SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

04 May 2011

PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI KURSUS SIJIL KELAYAKAN PROFESIONAL UNTUK PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) SESI 2011

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia kepada semua warga SK SEDC, Sibu.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan Kursus kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan / National Professional Qualification for Education Leaders (NPQEL) di bawah Program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi sesi akademik 2011/2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak.

Sehubungan dengan itu, bagi guru-guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran yang mengandungi maklumat am dan garis panduan kursus tersebut daripada KPT sekolah pada waktu pejabat atau sila muat turun surat siaran tersebut di laman web IAB (www.iab.edu.my/iab_new/)

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung perkara ini bolehlah ajukan kepada Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan dengan menghubungi pegawai-pegawai berikut:-

1. Encik Kuswady Bin Chil  (082-276235)
2. Puan Noorlela Mohd Suhaili (082-276367)

No comments: