SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

26 August 2010

KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI MAMPU

Kajian ini dibuat bagi menkaji keberkesanan inisiatif promosi MAMPU, menilai tahap kesedaran orang ramai terhadap promosi Sistem Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam oleh MAMPU dan menambahbaik program promosi yang telah telah dibuat.

Sehubungan itu, memohon jasa baik semua kakitangan sekolah (guru dan staf sokongan) untuk menjawab soalan-soalan kajian dengan melayari Portal My Gov : www.malaysia.gov.my

PELANCARAN SALURAN PENDIDIKAN BARU ASTRO TUTOR TV

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kampus Astro telah melancarkan saluran pendidikan baru Astro yang dikenali sebagai "ASTRO TUTOR TV" pada 18 Julai 2010 dan akan tamat pada 23 September 2010. Rancangan ini akan dipancarkan melalui saluran 100. Saluran ini adalah satu saluran sementara yang akan menawarkan pembelajaran interaktif khususnya bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Astro Tutor TV adalah satu rancangan yang padat dengan program berbentuk format ulangkaji interaktif bagi matapelajaran utama UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Program ini diselitkan juga maklumat yang berguna kepada pelajar seperti penjagaan kesihatan, meningkatkan motivasi dan tip belajar secara efektif. Pelajar boleh menggunakan fungsi butang merah alat kawalan jauh Astro untuk fungsi interaktif bagi mendapatkan panduan dan kuiz. Tempoh setiap episod di antara 15 hingga 30 minit, sarikata dalam Bahasa Nalaysia dan Mandarin.

Diharapkan semua guru yang mengajar matapelajaran teras Tahun 6 mengetahui kewujudan program ini dan seterusnya menfaat sepenuhnya program ini.

JEMPUTAN MENYUMBANG DAN MENJADI PENILAI ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Surat dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.7 (88) bertarikh 23 Ogos 2010, surat dari JPN Sarawak Bil. JPS(W)/SPS(pp)/153/07/09/03/Jld.7(92) bertarikh 03 Ogos 2010 dan surat dari BPG, KPM bil. KP(BPG)9499/900/1(46) bertarikh 23 Jun 2010 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Bagi kakitangan akademik sekolah ini yang berminat untuk menyumbang artikel untuk dimuatkan dalam Jurnal ini, sila dapatkan maklumat  terperinci dan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat. Tarikh tutup penyerahan artikel kepada Ketua Editor adalah pada 30 Ogos 2010.

20 August 2010

SEKOLAH DAPAT DUA HARI CUTI TAMBAHAN AIDILFITRI

Artikel "Sekolah Dapat Dua Hari Cuti Tambahan Aidilfitri" dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Ogos 2010 dirujuk.
Maklumat terakhir yang diperolehi dari PPD Sibu mengatakan bahawa cuti tersebut hanya melibatkan sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah Asrama Harian yang mempunyai ramai pelajar Islam. Ia sama sekali tidak melibatkan sekolah-sekolah yang tidak mempunyai penghuni asrama.

Sekian, harap maklum.

PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM akan melaksanakan pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM) kepada semua warga pendidik.
Maklimat lanjut berhubung perkara di atas dapat dicapai dan muat turun dari laman web Bahagian Pendidikan Guru iaitu:

atau

18 August 2010

KUTIPAN DERMA IKHLAS BAGI KELUARGA MANGSA KEMALANGAN ALLAHYARHAMAH USTAZAH RASHIDAH BINTI MOHAMAD

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Ustazah Rashidah bt. Mohamad (No. KP: 891021-13-5732) yang bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih di SJK Kwong Hua, Sibu telah terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya pada 12 Ogos 2010. Beliau telahpun kembali ke rahmatullah pada hari tersebut juga.

Sehubungan itu, pihak pejabat PPD Sibu dengan rendah hati memohon kerjasama daripada semua Guru Pendidikan Islam sekolah dan semua warga sekolah yang lain menghulurkan derma ikhlas bagi meringankan beban keluarga allahyarhamah.

Semua derma ikhlas daripada warga sekolah boleh disampaikan kepada KPT sekolah sebelum atau selewat-lewatnya pada 27 Ogos 2010 supaya sumbangan tersebut dapat disampaikan ke Unit Pendidikan Islam PPD Sibu sebelum atau pada 30 Ogos, 2010.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD (YGMB)

Bagi guru-guru yang berminat untuk menjadi ahli kepada YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD (YGMB), sila dapatkan borang permohonan keahlian daripada Guru besar pada waktu pejabat. Yuran menjadi keahlian adalah seperti berikut:
a) Yuran Pendaftaran: RM 10.00
b) Yuran Tahunan      :RM 24.00
c) Yuran Ahli Seumur Hidup: 500.00

** Segala bayaran hendaklah atas nama "Yayasan Guru Malaysia Berhad" Sila tambah 50 sen komisen bank bagi cek luar Kuala Lumpur.