SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

02 December 2011

PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM 100 - SK SEDC, SIBU

Dimaklumkan kepada semua ibu bapa pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 - 2011 SK SEDC supaya datang ke sekolah pada 05.12.2011 atau 06.12.2011 untuk mendaftarkan diri sama ada dapat menuntut wang terebut daripada pihak sekolah pada jam 2.30 petang 08.12.2011. Semua guru kelas dipohon untuk menghubungi PT sekolah secepat mungkin untuk membantu menyegerakan pengagihan bantuan tersebut.

PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA TAHUN 2011

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran bil: JPS(W)/PPDS(SJQ)/153/07/04/13/01/Jld.2( ) bertarikh 30 November 2011 dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu dan surat siaran bil. JPS(W)/SJQ/153/07/09/06(6) bertarikh 11 November 2011 dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak serta surat siaran bil. KP(BPG)9099/8/6 Jld.2(144) bertarikh 08 November 2011 berkaitan dengan perkara tersebut dirujuk.

Intipati ketiga-tiga surat siaran yang tersebut di atas mengkehendakkan semua guru membuat penarafan kendiri dengan menjawab item-item yang terkandung dalam instrumen Standard Guru Malaysia (SGM) dalam talian secara jujur agar penilaian yang tepat terhadap pencapaian standard keguruan masing-masing dapat di perolehi. Tempoh pengoperasian SGM dalam talian ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2011. Maklumat dan instrumen SGM dalam talian (online) boleh dicapai menerusi URL:http://apps.moe.gove.my/sgm

Sehubungan dengan itu, semua guru SK SEDC, Sibu dipohon untuk mengambil tindakan segera dengan pembuat penarafan masing-masing dan seterusnya membantu pihak sekolah menyebarluas maklumat ini kepada semua guru sekolah kita yang lain  seandainya masih ada dikalangan kita yang belum mengetahui perkara ini.