SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

07 October 2010

INSTITUSI SEKOLAH SEBAGAI TEMPAT MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM

Untuk makluman dan tindakan semua staf SK SEDC, Sibu.

Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan terdapatnya segolongan kecil warga sekolah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman serta tidak sensitif kepada usaha-usaha Kerajaan untuk menjadikan sekolah sebagai tapak untuk menyemai Semangat 1 Malaysia.

Sekiranya wujud serta ada kebenaran akan perkara seperti ini berlaku, Kementerian tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana warga pendidikan sama ada Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru serta kakitangan sekolah yang mempunyai sikap rasis sama ada dengan menggunakan kata-kata, perbuatan atau penulisan. Tindakan tegas akan diambil jika terbukti kesalahn mereka. Ini selaras dengan peringatan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran supaya tindakan tegas harus diambil terhadap sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman agar ia tidak menimbulkan natijah yang buruk.

Sekolah adalah merupakan tempat untuk mengukuhkan perpaduan kaum, justeru Ketua Pengarah Pelajaran menyeru serta meningatkan semua warga sekolah supaya sentiasa berhemah semasa melaksanakan tugas dan sentiasa sensitif kepada hasrat Kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini sesuai dengan Konsep 1 Malaysia.

No comments: