SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

06 April 2011

PELAKSANAAN KURSUS LITERASI ICT DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN.

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat siaran bil. JPS(W)/PPDS(Upa)/153/06/03/02/Jld.5(39) daripada PPD Sibu bertarikh 31 Mac, 2011 dan surat siaran bil. JPS(W)/SPA(Smt)/153/06/05/07/07/Jld.6(87) daripada JPN Sarawak bertarikh 18 Mac 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk kembali.

Intipati surat tersebut menyatakan bahawa merujuk kepada surat Bahagian Pendidikan Guru dengan butiran maklumat rujukan surat bil. KP(BPG)9131/600/12/10(67) bertarikh 14 Mac 2011, dimaklumkan bahawa Kursus Literasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran akan dilaksanakan secara atas talian.

Semua peserta perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum mengikuti kursus ini. Borang pendaftaran boleh diperolehi dalam laman web BPG seperti berikut http://apps.moe.gov.my/bpg/

Untuk keterangan lanjut bagi guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut daripada KPT sekolah pada waktu pejabat atau sila hubungi Pegawai Unit Pembangunan Profesionalisme Guru, En. Muhamad Affandi di talian 03-88841302 atau emel:  wed2120@gmail.com

Sekian, harap maklum.


No comments: