SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

05 July 2008

KARNIVAL PENDIDIKAN PRA SEKOLAH DAERAH SIBU TAHUN 2008

Karnival Pendidikan Pra Sekolah Daerah Sibu Tahun 2008 anjuran bersama Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu dan SK SEDC, Sibu telah berlangsung pada 05 Julai 2008 di SK SEDC, Sibu. Sejumlah 42 buah sekolah dengan penyertaan 351 pelajar pra sekolah serta hampir 100 orang guru dan pembantu pengasuh murid (PPM) telah berkumpul di SK SEDC, Sibu. Tidak kurang daripada 300 orang ibu bapa pelajar pra sekolah juga turut datang untuk menyaksikan kebolehan anak-anak masing-masing. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti, nyanyian dan gerakan, tarian tradisional, Hafazan, Bercerita Dalam Bahasa Inggeris, Bercerita Dalam Bahasa Melayu, Mewarna dan Pakaian Beragam. Majlis penutupan karnival ini telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Gabungan Sibu, Encik Wong Chong Kung. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan PPG atas kehadiran beliau untuk menyempurnakan majlis penutupan ini. Pihak sekolah juga ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua sekolah yang menyertai karnival ini. Ucapan serupa juga dirakamkan kepada staf Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu khususnya dari Unit Pengurusan Sekolah dan Unit Teknologi Pendidikan atas bantuan dan sokongan sepanjang karnival ini. Ucapan syabas dan terima kasih juga tidak lupa diucapkan kepada semua staf SK SEDC, Sibu kerana telah bertungkus lumus membuat persediaan dan melaksanakan karnival ini. Akhir sekali, ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua sekolah dan individu yang secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan karnival pendidakan pra sekolah tahun 2008

No comments: