SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

08 September 2008

PENILAIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2009

Salam sejahtera semua warga SK SEDC,

Mulai esok ia itu 09.09.2008, selama tiga hari berturut-turut hingga 11.09.2008 semua pelajar tahun 6 sekolah ini akan mula menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mengukur pencapaian sebenar apa yang pelajar dapat selama 6 tahun belajar di sekolah rendah. Semua pelajar yang bakal menduduki ujian ini (UPSR) diharap sudah cukup bersedia untuk menempuh ujian ini. Bagi pihak sekolah, kita ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar kita. Kita juga berdoa kepada yang Maha Kuasa untuk memberi rahmat dan petunjuk serta menenangkan jiwa setiap pelajar kita agar mereka dapat menghadapi ujian ini dengan tenang dan akhirnya akan mendapatkan keputusan yang membanggakan.

Pihak sekolah juga ingin merakam setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan semua guru SK SEDC, Sibu khususnya guru-guru tahun enam yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga menyediakan kumpulan pelajar ini menghadapi ujian tahun ini.
Sama-sama kita berdoa semoga semua pelajar kita akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang tahun ini..

05 September 2008

PEMBERITAHU PENEMPATAN KE JAWATAN HAKIKI PPPLD GRED DGA32


Tahniah! Tahniah! Tahniah! Seluruh warga SK SEDC, Sibu ingin merakam ucapan tahniah dan berkongsi gembira serta bangga bersama-sama Cikgu Marian @ Mariam Binti Saibon (PPPLD Gred DGA32KUP) yang telah dinaikkan pangkat ke PPPLD Gred DGA32 (Hakiki) dan dikekalkan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah ini mulai 01 Januari 2008 melalui surat daripada Jabatan Pelajaran Sarawak bil. JPS(W)/SPPP(unp)/153/08/13/04/15(208) bertarikh 02 September 2008.

Dengan kenaikan pangkat ini sudah pasti akan menjadi dorongan dan perangsang kepada beliau untuk terus mengekalkan kecemerlangan prestasi kerjanya.

PEMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI BAGI JAN 2009 & PEMBATALAN PENGGUNAAN BORANG PERTUKARAN GURU ANATARA NEGERI (BORANG BSPG/PIND 1/2005)

Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pertukaran guru antara negeri secara on-line (e-GTukar) bagi pertukaran Januari 2009 telah dibuka mulai 01.September 2008 hingga 30 September 2008 seperti yang dinyatakan dalam surat siaran KP/KPPM/5(8) bertarikh 15 Februari 2008. Sila rujuk pada surat siaran tersebut bagi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pertukaran tersebut.

Sehubungan itu penggunaan Borang BSPG / Pind.1/2005 bagi tujuan permohonan pertukaran guru antara negeri dibatalkan. Bagi guru-guru yang perlu memohon pertukaran di luar musim atas sebab-sebab yang tertentu sahaja perlu menggunakan borang secara off-line dalam bentuk Excel yang boleh didapati pada CD pertukaran secara on-line yang ada dalam simpanan sekolah. Borang tersebut mestilah diisi dengan menggunakan komputer secara off-line dan disahkan oleh Guru Besar sebelum dihantar ke PPG Sibu untuk dipanjangkan ke JPN dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekian. Harap maklum dan Selamat Berpuasa