GAJI KAKITANGAN AWAM SECARA SUKARELA UNTUK TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

Surat siaran bil JPS(W)/PPDS(UPK)/153/02/02/Jld.14(12) bertarikh 24 Ogos berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan

Sehubungan dengan itu, kakitangan yang berminat untuk membuat sumbangan sukarela perlu mematuhi Tatacara Pemotongan Gaji Bulana seperti pada Lampiran 4 (yang boleh didapati dari PT sekolah pada waktu pejabat) serta dapatkan salinan surat siaran surat tesebut .